Posted in Life Story

Aidiladha penuh makna.

Sehari selepas exam, aku balik rumah. weekend dan hari raya. Tak sampai rumah lagi, abah call suruh direct pergi wedding erasoffinasari. Dah sampai rumah era, jumpe kawan-kawan sekolah rendah. Faham-faham la bile dah gather, macam-macam hal di update. Yang dah lost contact 10 tahun pun jumpe balik. Akhirnya, pukul 6 ptg baru sampai rumah.

Raya aidiladha kali ni, aku macam tak beraya jer.

Memang family tak complete. Boring ar..abang dengan kakak-kakak takde je. Alaaaaaaa…Balik ar sini cepat, celebrate sama-sama. Kalau tak kene time raya, kita makan la sama-sama.. Rindu2.. Sorang-sorang anak mak yang jauh di perantauan call wish raya kat mak.

Masa breakfast, aku tengok atas meja, lemang dengan ketupat seketul pun takde. Aku takde tanya plak. Ingat nak buat style baru ke mende. Ooo…rupa-rupanya mak pun macam takde semangat nak beraya. Pastu, menyesal tak de lemang. Mak cakap takde seri xde lemang ketupat. Aku iyakan ajer.

Abah, adan dengan adik sibuk dengan ibadah korban di surau. Tinggal aku dengan mak je kat rumah.

Sepi.

Kedengaran bunyi-bunyian dari TV di ruang tamu.

Tepat jam 12 tgh hari, aku dah on laptop. Ada kerja ofis kene siap. Mula-mula try la login. Memang slow la internet. Sejam lebih melangut. Apekes? Takde output. Pembaziran betul. Internet memang tak boleh nak kasi laju. Selama hari ni okay je. Nak download ke, tgk movie online ke memang takde hal. Kenapa masa aku memang sangat-sangat perlukan ‘dia’ macam ni pulak jadinya?

Agak-agakla kan. Orang sibuk beraya aku pegi buat keje apehal? Nak taknak, kata dah bekerjaya sekarang, aku kene jugak cari internet yang kelajuan nya membolehkan aku siapkan report. Secret recipe jadi pilihan.

Selama aku balik, memang jarang giler keluar. Aritu ada sekali pergi makan, nampak diorg syok  guna wifi. So, tu je la satu-satunya tempat yang aku tahu bukak masa raya. Aku call adan dengan adik, nak tanya alternatif lain..tapi..memang tak jawab. Diorang kan sibuk dengan lemboooooooo…

I’m lucky.

Cubaan pertama terus berjaya.

Alhamdulillah.

Aku siapkan keje sampai malam. Melampau kan? Aku takde pilihan. Ayat terpaksa jer.

Walaupun agak suram, tapi Aidiladha kali ini penuh makna. Tetamu special aku datang rumah.

Walaupun satu apa pun aku tak prepare sebab tak expect, tapi..mak dengan abah memang terbaik la.

Thanks mak. Thanks abah.

*Wink Wink*

 

Pengorbanan bagi seseorang memang berbeza dengan yang lain. Seseorang yang berkorban akan berasa sakit untuk memberi kesenangan kepada orang lain.

Bak kata ustaz Akhil Hay bila dia bicara tentang erti pengorbanan..

“Cuba kita lihat pada sepohon pokok mangga yang menghasilkan buah mangga. Ada sekumpulan manusia yang memotong ranting pohon dan mengambil buah-buah mangga yang ranum itu. Pokok berasa sakit sehingga mengeluarkan getah. Namun, untuk memberi kesenangan pada manusia, pokok mangga sanggup berbuat demikian”

Itu dari perspektif yang kecil. Pasal pokok mangga baru.

Pasal hal-hal lain, cuba fikir dan teliti baik-baik.

 

Mungkin tahun depan aku perlu kuatkan semangat tengok orang buat ‘korban’ kat surau..Mesti ada feel nak Aidiladha kan?

Tapi, bile timbul rasa kesian, memang tak makan la lembu yang disembelih tu kan..Erk..Kene fikir lagi macam ni.. Sebab sup daging korban sangat sedap..

One thought on “Aidiladha penuh makna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s