Posted in Happy Family

Jika bekerja, masih boleh dipanggil bercuti?

Dah lama tidak membelog. Sibuk dengan kerja..Hari2 kerja. Hari ni pun aku kerja jugak walaupun orang lain sibuk beraya dan bercuti. Tapi, buat kerja kat rumah di Perak, macam lebih efficient dan effective. Sebab nye, takde sapa nak datang cubicle aku dan tanya pasal itu ini. Dan, takde meeting. Juga tiada email yang perlu aku reply. Tiada call yang perlu aku jawab. Paling penting, takde orang on sametime. Jadi, takde benda yang interrupt kerja aku.

Cuti 4 hari. Dah lama tak cuti lama sebegini. Walau tidak ke mana-mana, tapi, nikmatnya bagus… Hanya perlu duduk di rumah bersama keluarga sahaja sudah buat hati gembira. Memang inilah aku bila di rumah. Jarang sekali keluar.

Semalam sudah keluar sekejap dengan bakal pengantin baru..Fariza-teman sekolah rendah. Wedding dia next week. Jadi, aku akan balik KL selasa dan pulang ke Lumut hari Jumaat malam atau Sabtu pagi.

Esok dah nak balik kelana jaya. Agak2 jalan penuh dengan kereta? Em. Sabtu, aku dah rasa nak mati kutu dalam kereta. Tangan asyik flip channel. Sampai takde mood nak dengar lagu. Mana taknye, kereta bergerak 10km sejam. Mana tahan weyy. Kereta banyak nye luar biasa, dek semua orang mahu pulang ke kampung masing2. Perlu bersabar dan hati2 memandu.

Sampai di rumah, aku borak dan borak dan borak dengan emak. Update apa2 yang patut. Eh, ada aquarium luar rumah. Ni kerja adan dengan adik. Ikan ada 8 ekor. Cantik juga. Tapi, aku yang kurang gemar dengan haiwan peliharaan hanya tengok saja. Cantik-cantik.. Tu je la aku nilaikan ikan2 itu.

Dan dalam masa 3 hari ni rasa berat badan aku bertambah. Macam2 benda makan. Nasi entah berapa kali sehari. .Semangat tengok makanan. Lauk2 mak masak mana dapat kat KL weyy.. Aku yang tak pandai nak tolak rezeki, tala apa yang patut. Limau mandarin yang boleh dapat kat KL aku tak makan pun lagi. Makan pun ikut priority..Nak makan semua, tak muat perut..

Jika cuaca bagus, petang ini macam mahu keluar kejap. Pegi Lumut. Itupun kalau adik nak ikut. Nak keluar sorang, tak dapat la…

Dah la, mahu turun cari makan lagi. Tadi nampak ada benda dalam peti ais..haha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s