Moga selamat semuanya

June 26, 2009 at 22:03 | In Famili yang terchenta | 2 Comments

KAWAN

Kawan - ‘Weekend ni nak buat apa?

Saya – Balik rumah.

Kawan - Hah? Balik lagi???

Saya – (Tersengih macam kerang busuks)

 

 

Kring. Kring..Bunyi phone

RAKAN

Rakan – Ijat! Weekend ni nak buat apa?

Saya – Balik rumah.

Rakan – Balik rumah lagi?

Saya – Yes. Saya tersengih jugak tapi dia tak nampak..Ceyyyy

 

 

Lagi beberapa jam nak pulang ke rumah kat Lumut. Rumah AGAIN?? Yipppieee… Bahang keseronokan tidak terhingga. Ada apa kat rumah? Macam-macam adaaaaa..Macam raya pun ada :D

Seawal 5 pagi akan balik. Semangat nye. Haha. Kene kejar masa sebab adik nak register kat UiTM Seri Iskandar. Biasalah, mak akan suruh diorg pegi register awal-awal. 5 pagi?  Kalau saya seorag, 5 pagi tu macam angan-angan la. Awal sangat tu. Sorang-sorang memandu bahaya okay..(Walhal macam tak boleh nak bukak mata ni lagi..uhuk..sejuk..gelap..cabaran besar tu..)

Jadi, perjalanan ke Perak yang mengambil masa 3 jam setengah pasti tidak bosan seperti selalu. Wah. Excited bile bayangkan. Ye la.. Selama ni lemau memandu sorang-sorang. Dah la takde R&R kan. Nak berenti pun kat Stesyen minyak je. Jalan kampung.. Banyak lampu isyarat. Banyak lori. Tak boleh bawak laju-laju sebab takut kene speed trap.

Selalunya berenti kat kedai jual mangga. Pastu beli jagung cup. Bile rasa macam dah bosan amat. Mulalah suap jagung dalam mulut. Pastu kunyahhh. Memang takkan rasa nak tido pun la.

Pastu sambung memandu. 5 minit kemudian, dalam hati ‘weh,…bosan giler..takde orang nak cakap’

Owh.. Sangat cekal dan tabah rupanya selama ini (Puji diri sendiri ke apa…errrkkk…)

Esok pagi..Taraaaa….Rasanya biarlah kakak yang memandu. Sebab adiknya boleh sambung tido.. Haha.. Wehh.. Tido kejap je kan.. Lepas tu, layan la dia borak. Ye. Kakak ada banyak sangat cerita. Daripada Kelana Jaya sampai No 367 dia mampu cakaaaaaaaaaap sepanjang jalan. Boleh cover macam2 episode ni. Hehe.. Gossip girls in the car la esok.. Jangan jealous u olss..

 

 

Mak dan Abah,

Nantikan kepulangan anak-anakmu yer :)

Hot Happiness

June 10, 2009 at 13:43 | In Hari-hari Kerja | 3 Comments

Exam dah setel

Kat ofis keje banyak macam biasa

Sekarang agak sibuk

Dalam minggu depan rilek sket

Ting Ting Ting

Dalam fikiran dah fikir macam nak cuti

Nak buat apa yer

Annual leave satu pun tak amik lagi

Isshhhhh

Sampai study leave pun takde

Dang!

Nak cuti gak

Dalam fikiran dah ada beberapa pilihan

  1. Balik rumah, duduk rumah, makan tdo dengan aman dan selesa
  2. Main game kat rumah sampai menang
  3. Layan series Korea/ Jepun/ Omputih hingga episod terakhir
  4. Pegi jalan-jalan, makan angin ke tempat-tempat menarik
  5. Pegi gym, Tengok movie, jalan-jalan ke mall
  6. Duduk baca buku kat MPH/ Borders/ Times sampai lenguh bontot

Ada 6 pilihan

Ermm

Tak tahu nak buat yang mana satu lagi

Yang mana? Yang mana??….Erkkkkk

Dondang lah sayang..Ayum ayum

May 31, 2009 at 21:28 | In MakanMinum | 3 Comments

Study macam dah takde esok..Study macam esok yang exam..

