Posted in Movie Buff

Shopping? Nayyy.. Movie? Yess

Kakak promote tengok cerita Tolong! Awek Aku Pontianak.

Nak tengok kat panggung… dah terlepas ar

Nina bagi softcopy sebab dia dah download kan

Ape lagik kan.. Layan seround

Comel pontianak dia..Maya (Sazzy Falak).

And hero yang cool dan relax (Zahiril Adzim)

Light movie..And sweet ah!! 🙂

 

Sekarang tengah layan Drama korea yang berepisod-episod.

You’re beautiful

Sapa yang tengok cerita ni suka kat Tae Kyoung

Tapi..aku suka Shin Woo dan Jeremy..

Jeremy lawak habis…

Dan Shin Woo.. Giler kesian kat dia.. Tapi super duper cool 😀

 

Weekend ni mesti ramai orang keluar shopping untuk raya

Confirm Jalan TAR, SOGO orang penuh macam sardin

Aku duduk rumah diam2 jer

Tahun ni aku takde nak shopping sangat

Mood shopping tak datang pun..

Atau.. tak datang lagi :S

 

 

 

“Saatnya terhenti
Seketika kau terima lafaznya
Saatnya ku nanti
Dikau bahagia” 

 

Posted in Bunch of friends, Happy Family, Movie Buff, Places everywhere

I just missed your heart

Jumaat dah gelap baru balik. Meeting habis lambat. Lepastu aku setelkan kerja sikit. On the way balik, Ee call ajak jumpa. Seminggu ni sekali pun tak call. Aku assume dia busy. Aku pun senyap jer la. Dia tak call aku sebab dia pun assume aku busy. Ceh.. Takpe yang dah berlalu biar je berlalu.

Walaupun Jumaat kereta berduyun-duyun atas jalan raya tapi dia sanggup redah amik aku kat rumah. Dinner makan ayam goreng sama mashed dengan air apple freezy breezy. Nama air dia aku tipu tapi sedap la. Tak ingat sebab kelaparan. And the fried chicken came with small piece of bread. Sedap, Manis dan Lembut.

Pagi Sabtu dah keluar cari geng. Dah setahun tak jumpa. Pekena Roti Canai dengan Teh Ais kat Kayu KD.

Watched Hanna on Saturday. Better dari Transformer okeh. Itu opinion aku la. Masing-masing ada cita rasa sendiri. Girl kick ass katanyer~

Before movie, lunch kat fish manhattan.. Platter for 2. Yang gril punya yer. Nice!

After movie, window shopping. Sekarang tengah MEGA Sale yo! Rambang mata tak? Dang! Jalan pulak dengan kaki shopping si Izzy.. Lagi ah kan.. Ada benda yang menarik perhatian. Aku tengok. pegang. tengok. pegang. Malas nak try pun sebab bila dah try chances nak beli tu tinggi. Hari tu baru je shopping. Baju baru pun ada yang tak pakai lagi.. Heppp…

Malam pulak ada game. Hitam Kuning. Hitam Kuning. Goooo Harimau Malaya. Tercongok depan TV sambil makan biksut Oreo.

Ahad pagi seawal jam 7 dah siap-siap nak pergi Temerloh. Bile Adan sampai, still so earlyyyyyyyyy. Dia ajak pegi makan Nasi Lemak kat Tanglin walhal a day before dia dah pegi dengan tunang dia kan. Rasa boleh tahan tapi the place not cosy at all. Aku pelik kenapa ramai orang datang makan. Overrated ker? Atau orang exaggerate lebih? Atau aku bukan penggemar Nasi Lemak? Entah..

Sampai kat Temerloh around 10.30. Jalan-jalan round pekan Temerloh. Kiri kanan orang jual Ikan Patin. Pergi tengok Along kat hospital. She’s in a good condition. Sebab doktor check hari-hari kan. So, semua control. Bagus la macam tu. Tapi kesian.. Kene stay lagi sebulan. BORINGGGGGG…

Hospital Temerloh cantik besar.. Macam hospital Selayang. Tapi.. strict sangat. Weekend pulak kejap je waktu melawat. 2 jam ajer. 12noon to 2pm. Betul la jugak kan. Kalau orang keluar masuk, leceh ar doctors and nurses nak buat kerja.

