Posted in Uncategorized

Bebel sorang-sorang

Argh. Cuti raya dah nak habis. Lemau bila memikirkan nak masuk ofis? Motivated nak pergi keje konon. Blurgh. Cuti lama-lama tapi takde aktiviti nak buat. Ajak hubs pegi naik basikal kat Bukit Cerakah tapi dia malas. Tak nak pegi then tak pe. Tak yah paksa. Actually bagus la exercise sikit kan?

Years back, rajin pergi sana. Suka sebab hijau sejuk mata memandang. Siap hafal segala jalan kat sana kot. Bila tak larat kayuh basikal sebab kene panjat bukit, so tolak la basikal tu. Bila nak turun, pandai pulak naik . LOL.

Ajak makan Chillis pun dia taknak. Dia tak rasa nak makan. Sebab dah makan macam-macam banyak-banyak masa raya agaknya. Ajak pergi Chicken Rice Shop pun tak nak juga. Dah semua taknak, aku dok kemas rumah dengan masak nasi ayam. Makan kekenyangan dan lepak depan TV. Euwwwwww. He said cuti kan.. so chill je la kat rumah.

Esok ada lagi sehari. So apa aktiviti? Pergi pasar sebab nak beli ikan. Masak lagi? Masak la banyak-banyak bagi suami makan kenyang-kenyang. Pffttt

Ramai yang dah tanya bila nak ajak datang rumah. Yes. I do love gathering. Nak ajak orang yang disukai je boleh? Bila ada orang nak datang sebab nak tengok rumah bagai, aku terus rasa down. Seriously annoying giler bila dia cakap ‘eh, kau tak buat housewarming lagi…aku belum tengok rumah kau lagi…” Potong stim betul la. Bila my close friends datang rumah, diorang takde pun gatal mulut nak komen apa-apa. Aku bagi apa, makan je. Takde nak kecoh-kecoh. Haihhhh. Orang kan suka nak compare-compare. Me dont like!

Anyway, kat timeline FB berderet la orang excited post pasal raya kan. Semua la happy bagai. KONON! Ada yang drama je lebih. Walhal berlakon jer. Sometimes it is true, FB ni palsu je kan? Nak mengaburi mata-mata yang melihat. Terdetik bila tengok diorang pakai apa, diorang dengan siapa, diorang pegi mana, diorang makan apa… rasa jealous. Ceh! Tak bersyukur ke apa ni. Tu yang buat rasa teringin-nak sangat. Emosi seketika. Entah-entah orang yang tengok status update aku pun rasa benda yang sama kan. Sorry…

Selfish. Aku taknak jadi macam tu. Aku tahu aku tak berapa gemar nak hadap, tak berapa gemar nak buat, tapi sebab nak jaga hati orang, kene berdepan juga. Hati tu keras sikit boleh? Try supaya tak mellow sangat. Perempuan ni kalau ada yang tak puas hati, bukan setakat terpancar kat muka tapi dengan kata-kata sekali. Laju je kan. Sheshhhh.

Okayla. Malas nak bebel lagi.

Bye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s