WOHA

Jadinya, break kejap. Seharian bergulingan dengan buku. Rest kejap..Rest!!! RESTTTTT!!!

Dah malam..Makannye belum..

Elia pegi call abang pizza please..

Semangat dia call sebab dia lagi lapar

Saya yang layankan ajer. Apa pun bole asal makanan.Dang!

pizza

 

pizza Seafood

Tu la tempat makan. Tu la tempat study.

Dah dah..Perut dah kenyang, pizza dah turun,

Time sambung study balik!!! 

 

 

I’m counting the days..

8 hari lagi nak exam :(

6 hari lagi orang dirindui pulang :)

13 hari lagi majlis pertunangan kawan baik ;)

 

Bile time time nak exam, mulalah jumpa macam macam

May 29, 2009 at 09:12 | In Muzik | Leave a Comment

Hiburan sememang nya dapat mengganggu gugat hal pelajaran. Hakhak. Walaupun semangat kuat, tapi kadang-kadang tewas juga. Macam semalam tewas tanpa perlu bertarung. Pegi layan video clip yang begitu..Pastu gelak-gelak sebab lawak sangat. Habis ilmu keluar. Ceyyy…Sep baik la tak start main game atau layan DVD..Uishhhhhhh..Benda-benda lagha tu…Bahaya

One day will make a lot of difference

May 28, 2009 at 13:33 | In Apa kata hati | Leave a Comment

Ting tong Ting tong

Weekend lepas pegi Intensive Revision Class..Dengar lecture sampai rasa dah overload dengan term-term..6 jam dengaaaaaaar je..Bile hari keiga lecture dah jadi macam bullet train..Mana nak dengar..Mana nak tulis.Ceyyy..MP4 dah full dengan lagu. Ishh..sepatutnya delete semua lagu before pegi kelas..Ni balance ada 15 minit je apehal..

Dang! Exam nak dekat sangat..Cuak arrr…Ni paper first time amik.

Malam tadi ingat nak study. Tapi…….terbaring pastu terlena sampai pagi. Melampau macam tak sedar diri nak exam. Sigh. Pastu, suppose breakfast dengan PPG tapi jaga-jaga dah tak sempat dah. Masuk ofis lambat hari ni. No one cares tapi tak best la kan.

Apa nak jadi..Macam ni tak kene..Tu tak kene..Owhh..Ketidakstabilan hormon dijadikan alasan. Mungkin!

Suaraku Berharap

May 25, 2009 at 23:15 | In Muzik | Leave a Comment

Cappuccino Kurang Manis

May 19, 2009 at 22:31 | In Kehidupan di bumi Tuhan | 1 Comment

Mahu tidur awal untuk bangun awal..Mata masih segar pula..Petang tadi minum Cappuccino kurang manis dan makan beberapa ketul donut mahal..Jangan malam ini tidak boleh tidur dah la..Selalunya lepas minum kopi atau nescafe atau mocha atau latte atau expresso dan semua yang seangkatan dengannya susah nak tidur. (Tapi, bila bukak je muka surat pertama buku yang berunsurkan ilmiah, boleh je menguap..huhu)..Kurang sopan sekali.

Esok pagi nak bangun awal..Cadang nye begitu la..Bangun awal..Lepas tu dengan sedaya upaya dan penuh semangat waja mahu membaca buku. Sedar diri…Exam nak dekat dah..Keje kat ofis banyak..(Jangan jadikan itu alasan semata untuk tidak study..Uwaaaaaa….)

Pegi google kat Youtube..Dengar motivasi daripada Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Salah satu daripada kata-katanya

“Apa dia GENIUS? Genius adalah sesuatu kelebihan yang Allah beri pada kita dan semua orang ada kelebihan itu. Jadi, kita perlu meneroka diri kita dan keluarkan sumber-sumber yang ada dalam diri kita untuk menjadi orang yang berjaya.

