Posted in Bunch of friends

Perpisahan itu selalu terjadi

Ni memang nak mengimbau kembali kenangan sewaktu aku berumur 7 tahun. Aku darjah 1 masa tu. Masuk kelas 1 Merah. Dan aku rapat dengan Niram Mazihan. Memang aku ingat lagi setiap kali waktu rehat, kami duduk tepi longkang dan bukak bekal masing-masing. Hari-hari mak dia bekalkan dia roti telur. Dan aku? Mak selalu bekalkan roti, ataupun burger dan hari Jumaat entah kenapa akan dapat bekal nasi lemak. Kawan dengan dia memang best lah walaupun dalam kelas memang tak duduk sebelah-sebelah tapi bila waktu rehat memang automatik kene jumpe. Bile habis waktu sekolah, dua-dua jalan beriringan, berdiri kat depan kelas darjah 6, tunggu bapak masing-masing jemput. Masa peperiksaan akhir tahun, sama-sama dapat nombor 4. 

Tapi bile habis je penyampaian hadiah, habis je darjah 1, dia pindah. Bapak dia kene transfer ke Kelantan. Walaupun baru berumur 7 tahun, tapi dah ada rasa sedih terpendam dalam hati. Satu kehilangan yang orang lain tak nampak tapi aku yang terasa.

Naik darjah 2, aku baik juga dengan lagi seorang kawan perempuan. Aku tak boleh nak recall nama dia. Kami bukan kelas yang sama, tapi masa rehat dan waktu pulang, akan duduk main sama-sama. Owh, yang aku ingat dia suka cubit aku. Perangai macam tomboy. Walaupun dia ganas, macam lelaki, aku seronok kawan dengan dia. Tapi, setahun lebih dia jadi kawan baik aku, dia kene pindah Kedah pulak. Apelah nasib.

Darjah 4 ada lagi sorang kawan baik. Nama dia Emma. Close habis lepas tu dia kene pindah juga. Sedih tapi aku dah lali sebab sejak umur 7 tahun memang dah lalui saat itu.

Darjah 5 dan Darjah 6, kawan dengan Syaz. Lepas je UPSR, Syaz pindah pegi Kuantan. Hati rabak juga sebab ni paling lama. 2 tahun rapat. Masa ni close. Sampai boleh pegi rumah dia. Dia pegi rumah aku. Pernah dia datang rumah aku lepas tu pegi sekolah naik motor EX5 Angah. Naik motor 3 orang woh. Bile dikenang memang lah kelakar. Benda macam tu pun aku boleh ingat. It was ‘something’ ah..

Best friend semua datang dan pergi.

Umur 27 macam sekarang, ye.. aku masih ada kawan baik. Dan dia akan meninggalkan aku juga. Keadaan tak sama macam dulu lagi. Masing-masing sudah punya tanggungjawab dan ada kehidupan masing-masing.

Sorang-sorang pergi meninggalkan aku. Pilu tapi inilah hakikat sebenar

Kepada Siti Hawa Juaindi yang bakal berkahwin, ko akan tetap besfriend aku sampai bila-bila🙂

One thought on “Perpisahan itu selalu terjadi

  1. aku tertarek dgn satu ayat ekau di atas :

    “Bile habis waktu sekolah, dua-dua jalan beriringan, berdiri kat depan kelas darjah 6, tunggu bapak masing-masing….”

    memula baca….i am confused. i was like….huh bapak korg belajar di kelas darjah 6? n aku baca kali kedua br maksud ayat di atas tu dpt d terima otakku.

    oh adakah aku byk bermimpi di siang hari?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s