Adan ajak lunch ikan patin. Tapi, aku mana tahu kedai mana yang sedap kan. Kiri kanan ada orang jual. Maybe dia terliur. Haha. End up kitorang makan McD kat Genting Sempah. Sure tak sakit perut punya 😛 And he eat fries dalam shaker tu. Okayla kakak dia. Takde kejam sangat kot.

Lepas aku tulis ni, banyak nyer aku makan dalam masa 3 hari :S

Posted in Foodylicious, Movie Buff, Take A Break

Seperti selalu

Keluar jalan-jalan ke MidValley. Buat benda basic. Shopping, Makan & Movie

Tahun Baru Cina nak dekat. Kat semua tempat ada sale. Mata dah bulat jer bile lalu depan kedai..  Haish.. Nafsu je semua tu..Kat sini memang tak putus-putus jualan murahnyer. Silap haribulan, kopak ah kalau shopping tak ingat dunia. Dang!

Ada acrobatic show kat center court ni. Terror ah diorang ni lipat-lipat badan.

Aku dah ada list nak beli apa. Bajet pun dah tahu berapa. Maka, terus tuju kedai mana nak pegi. (Cepat jer duit keluar macam air. Sigh.)

Lepas half way shopping, makan dulu. Orang kata Asam laksa paling sedap ialah di Jusco MidValley. Betul ker? Hmm. Aku bukan into sangat dengan asam laksa. Makan jer lah.  Sampai meleleh hidung sebab pedas, tapi masih menyuap ke mulut lagi..apa ertinya?. Sedap lah kan?  Aku tengok orang lain makan rilek-selamber-mintak-extra-cili. Fine, diri sendiri memang tak berapa nak tahan makan benda masam dan pedas. Air sirap satu memang rasa tak cukup. Tapi, bawak2 bersabar. Karang kembung minum air banyak sangat.

Kemudian, jalan-jalan lagi. Meneruskan mission untuk shopping. Yeah.. Sudah. Sudah. Beli apa yang ada dalam list jer. Stop kat depan San Fran. Coffee time pulak.

“One extreme latte, and extra coffee please”

Ramai orang beratur. Yeah. Mana-mana pun ramai orang.

Dapat jer coffee… Terus cari port. Duduk dan Minum. 

Masa minum, aku terfikir kenapa ‘the price is cheaper than Starbucks or Coffee Bean’. Hmm.. Apa yang aku boleh fikir ialah..  San Fran murah sebab.. kos pekerja hanya sorang dua berbanding dengan kedai-kopi-mahal yang lain, kene ada lebih daripada 5 orang, sewa kedai, utilities.. tak banyak sebab untuk stall yang kecik jer, nak maintain pun senang yer.

Lepas kopi sudah setel.. pegi GSC. Movie time baby!.

Macam tak percaya jer sebab dalam banyak-banyak cerita, aku pi tengok ‘KHURAFAT’. Last Malay Movie yang aku tengok, ialah Papadom. Tahun lepas yer.

Khurafat, best jugak jalan ceritanya sebab suspen memanjang. Ada part yang aku tutup mata. Gulp. Takut ah sengal! Tapi, kenapa la kat hospital asyik gelap ajer? Ohhh.. Aku suka A.Galak. Walaupun watak dia sekejap, tapi bagus sebab aku masih teringat lagi part dia. Bravo to A.Galak!

Posted in Movie Buff, Take A Break

Reepicheep

Semalam pulang dari Bangi jam 4 petang.Masih belum lunch. Kat tepi roundabout Uniten tu ada banyak orang park kereta. Hoyeah. Toleh kiri nampak banyak gerai-gerai. Cara gak ah kalau dapat goreng pisang panas kan.

