Posted in Life Story

Mood raya dah ni

Mood nak keje memang dah takde.. Semua orang dah start nak balik kampung..

Ho ho ho Balik kampung.

Aku pun excited jugak sebenarnya walaupun aku balik sehari sebelum

Walaupun along dan angah tak balik, maka keriuhan anak-anak buah semua takde, tapi aku tetap teruja.

Tambah-tambah cuti seminggu okay.

Puasa ni sekali pun aku tak balik..

Tak merasa pun kene kejut sahur dengan abah

Tak merasa pun minum teh O panas yang mak buat

Sahur kali ni ada banyak la jugak improvement berbanding tahun-tahun sebelumnya

Sekali pun tak pernah missed..Pecah rekod

Hari-hari sharp bangun 5.10

Kalau dulu aku setakat minum air kosong je kan, tahun ni lain sikit

Semangat nak makan tu extra

Milo panas atau nestum dengan roti atau biskut

Ada jugak aku sahur nasi dengan lauk-kegemaran-waktu-sahur-dari-kecik

Tak lain tak bukan… telur goreng dengan kicap dan tomato campur cili sos

Kuih raya ada beberapa jenis yang aku beli

Mak sound dah.. Mak dah beli almond london

Sebab statement dia yang tak berapa nak clear.. aku pulak tak tanya lebih lanjut

Aku beli jugak tat nenas, semperit, crispy chewy dan batang burok

Tat nenas aku beli 2 balang.. Nampak gayanya sebalang je boleh bawak sebab aku dah kudap2 masa sahur

Yang crispy chewy pun sama

Aku beli apa yang aku rasa nak makan

Agak tak senonoh jugak la kan

Tapi, aku rasa, aku pemakan biskut raya tegar kat rumah

Bila orang datang rumah, masa nak refill kuih raya, aku sumbat dalam mulut sendiri jugak.Haha

Okay kawan-kawan,

Semoga selamat sampai menuju ke destinasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s