Posted in Foodylicious, Movie Buff, Take A Break

Seperti selalu

Keluar jalan-jalan ke MidValley. Buat benda basic. Shopping, Makan & Movie

Tahun Baru Cina nak dekat. Kat semua tempat ada sale. Mata dah bulat jer bile lalu depan kedai..  Haish.. Nafsu je semua tu..Kat sini memang tak putus-putus jualan murahnyer. Silap haribulan, kopak ah kalau shopping tak ingat dunia. Dang!

Ada acrobatic show kat center court ni. Terror ah diorang ni lipat-lipat badan.

Aku dah ada list nak beli apa. Bajet pun dah tahu berapa. Maka, terus tuju kedai mana nak pegi. (Cepat jer duit keluar macam air. Sigh.)

Lepas half way shopping, makan dulu. Orang kata Asam laksa paling sedap ialah di Jusco MidValley. Betul ker? Hmm. Aku bukan into sangat dengan asam laksa. Makan jer lah.  Sampai meleleh hidung sebab pedas, tapi masih menyuap ke mulut lagi..apa ertinya?. Sedap lah kan?  Aku tengok orang lain makan rilek-selamber-mintak-extra-cili. Fine, diri sendiri memang tak berapa nak tahan makan benda masam dan pedas. Air sirap satu memang rasa tak cukup. Tapi, bawak2 bersabar. Karang kembung minum air banyak sangat.

Kemudian, jalan-jalan lagi. Meneruskan mission untuk shopping. Yeah.. Sudah. Sudah. Beli apa yang ada dalam list jer. Stop kat depan San Fran. Coffee time pulak.

“One extreme latte, and extra coffee please”

Ramai orang beratur. Yeah. Mana-mana pun ramai orang.

Dapat jer coffee… Terus cari port. Duduk dan Minum. 

Masa minum, aku terfikir kenapa ‘the price is cheaper than Starbucks or Coffee Bean’. Hmm.. Apa yang aku boleh fikir ialah..  San Fran murah sebab.. kos pekerja hanya sorang dua berbanding dengan kedai-kopi-mahal yang lain, kene ada lebih daripada 5 orang, sewa kedai, utilities.. tak banyak sebab untuk stall yang kecik jer, nak maintain pun senang yer.

Lepas kopi sudah setel.. pegi GSC. Movie time baby!.

Macam tak percaya jer sebab dalam banyak-banyak cerita, aku pi tengok ‘KHURAFAT’. Last Malay Movie yang aku tengok, ialah Papadom. Tahun lepas yer.

Khurafat, best jugak jalan ceritanya sebab suspen memanjang. Ada part yang aku tutup mata. Gulp. Takut ah sengal! Tapi, kenapa la kat hospital asyik gelap ajer? Ohhh.. Aku suka A.Galak. Walaupun watak dia sekejap, tapi bagus sebab aku masih teringat lagi part dia. Bravo to A.Galak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s