Posted in Happy Family

Netball dan Hujung Minggu yang terasa singkat

Wohoo..Jam 1 pagi ni. Esok bukan weekend pulak. Esok keje..

Weekend mode TURN OFF

Badan dah sengal tapi mata taknak tido lagi (walhal dah menguap berapa kali).

Lately tak berapa busy kat ofis. Buat benda lain macam main netball lepas keje. Umur 26 tahun masih buat-buat aktif pulak. Perasan la ada stamina macam umur 17. Pergghhh. Lepas keje pegi training. It’s fun. Lagipun boleh sihatkan badan. Dan mingle dengan orang lain. Sebagai budak finance yang duduk tingkat 16-yang-tersorok, sapa yang kenal? Tssskk..

Jadi, minggu depan ada tournament kat Cyber. Ohh. Semangat kesukanan yang terpancar..haha.. Sebenarnya mahu main suka-suka ajer. Takde la pulun sangat.

~Saya kan fragile. Euuuwwww..

Weekend paling best untuk tahun ini akan diakhiri pada 2 Ogos. Sob sob. Lepas tu, mesti dah liat-liat nak balik Perak. Weekend paling best untuk tahun ini…(drumroll)..jatuh pada…. bulan Jun dan Julai.

*Hoyeahhh

Gather ramai-ramai. Makan sedap-sedap dan borak. Makan lagi. Lepas tu tengok anak buah. Kemudian kacau anak buah main game. Tukar channel sampai diorang mengamuk. Suruh diorang makan. Ajak borak lagi. Makan lagi. Tertdo depan tv. Jaga-jaga tengok anak buah menempek kat sebelah.

Owhhh, semua akan dirindui.

Semua sekali okay termasuk part yang makan banyak-banyak sebab makan kat rumah adalah exceptional. Terbukti bile breakfast konon-konon nak breakfast sendiri dulu. Lalu buat oat dan milo. Dang! Oat tak best langsung. Dan bile mak abah pulang dari pasar, bawakan nasi lemak kamaruzzaman..terus kecur liur. Mak ajak makan nasi lemak, mula-mula jual mahal cakap dah kenyang. “Takpela.. Dah makan oat dah”. Tapi, bile fikir balik, wehhhh kat Kelana Jaya mana ada nasi lemak sedap macam ni..Terus amik sebungkus makan sampai licin.

WOhoooo. Tetibe kecoh bab makan pulak. Abaikan bab makan sebab tajuk utama ialah keluarga lebih penting.

Perkara wajib yang mahu ditekankan ialah nikmatilah saat-saat bersama orang yang tersayang kerana apabila mereka tiada di sisi barulah akan rasa rindu segala dan teringat-ingat seperti pungguk rindukan bulan. (apekah?)

 

Time to sleep

Nite everyone

 

Peace

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s