Posted in Monologue

TUHAN tolong aku

Kadang-kadang bile penat sangat, orang buat hal sikit mulalah dalam hati panas. Orang cakap tak kene sikit, mulalah terasa. Fedup pun ada. Mulalah rasa nak marah. Nak mengamuk. Rasa menyampah.

Duduk diam-diam. Itu jalan terbaik. Bile bukak mulut, entah apa yang keluar. Uish.. Tarik muka sebagai tanda protes?. Haih.. Muncung sampai boleh gantung hanger? Alah..Bukan ada effect pun. Bukan benda boleh jadi elok semula. Bukan mood boleh bunga-bunga ceria.

Cuba dengan sedaya upaya fikir yang baik-baik jer. Fikir apa dia dah pernah buat. Keikhlasan dia. Pengorbanan dia. Kesanggupan dia. Positif baby! Ugghh.. Bile dah fikir elok-elok, lepas tu..benda yang menyakitkan hati datang balik. Susahnya lah kan. Rasa tak sedap hati, nak mengamuk lagi. Amik wudhu’. Tu paling bagus kasi sejuk hati. Kalau tak boleh tidur, pusing kiri kanan.. 360 darjah semua.. Yer, hati sakit susah tidur sebab asyik terfikir.. Ha…selawat banyak-banyak sampai tertidur.

Keesokan pagi, bila bangun, mesti rasa tenang sikit. Bile keadaan bertambah baik, baru bukak mulut. Confront apa yang tak puas hati (Tapi.. Selalu simpan jer dalam hati).Hmm.. Tak elok sebenarnya. Sebab nanti kalau dah bergunung-ganang dalam hati, tak boleh nak handle..Sekali meletup macam Merapi.. Haa… Amik kau! Bahaya ok! Maka, komunikasi dengan cara yang baik adalah penting sekali. Kene CAKAP. Kalau diam atau buat muka.. mana cukup. Orang bukan ada sixth sense atau boleh baca fikiran dan perasaan orang lain.

Tapi……… Kadang-kadang, kalau cakap pun, lepastu dah tahu apa dia akan cakap. Sebab benda sama yang berulang-ulang, buang air liur je. Haha. Sebab orang tu ingat dia yang paling betul di dunia. Dia yang paling bagus sekali di seantero. Whatever lah..

Katanya, dia memang dah macam tu sebab tu tak boleh nak ubah. Dan aku pulak, takboleh nak terima hakikat yang dia macam tu.. Susah.susah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s