Hujan sikit jer. Tapi orang KL suka gelabah semacam. Belum habis office hour, tapi dah start jam. LDP tak payah cakap lah. Maka, lalu SKVE.. Cuba jalan baru. Hmm. agak  jauh. Nak elakkan jam punya pasal, Fine.. bayar extra untuk tol, mileage pun extra. Exit kat Bandar Saujana Putra.. Masuk pulak NKVE. Dang!!! Macam kura-kura. Nasib baiklah ada goreng pisang panas. Tenang je lah memandu bile perut tak berkeroncong. 110km sejam konon. 10km sejam adalah.

Pagi hujan. Petang hujan. Biler nak pegi joging entah. Asyik-asyik postpone. Kasut baru memang cantik lagi. Putih bersih. Kalau tak jog buat pilates ker, buat stretching kat rumah ke, takpe lah jugak heh. Ini.. Kalau tak joging, makan. Apekah. Niat di hati macam nak pegi gym balik la. At least, cuaca hujan panas ke, still boleh workout.

Movie terbaru yang dah tengok ialah. Narnia. Best gak. Eustace tu kelakar lah.. “I AM EUSTACE”.. lol.  Dan Reepicheep si tikus yang baik hati dan gagah. Kenapa tikus heh diorang pilih? Euwww..

Posted in Foodylicious, Movie Buff

NEITHER Good ol’ Happy Days NOR Precious

Hari tu beli dvd Precious sebab tak keluar kat cinema

Maybe sebab tengok Oprah dan dia yang semangat cakap.. filem tu boleh menang Award

Aku terpengaruh plak dengan cakap-cakap Oprah ni

Well, she’s a good in influencing people yo!

Semua orang kenal dia heh

Dari aku kecik lagi dah tengok dia kat tv

Ada show sendiri..

Hebat..Hebat..

Precious memang kontroversi

Bile mana.. Monique pelakon utama buat pengakuan terbuka yang memeranjatkan

Ingatkan citer tu best la kan

Mariah Carey pun ada wooo

Oprah suka..

Rating dari Rotten Tomatoes 91%

Memang ada pengajaran dari cerita tu

Tapiiiiii……Ughhhhhhhhhh

Tak best pun 😦

Another story..

Ini pasal terpengaruh juga

Ada sorang member letak gambar makan-makan dengan family dia

Tempat cantik, cool habis..Sampai aku pun excited nak pegi

Tak percaya, tengok website dia..

Buat korang terpanggil untuk pergi weh

Siap ada liveband lagi

Menu.. Burgers, steaks, pizzas, cheesecake, lamb chops and pasta..

Nama menu memang bombastic..

Unfortunately, the food was..sooooooo bad

~Gary Lewis Calamari (yang tasteless), ~ Miracles ‘Ol Fish & Chips (yang tasteless), Van Halen Fruity Treat (yang tasteless)..

Kalau takde sauce tu..mesti tak boleh makan punyer 😦

Patut la takde orang datanggg

Sejam setengah kat situ.. ada 6 customers jer..wth kan

Semua perfect except the food

All TASTELESS

Huhu..Macam mana la member aku boleh excited letak dalam FB kan?

And aku sengal tak google dulu..

Posted in Movie Buff

Facebook Me

Hari-hari login facebook kan?

Update member, main game, share gambar, conteng kat wall, PM member, share link, macam-macam lagi

Facebook (The social network).

Yeah. Menarik gak.

“You don’t get to 500 million friends without making a few enemies”

Posted in Movie Buff

Demam bola vs Demam twilight saga

Demam FIFA dah nak berakhir ahad ni. This round sokong Argentina tapi kalah dengan German pula. Hoh. So, esok malam akan tengok game German – Uruguay. Sunday pula akan tengok Spain – Holland. Sebab game awal pagi, dah plan hari Isnin nak work from home je la. Mesti bos boleh agak kan apesal wfh. Hoh. This week dah hari-hari datang ofis ye bos.

