Posted in Foodylicious, Places everywhere, Take A Break

World Press Photo & Pizza Milano, KLCC

Kat sini takde pasir putih tepi pantai dan tiupan angin sepoi..Yang ada bangunan tinggi menggunung lampu begemerlapan di malam hari..Kebanggaan rakyat jelata di ibu kota kuala lumpur.

Untuk mengisi masa yang terluang, aku pegi World Press Photo Exhibition di KLCC. Ada banyak foto yang menarik. Ada banyak foto yang kontroversi jugak. Yang kelakar, cantik, seram, hebat..Setiap gambar memberi makna tersendiri. Cukup rencah.

Aku bukan up to date macam orang lain. Masing-masing ada DSLR-mahal-lense macam-macam jenis- bawak ke hulu ke hilir. Snap gambar cantik-cantik, lepas tu edit dan upload. Yang aku ada hanyalah Panasonic DMCFS15 12 mega pixels yang aku letak dalam handbag dan keluarkan bila aku rasa nak snap. Camera tu pun dah cukup bagus untuk aku. Alah..setakat ambil gambar untuk suka-suka jer pun. Jadiklah.. (Walhal, bajet tak banyak ahh.. haha)

Semua gambar aku simpan dalam laptop. Namun, lepas je hard disk rosak, semua gambar semua dah hilang begitu saja. Aku tak backup pun. Hmmm.. Sekarang dah teringat-ingat sikit. Aku pun tak rajin upload gambar kat facebook. Entah kenapa. Profile picture pun sekali 3 bulan je tukar. Itu pun kalau dah bosan sangat tak tahu nak buat apa.

Aku rasa, aku upload je la gambar kat blog ni. Selamber..

 

Masa masuk KLCC, aku teringin Nandos sebab tu antara restaurant yang mula-mula akan nampak (kalau dari stesen lrt). Ye, Soup paling sedap setakat ini dalam list aku ialah di Nando’s..Kalah soup kat Chili’s yo! Sluurppp..Best..best.. Tapi, itu masa mula-mula. Lepas jalan-jalan dari exhibition center, masuk KLCC..

“Ha..cara gak food court dia kan. Macam-macam ada. Hmm. Dah lama tak makan Kyros kebab. Spagetthi amboi amboi dah macam panggil aku dah ni..ada ABC lagi…nyamaaannn..”

Bila nak buat keputusan yang  lemah kalau bab-bab makan ni. Sekali, ada sorang budak bawak sepinggan olio seafood. “Yeah, I’ve got the answer. Aku nak macam budak tu punyaaaaaaaa”

Tenang-tenang.. Aku pi beratur kat Pizza Milano la.. Olio Spagetthi RM7.90, Ice lemon tea RM 2.30. Total dinner RM 10.20. Siaaapp makan malam. Cepat dan sedap.

Yang ni pulak Lasagne RM7.90. (Lagi best dari Secret Recipe punya.. Lagi murah jugaaak) Nyam nyam

 

Berakhirlah episod Sabtu lepas.

Bye bye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s