Posted in Bunch of friends

Memori bersama kalian

Tadi boleh pulak layan Facebook. Wah..Banyaknyer Iliyas post photos. Waaaaaaaaa.. Semua gambar2 masa study. Ni memang kasi aku imbau kisah silam ni. Tangkap sentimental.

Dulu2 semua orang gila camera. memang obses. Selalu jadi mangsa, camera Nyzem. Masa tu, dia sorang je pakai Sony. Camera Nyzem, camera kami juga..

Ada certain gambar pun tak ingat bile.. Tapi, muka aku ada. So, recall punya recall….Ha…baru ingat.. Aduh..ni baru baper tahun tinggalkan UiTM..dah hilang ingatan..

Masa study kat UiTM Shah Alam, aku aktifla jugak. Banyak la kawan2. Semua best2.. Tapi, aku paling happy masa Part 1. Tapi, gambar masa Part 1 takde dalam collection Iliyas sebab aku tak kawan pun dengan dia. Kah kah kah. Sebab dia senior. Aku baru kenal2 senior bile jadi committee APAcS. Budak profesional baper kerat pun sangat kan. Masa tu, satu batch ada dua kelas. Ke hulu, ke hilir budak sama jugak. Semua bertempek kat Level 14, Menara Sultan Abdul Aziz Shah. Makan, belajar, tido semua situ.

Seronok ar bile kenang2 balik. Aura 14 memang budak 14 je tahu. Hikhik. Ala..semua orang pun ada kisah masing-masing kan?

Bile ingat mesti rasa lawak. Ye..memang lepas ni, takde nak kumpul ramai2 dah. Even sekarang pun dah bersepah sana sini. Bukan semua stil keep in touch. Semua ada life masing2. Owh. Betapa rindunya aku dengan zaman itu. Tangkap leleh kejapūüė¶

us

Gambar di atas, punya aku fikir…’weh..ni gambar bile weh..apesal semua lawa2 jer..’..baru teringat. Itu adalah sewaktu wedding di rumah Ezrin di Bangi. Dari kiri Aida, Asma, Yaya, saya, Ejat, Fadhil dan Ezrin.

hospital

Gambar ni pulak kat depan hospital. Masa ni pegi melawat mak fadhil. Dari kiri Soraya, Aida, Iliyas, Nizam, Ejat, Arham, Bakh, Asma , Fadhil , Oja dan saya.

 

satay

Aku mula2 tengok gambar ni…dalam hati cakap “woii…makan tak ingat aku..makan satay pulak…”..usya betul2..eh, aku ada laaaa…sebelah Iliyas. Ni biler ni? Aku tak ingat..Apesal pegi makan satay??.. Aku pun tak ingat jugakkk..gagagagugugu

study

Yang di atas adalah tempat study kami. Namanya ‘meja bulat’. Kadang2 je study kat situ. Selebihnya merempat di dalam BK. Nampak ada banyak buku atas meja bulat? Rajin betul. Hawa…kantoi la..ko tengah gayut dengan sapa??? Haha. Masa ni nak dekat exam¬† kot. Sama macam time2 sekarang ni. So, aku kene study. Move..Move…!!!

 

 

 

 

3 thoughts on “Memori bersama kalian

  1. suker betul ayat kau tu- “aura 14 budak 14 je tahu”.. rindunye nak melawat level 14..

    bila free singgah blog akak, kay. nanti akak bagi tips mcm mana nak qualified acca. hehehe. tu pun kalau nak dengar la. okes!
    good luck anyway!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s