Posted in Life Story

Paused

Aku tak dinner malam tadi..Just minum susu sebab malas makan.. :S
Tak rasa lapar sebab lunch lewat sebenarnya..
So..pagi tadi pun tak breakfast proper
Bawak bekal.. orange swiss roll dan makan kat desk jer
Malas la nak turun

Berkobar-kobar nak lunch
Serius lapar ni..
Dah terbayang lauk ikan..
Yer.. Amik nasik, letak lauk ikan sambal, telur dadar dan tauhu
Sayur takde yang menarik sangat
Kira okay la tu kan..
Teh O Ais tak lupa

Lepas je letak makanan kat meja..
Tiba-tiba orang belakang aku semua dah berkumpul
Ada sorang staff yang kene sawan
Ya Allah
Dia kejang..Pastu mulut buih-buih

Lepas dia dah dibawa ke hospital
Aku duduk ngadap makanan
Memang selera kene cantas
Tak lalu pun nak makan

Member aku perasan muka cuak aku kot
Dia tanya apesal aku cam gitu
Aku cakap ah.. Ni first time aku tengok orang macam tu
😦

Sawan ni tak kira masa dan tempat
Tetibe jer dia serang
Mula lah aku fikir worst case scenario kan
Masa tengah drive ke, lintas jalan ker, tempat yang takde orang ker
Bahaya kan.😦

Semoga kakak tu cepat sihat

Kisah sedih pasal budak-budak yang kat Hulu Langat tu
Itu tak tahu la nak kata apa
Speechless sebab sedih sangat
Emosi kan?😦

Semoga mereka ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman..

Dan sebelum makan tadi,
Aku fikir..besarnya nikmat Allah pada aku
Itupun aku kadang-kadang aku complain sebab apa yang aku nak tak dapat
Walhal Allah dah bagi kesihatan yang baik untuk aku
Itupun dah sebesar-besar nikmat

Bila tengok orang lain macam ‘senang’ jer
Dah lupa dah yang ‘susah’ macam mana
Tak tahu nak cakap apa lagi..

Sebak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s