Ahmad Fadzli Yusof pula berkata ; “Membina minat terhadap apa yang kita buat”

 

Minat apa yang kita buat, teroka apa yang ada dalam diri..ye, itulah antara tips untuk berjaya

Lagu itu akan pasang pagi esok..(Tak nak baca buku lagi tak tahu la…)

Jadi, bila bangun awal, dah baca target chapter..takkan kosong  je kan? Jadi, akan reward diri sendiri. Macam ni lebih bersemangat nak bangun :)

Rewardnya ialah sarapan pagi bersama teman di ofis. Yeay…Boleh makan nasi lemak kakak parking kereta…(Dah kecur liur dah ni…nyum nyum..Sedapnya nasi lemak dengan telur goreng)

 

Mahu tidur dulu

Mahu bangun awal

Selamat Malam

(-_-)

1234

May 13, 2009 at 18:35 | In Muzik | 3 Comments

1-2-1-2-3-4

Give me more loving than I’ve ever had

Make me feel better when I’m feeling sad

Tell me I’m special even though I know I’m not

Make me feel good when I hurt so bad

Barely getting mad

I’m so glad I found you

I love being around you

You make it easy

Its as easy as 1-2-1-2-3-4

 

Lagu ni sweet kan. Silalah layan. Kalau tak suka, saya tak kisah pun :p

(I wish kalau semuanya sebegini senang..)

 

Sausage McMuffin jam 7 pagi

May 12, 2009 at 07:30 | In Apa kata hati | Leave a Comment

Jam 7 sudah keluar dari rumah.. Malam tadi tido tak nyenyak sebab lapar. Tapi, dah makan dah..Hmm..Pagi ni semangat nak breakfast jugak. Kalau boleh nak makan nasi lemak makcik yang jual kat parking kereta ofis. Tapi, sebab terlalu awal, makcik tu pun tak mula berniaga lagi. Okay..Apakah makanan yang senang dan cepat yang boleh dimakan? (Tsskk..Nampak sangat macam kebulur kan? Haha)

Jawapannya ialah………

McDonald..

Sausage McMuffin dan juga Kopi Panas. Alhamdulillah……..Nikmat bangun pagi, boleh hirup udara segar dan sarapan pagi yang enak.

Selesa.

Sepanjang hari akan ke Cyber.

Oh Cyber yang panas..Sampai petang la kat sana. Buat keje.

 

Sepanjang minggu ini sangat la sibuk.

Yang penting, sesibuk mana pun, masih gembira..

Mother’s Day

May 10, 2009 at 12:28 | In Famili yang terchenta | 1 Comment

Hari Ahad ialah hari ibu dan mak call ‘pancing’ dengan makanan yang sedap-sedap. Adik juga dah pesan buku Eclipse..Ija dah belikan okay!!!. Aktiviti BBQ di rumah yang memukau.. Kakak yang jumpe sekejap sangat hari tu. Abah dan Mak adalah sebab paling utama kenapa nak balik rumah.

Sepatutnya pulang ke rumah semalam. Tapi, macam kejap sangat. Jadi, terus tak jadi. Kalau dah sampai rumah Sabtu malam jam 7 dan perlu balik ke Kelana Jaya hari Ahad jam 9 pagi..Banyak kali la fikir nak balik ke tak. Sekejap nak balik.. Sekejap tak nak balik..

Akhirnya keputusan di ambil, TAK BALIK.

Bukan nya ada hal minggu ini tapi disebabkan duration di rumah sangatla sekejap, dan perlu balik KL naik bas dan sorang-sorang pula..cancelled

Duduk di rumah dan untuk meng’remedy’ hati yang bersalah, baca buku saja di rumah. Perasaan lebih selesa. Tak balik ke rumah pun tak apalah. Minggu depan boleh balik. Hoyeahhh..

 

Ni study ke?? “Mak, ija break kejap…Dah study 4 chapter dahhhhh weekend ni.”

 

Nak exam kurang sebulan lagi. Aktiviti ‘kemasyarakatan’ cuba dikurangkan ke tahap yang minima.

 

 

SELAMAT HARI IBU,

xoxo

ija

Next Page »

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.