Erm..sebenarnya sudah dapat job offer dari company lain..Tapi job scope lari la dari pure accounts. Bagaimana ini?. Confuse ar. L So, masih belum decide. Confirm memang kene struggle la sebab kene belajar benda baru. Oh oh. Exposure memang akan dapat banyak-melimpah-ruah tapiiiiiiiiiii Sekejap fikir sekarang dah comfy abis ni. Dah boleh handle dengan baik. Nanti kene work hard..Keje lama-lama..Tak boleh lagi work from home…Uwaaaaaaaaaa

Ada masa lagi untuk fikir baik-baik.. Tenang..tenang…

Demam Eclipse memang dah lama start. Indah memang dah racun awal-awal. Dia dah masukkan semua OST-Eclipse dalam laptop pastu suruh dengar. Besides. Dia paksa kitorang semua naik kereta dia sebab dia nak suruh kitorang dengar OST Eclipse gak.. Walaweyyy… Dia  baca buku twilight saga. So, vampire macam dah influence dia. Haha. Aku pun beli buku tu..tapi tengok cover je. Pastu terus pass kat adik. Haha.. Takde perasaan pun nak baca. Bukan tu jer, dia siap send lagi wallpaper Eclipse. Daaaaaaaaaannn… wallpaper desktop sekarang adalah eclipse yer. Miahaha..Smart abis ada Bella, Edward dan Jacob. Ticket dah beli seminggu awal.. Nanti akan tengok movie bersama. Woweeee..

Few people cakap girls..mesti suka Jacob..Alasannya sebab badan sasa yo! Oh.. serupa macam mamat-mamat kat gym.. Haha. Penat diorang bikin so that badan boleh jadi camtu. Minum protein, work out sampai urat tangan kaki tengkuk nak terkeluar, jogging sampai bergegar treadmill..Peluh yang ada kat towel dah boleh perah woooo.. Euuwwwwww…

Aku lagi suka Edward. Indah pun..Haha..Whaatttt? Dia cold? Dia pucat? Dia macam lembik? Tak kisah pun 😛

Happy weekend everyone 🙂

Posted in Bunch of friends, Movie Buff

Bertih jagung yang tak habis

Fullamaaaakk.. Memang layan kalau makan bertih jagung dengan air bergas bile tengok wayang. Di saat2 mata khusyuk melihat skrin yang sangat besar (The Mummy nama tajuk wayang itu), tangan berulang2 masuk ke dalam kotak yang berisi bertih jagung dan dikeluarkan lalu terus disumbat ke dalam mulut sendiri. Entah berapa banyak kali perkara yang sama di ulang sampai mulut tak larat mengunyah. Bile pergerakan ini di ulang2, ia akan menjadi bosan. Lepas tu aku malas nak buat perkara yang sama. Aku offer kat pasangan menonton wayang aku tapi dia tak makan bertih jagung. Fine…aku offer pada teman2 aku dan juga pasangan mereka tapi bertih jagung itu hanya di pandang dengan ekor mata sahaja. Bertih jagung aku peluk sampai penghujung cerita. Sekali sekala aku sumbat dalam mulut. Bertih jagung ada lagi. Tapi aku tak boleh habiskan. Sayang…sayang.. 

Apehal makan bertih jagung pada malam pertama aku bekerja di tempat baru? ‘Baik’ punya kawan2. Aku mahu rehat dirumah sahaja tapi korang terlebih entertain kan aku. Tahulah hari ini Rabu jadi tiket wayang harganya murah sedikit. Beginilah cara mahu menjimatkan duit jika tetap mahu berhibur.

Teman2 dengan pasangan mereka. Tapi aku tidak punya pasangan. Encik Smiley pegi makan dengan mak dia. Jadi macam mana mahu jumpa dua orang dalam masa yang sama bukan? Aku tetap mahu menonton wayang sebab aku taknak duduk sorang2 dirumah waktu malam. Eeeee.. Tak suka!. Jadi, aku dengan Eve jadi satu pasangan. Perempuan dengan perempuan. Haha.

Hari ini hari pertama di tempat baru. Aku cuak pun ada. Teruja pun ada. Tak sabar2 pun ada. Risau pun ada. Uish. Rasa macam2 pulak. Aku harap aku cepat catch up. 3hari ni kene blaja banyak benda baru. Ye2. Usaha!!!

Posted in Movie Buff

You’re Under Arrest!

