Posted in Foodylicious

Oh! Oh!. It’s Frutti Tutti Frozen Yoghurt time..

Cliche tak bile sedih atau marah, mesti dan dan tu jugak rasa nak makan benda manis dan sejuk? Eh eh.. Bukan kalau rasa sedih, kalau happy pun mesti nak makan benda-benda sedemikian rupa. Kombinasi dua perkara yang tak berapa nak elok tapi.. SUKA!.

Bila mood lari jauh sikit, mulalah nak mengidam makanan macam gini. Tapi.., tak boleh la ikut kata hati makan sampai tak ingat dunia. Bahaya okay makan lebih-lebih. Nanti dapat penyakit diabetis lah..kencing manis lahh. OMG. Takutnya.

Mana taknya, 50 round makan benda manis, masin.. lepas tu joging sekali 30 minit jer. (10 minit warm up. 10 minit cool down. Haa.. Tolak-tolak..Ingat 30 minit tu lari ker?? 10 MINIT JER LARI BETUL-BETUL ah ) Cehhh.. Tak terbakar lemak-lemak tepu tu. Tak de kesan pun..

Makanya, kalau nak reward diri makan benda manis, boleh apesalahnya. Tapi tak boleh nak melampau-lampau heh.

Oh! Oh! Salah satu dessert yang ada dalam list-nak-cuba dari tahun lepas..ialahhhhhhhhhhh… Tutti Frutti.

Selalu lalu lalang depan kedai kat Taman Tun atau Sunway Giza, dalam hati terdetik.. “bilalah aku nak makan benda ni kan.. Oh Bila la la la”.

Hasrat tersimpan adalah lebih kurang 6 bulan. Hahaha. Sebab bila lalu depan kedai jer, tak kene masa. Mesti perut penuh tak boleh pegi lagi, kedai dah tutup, atau hujan ker..  

Lepas dinner, perut masih ada ruang untuk dessert, nampaknya, itulah masa yang ditunggu-tunggu selama ini. Yippi Yay!!!

Yoghurt dia kebanyakannya fruit-base..Nampak macam healthy. Helloo… Nama pun frutti FRUTTI.

Ye, ada banyak pilihan perasa.  Laici, Kiwi, Nenas, Strawberi, Coklat Strawberi, Vanilla, dan Original. Mungkin ada lagi yang aku tak boleh nak listkan sebab tak berapa ingat.

Part yang best, boleh mix apa-apa flavour ikut suka hati sebab kita yang letak sendiri.. Konsep sama je macam Slurpy 7E. Sebelum tu, pilih la bekas dia nak saiz besar mana. Sederhana atau besar godang.

Aku cuba rasa beberapa perasa. Dan.. kemenangan berpihak kepada Vanilla & Nenas. Hoyeahh.. Lepas bekas dah 3/4 penuh. Ada satu section yang boleh letak additional topping. Ala-ala buffet. Bubuh la apa yang nak bagi meriah dan warna warni.

Peach. Strawberry. Almond. Oreo. Chocolate. etc

Lepas dah letak segala macam. Timbang.

Sekali RM20. Ha.. Hamekkk!

Alang-alang hasrat dah kepam lama kan..

Melampau tak? :S

Puas hati lah makan tutti frutti ni. Sedap. Tapi, aku rasa, siapa-siapa yang rajin mencuba, boleh cuba buat sendiri frozen yoghurt. Aku tak rasa kos dia RM20 untuk buat 1 pint yoghurt pun.

Adios~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s