Posted in Life Story

Cinta is Love

Sementara tunggu mask kat muka kering, boleh update sikit apa yg berlaku hujung minggu

Hari Jumaat, jam 4.30.. dari bilik ofis nampak awan hitam dah berkepul-kepul..

Kejap lagi macam  nak hujan ni.

Risau jugak la sebab tak nak stuck kat traffic jam. Pakej terbaik bila mana  kalau hujan+hari Jumaat+bulan Ramadan.. Jam dia lain macam sikit. Semua orang pusu-pusu nak sampai rumah cepat

Jam 4.45 petang. Kereta dah berderet nak keluar dari ofis. Nak keluar dari ofis pun dah macam tu, nak expect apa lagi kat Federal kan. Takpe takpe. Aku jalan cepat-cepat ke tempat parkir. Park atas bukit, maka senang sikit nak keluar.

4.50 start enjin. Yeahhhh

Dengan jasa baik bos, minggu lepas dia ajar aku jalan dalam. Aku hafal dua per tiga. Yang satu per tiga, aku memang lost sebab susah. Masuk dalam kawasan rumah orang, kiri kanan, kanan, kanan, kiri.. dah tak ingat lagi.. Tapi, separuh jalan yang aku hafal tu memang penting.

5.30 petang. Aku dah sampai Kelana Jaya. Sebab hujan, pergi kedai yang ada covered car park. Giant KJ jadi pilihan. Tapau nasi kat Priok Besar. Sedap ah nasi goreng tomyam diaaaaaaaaa!!!. Nanti nak beli lagi. Sementara nasi goreng siap.. jalan sekejap.. sempat beli satu slice Macadamia white chocolate cake. yeah.. favourite juga..

Malam, after terawih, ingatkan nak start marathon citer korea. DVD dah ada dah. Tapi, melekat pulak tengok LOVE IS CINTA. How come aku tak tengok lagi citer ni??? Bukan macam glamour ker dulu? Memang ah tak logik, orang dah mati pastu masuk dalam badan orang yang dah mati.. tapi motif yang nak disampaikan tu..itu yang penting..

Perempuan ni kaaannn.. dia dah tahu jawapan dia.. tapi suka je nak tanya lagi.. bukan apa, suka nak dengar. Dan yang paling penting, mahukan kepastian. Tapi, kadang-kadang, lelaki pulak yang rimas kan. hikhik.

Okay, mask dah kering..muka dah boleh cuci

Nampaknya, sempat update untuk satu malam ajer..😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s