Posted in Bunch of friends, Foodylicious

Buka puasa+Gathering=Happy wp penat

Tepat jam 11.45 pagi, salam mak, abah n adan..Adik dah pegi tuition. Tapi dia jumpe aku dulu. Aku start kereta kakak yang baru ditukar speed sensor untuk kali kedua. Kereta kakak aku pandu dengan hati2.

Berhenti isi minyak dekat Shell. Tak sampai 3km dari rumah. Tank separuh lagi. Tapi aku nak isi jugak. Malas nak berhenti tengah jalan. Encik Smiley pun ada jugak dekat Shell. Aku ucap Selamat Jalan dan Selamat Tinggal..dan kata2 terakhir aku..Semoga kita berjumpa lagi..

Di traffic light depan Petronas Seri Manjung, aku belok ke kanan..Encik Smiley belok ke kiri… Aku masih memandu kereta kakak dengan berhati2..

Tak sampai 10 minit, aku naik rimas. Kereta kakak macam tak suka dengan aku. Kan aku dah tukar speed sensor..apehal lagi??. Tapi, aku buat bodo aja sebab aku takde pilihan. Takkan aku nak patah balik tukar kereta? Malas la..Tapi, aku bengang betul sebab perasaan tak selesa semasa memandu.

Aku pandu agak laju sebab tensi kereta kakak buat hal. Sekejap aku guna Auto. Lepas tu tukar Manual. Aku pun tak tahu kalau2 kereta kakak kene saman. Aku tunggu saja surat cinta dari Pak Polisi. Sepatutnya 60km/hr tapi aku memandu dengan 110km/hr. Aku ikut jalan biasa sebab tak nak bayar tol. Tapi, kalau aku kene saman…duit nak bayar saman lagi banyak daripada bayar tol. Aku sedar tapi aku dah tak tahan. Aku tekan je pedal minyak ikut suka aku.

Dalam masa 3jam, aku dah sampai Bangsar.

Aku puasa. Tapi, tahap kesabaran aku agak tipis semalam. Cuaca agak panas. Langit cerah..Tak pula menangis seperti selalunya.  

Hajat dihati, aku mahu tidur sampai petang. Tapi, aku tak boleh tidur. Aiyaaakk.. Badan aku betul2 penat. Kepala pun berat. Hmmm.. Dugaan..

Pukul 5 petang, aku bersiap2..Kan dah janji nak buka puasa sama2. Ini plan sebelum puasa lagi. Nana dah book tempat untuk kami semua. Hati berkocak keriangan bile teringat kawan2 yang sudah lama tak jumpa.

  1. Nana
  2. Eve
  3. Elle
  4. Asma
  5. Huda
  6. Anas
  7. Bakh
  8. Lan
  9. Hazim
  10. Una
  11. Yaya
  12. Nabila
  13. Mubin
  14. Ila
  15. Rahim
  16. Iliyas
  17. Ezrin
  18. Fadhil
  19. Izatul

19 orang kesemuanya…Ramai jugak. Macam reunion.. Berbuka puasa dengan makanan yang lazat bersama teman2 yang best. Walaupun aku agak ting tong, tapi mereka telah berjaya menceriakan keadaan aku. Update cerita masing2. Buat lawak yang ntah apa2 tapi buat aku gelak. Cerita pasal kerjaya, pelajaran, pasangan, kehidupan sekarang dan masa hadapan… Macam2 la..

Jam 10malam, semua orang pulang ke rumah masing2. Esok kan keje. Hmmm

Hati kecil berkata “Alangkah bagus jika dapat turn back time…tak payah bangun awal2 sebab kelas start pukul 10…Pukul 9 baru bangun”.. Tapi tu semua tak kan berlaku lagiiiiiiii

2 thoughts on “Buka puasa+Gathering=Happy wp penat

  1. patutla macam tak cukup sorang…sori2…patutnya nama ko dulu kan sebab ko teman aku pegi usya2 makanan..hehe

Leave a reply to farah Cancel reply