“aku nak basuh baju”..Elle mumbling sorang2
“pegi la..” gue sampuk
 
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…
Tetibe Elle menjerit
Terkejut la wei
Gue & Hude melopong
Apehal pulak???
“Apesal elia?..” huda tanya
Elle kelu..Muka dah lain..
Ni lain x bukan la ni..
“Tikus dalam mesin basuh ker” gue tanya
“Ada baju ke dalam tu? ” gue tanya lagi
Sep baik baju tak letak lagi
 
 
“So…huda..Ko setelkan la..Sape lagi yang paling berbakat selain ko”
Gue, nana, elia… geli
Huhuhu
Huda la satu2 nya harapan kami
———————————————————————————–
First2 kene sediakan alat2 untuk memberkas sang penjenayah (Cik Tikus)
 
Gam Tikus dengan Kayu
 
Berani dia yer..Aku rasa dia terjatuh..mmg cari nahas la..eee…cuba usya betul2..panjang ekor dia
 
Dengan penuh cekap dan berdedikasi…huda berjaya menangkapnyer..
Maaf yer..gambar huda tak leh di expose kat sini
Walau pun dia nak…tapi nana x bagi
No No No
hahaha
 
Yes…akhirnya kami semua selamat 😉
——————————————————————————
Thank you Huda…
Pasal mende ni pun boleh jadi bahan.
Ni aku boring sangat la ni..
Diorg semua ada aktiviti
Aku terperap aje kat umah
Saja menikmati weekend la konon..haha
Nana & Nick : Serdang – visit member sekolah diorg kat Hospital Serdang
Huda : Subang – main paintball dengan colleague..(teringin seh..nak ikut….harapan aje la.huhu)
Elia : Di sisiku..hehe..Dia layan laptop gak..Tapi jap g dia nak g Giant..Cari barang baby..
Asma : Office..busy dengan keje
Hawa : Rumah – jaga Adam..sian..dia sakit
.
.
.
Petang tu, bile Nick n Nana balik..dia ajak kuar..Ala..malas la..Tapi Nick ajak gak teman dia bersosial.haha…KLCC – i’m coming.. Member Nick (Fahmi) dah siap2 beli tiket wayang..so, lemah lah bile dia cakap camtu..okay.terus on.haha.. Layan Batman The Dark Night..menarik2..serious..saper2 nak tgk movie, rasanya korang patut ar tgk citer ni..dari awal sampai abis bapak best!!! tu je gue boleh cakap…
~masa saya bersama kawan2 baru di KLCC
Posted in Movie Buff

Tapak Kaki Tapak Tangan

yesterday was a history

tomorrow is a mystery

TODAY is a gift

 

sabtu+ahad+isnin+selasa 

July 5, 6, 7 & 8

4 days

4 person 

 

 

berjalan sakan

tengok movie sakan

makan sakan

penat sakan

 

The movies

  1. Hancock
  2. Wanted
  3. Kungfu Panda
  4. War of the dragons

 

The Mall

  1. Sunway Pyramid
  2. One Utama
  3. Sogo
  4. Sg Wang
  5. Pavillion
  6. Mid Valley

 

The Food

  1. Carl’s Junior – Charbroiled Burger 
  2. The Ship – Fish & Chips
  3. Roti Canai + Kuah Asam Pedas
  4. Nasi Ayam Hainan
  5. Murni SS2 – Spagetti Bolognese with Meatballs + Mango Special
  6. Mc Donalds – Sausage Mc Muffin
  7. Burger King – Burger lagiks
  8. Marry Brown – Nuggets
  9. Pizza Hut
  10. Kenny Roger’s – Vanilla Muffin

 

Wah..bile recall n state balik…Banyaknyer makan…Banyaknyer tempat pegi…Tapak kaki + Tapak tangan bersepah merata..Hehe..Dengan siapa gw berjalan?..Ooopss…itu rahsia..Bukan berdua..Tapi Berempat..Memang happy walaupun penat..Pancit jugakla..Bukan selalu..Once in a blue moon ajer..

Kenangan ini gw simpan

Dalam hati

Dalam ingatan

 

~hidup ini indah bile tengok movie ramai ramai