Posted in Music, Take A Break

Berapa banyak Cis daaa

Weekend lepas memang produktif. Bangga dengan pencapaian diri sendiri. Masa tak bazir begitu saja. Dan, tak berjalan tanpa arah tujuan dan menghabiskan wang begitu sahaja.

Sabtu pegi KL. Weh.. Parking sampai RM12.60. Gggrrr. Aku sengal sebab tak tengok betul2 per entry ke atau ikut jam. Bile nak bayar rasa nak sepak je machine tu. Wehhh.. Mahal nya.. Mahal nya.. Bile nak start kereta pun masih tak berpuas hati sebab kenapa mahal sangat. Baik aku naik LRT jer. Tak la pegi balik jam. Aku dah penat ah Isnin sampai Ahad redah jam. Kalau naik lrt, dah jimat banyak weh. Ugghh.. Mengamuk sorang-sorang dalam kereta. Hmm. Tapi, bahaya okay naik lrt malam-malam plak. Parking kat KJ tu bukan selamat sangat. Takkan nak jimat RM12.60 instead membahayakan nyawa aku kan.. Ceh ceh. Gaya orang nak sedapkan hati sendiri.

Sunday pegi Bangi dengan Azida. Singgah makan kat kedai Asam Pedas yang depan PKNS tu. Aku suka makan roti canai dengan kuah asam pedas dia. Tapi, dah lunch hour…perut cakap ‘mau makan nasi’ sebab dah 2 hari tak jumpe nasi.. Pekena Ikan Patin Masak Tempoyak. Sampai berair hidung mata segala. Limau Ais memang ngam-ngam jer. Pedassssss nyerrrr. Cubaan mendera aku ke apa ni. Oh.. Aku yang tak kuat makan pedas sebenarnya. Tapi.. Ikan patin masak tempoyak lagi sedap daripada ikan asam pedas dia. How la..

Balik tu, aku godek laptop kejap. Hard disk baru woooo.. Terbang melayang lagi duit hantar repair laptop. Beratus-ratus doooo. Takpe.takpe. Ni memang nak guna. Cis, sekali lagi sedapkan hati sendiri kan???!

Petang, cuaca baik punya. Apa lagi… kasut baru cantik lagi kaaan.. Jogging sampai pancit. Hek elehh.. Baru tak sampai 10 minit dah mengah-mengah. Pehal kan. C issss… Lepas tu, guna jugak alat-alat kat taman. Okay la.. Dari takde kan..

Anugerah Juara Lagu… Aku nak tengok Ana Rafalli jer. Sebab lagu dia memang layan. Lagu yang tak keluar kat radio banyak lagi yang sedap-sedap. Contohnya.. Dan, kubiarkan kau terlepas.. Penulisan dia kat blog pun bagus. Well well Cik Ana, hope you can produce more good songs! Comel heh main gitar pakai baju kurung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s