Posted in Happy Family

Ketaq kaki baru sampai rumah

Hari Ahad yang lalu, aku pulang ke rumah. Homey-girl bebeh. Tujuan utama nak jumpa mak, abah, adan n adik…

(dan tujuan yang kedua sebenarnya adalah untuk servis kereta kepunyaan kakak..) Memang dah sepatutnya diservis. Kereta baru tapi kadang-kadang buat hal yang memalukan cik pemandu apabila mati bile gunakan gear rendah.

Lepas kerja, aku balik perak. Jalan sesak melampau. Dah agak dah. Tapi, takde pilihan.

Lantakla..Aku nak balik gak la

Sebab sendiri, memang cuak jugak. Malam-malam. Memandu dalam keadaan yang sunyi pulak. Kiri kanan hutan. Lori besar-besar yang memandu tak sedar diri..Fuhhhh

Selamat sampai setelah 4jam setengah tekan pedal minyak.

Kaki dah ketaq

 

Keesokan harinya, aku lepak dengan adan dan adik. Kami makan tengah hari bersama di kopitiam. Mak dengan abah pegi wedding. Mana ada sapa masak kan? Bujang, makan luar sudahlah.

Adik memandu. Ni pertama kali dia drive untuk aku.

Meh-meh..Nak ungkit..Dulu-dulu masa aku baru dapat lesen, hantar dia pegi Sekolah Agama, dia suka sound aku

Ija, adik tengok satu pokok tu lama sangat. Cepat sikit boleh tak??

Dia perli sebab aku drive slow..Haha..Berhati-hati okay. Dia yang siap lambat, pastu kecoh suruh aku bawak laju-laju.

Jawapan dia ialah : Mana boleh

 

Dan, tak terlambat kiranya aku ucapkan Tahniah untuk adik. Dapat 7As and 3Bs. Mak cakap, kakak-kakak semua marah sebab tak dapat semua A..(hahaha..saja psycho jer ar..) tapi abang-abang cakap..”Dah okay dah tu…”

Okay, aku dah rindu nak balik rumah lagi.

(tapi memang tak boleh sebab hujung minggu ni dan hujung minggu depan aku ada kelas..dan mak pun takde sebab pegi Kedah)

Owh..Tahniah juga untuk adan yang akan berkonvo hujung minggu ini..

 

p/s : Bile aku nak convo ni………….(lama weh belajar ni….Gugugugu)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s