Posted in Life Story

Tanpa cahaya lampu yang terang benderang

 

Hari ni untuk pertama kalinya aku emo semasa bekerja. Setelah 7 bulan, segalanya berjalan lancar tapi tidak hari ini. Ayam betul. Hangin satu badan kerana ada orang yang telah berjaya membuat onar dan sekali gus membuatkan aku tiada mood untuk kerja. Nasib baik masa tu sudah jam 4petang. Dan untuk pengetahuan bos, sejam selepas itu, aku hilang fokus. Lalu, jam 5, aku terus mengemas laptop dan pulang dengan hati yang lara.

Kepada orang yang membuatkan saya tensi

“Cakap baik-baik boleh kan? Silalah menjaga tata susila anda kerana anda juga adalah sebangsa saya dan anda juga sejantina dengan saya. Kata-kata anda betul-betul menaikkan amarah perasaan geram lebih dari selalu. Oleh sebab saya memberi muka terhadap bos anda dan juga bos saya, saya masih berkata dengan sopan dan penuh etika atau lebih tepat lagi, BERSIKAP PROFESSIONAL.”

Aku balik rumah, setel apa patut..

BOOMmmmm

Tidur hingga jam 6.30 petang. Bile bangun, dah lega sedikit.

Dan baru aku teringat, mungkin sebab aku tak tido dengan cukup malam sebelumnya, badan penat begitu juga otak, maka membuatkan aku cepat hilang sabar.

 

Bile malam menjelma, aku rasa tak sedap badan. Dahla, esok malas nak masuk ofis. On laptop dan terus email bos. Perhaps dia akan approve.  Banyak nak kene setel di ofis. Namun, hati ini tiada untuk ke ofis..(Tragis sungguh penangannya)..Jadi, akan duduk di rumah dan fokus dengan kerja tanpa gangguan.

 

* * * * * **  

Dah beberapa hari kecoh pasal Earth Hour. Macam menarik jugak benda ni. Dan aku baca serba sedikit tentangnya. Ini salah satu perkara yang boleh dijadikan contoh untuk jawab soalan dalam P1 jika ditanya tentang Environment Accountability mahu pun Corporate Social Responsibility.

Mat Saleh tu mesti tahu gak kan sebab Earth Hour ni di anjurkan oleh WWF (World Wide Fund For Nature/ World Wildlife Fund). Ia dipelopori oleh WWF Australia dan juga Sydney Morning Herald pada tahun 2007.

Banyak negara yang ambil bahagian di mana Earth Hour di lakukan di sekitar landmark terkenal..macam..Empire State Building (New York City), Sears Tower (Chicago), Golden Gate Bridge (San Francisco), Bank of America Plaza (Atlanta), Sydney Opera House (Sydney, Australia), Wat Arun Buddhist Temple (Bangkok, Thailand), the Colosseum (Rome, Italy), Royal Castle (Stockholm, Sweden), London’s City Hall (England), Space Needle (Seattle), and the CN Tower (Toronto, Canada).

Dan tahun ini, Malaysia pula akan ambil bahagian..

601

Pakat ramai-ramai support Earth Hour, dan hasilnya???

Kamu boleh tahu disini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s