Posted in Take A Break

Bila Ikan di depan mata Kucing.

Perempuan ..bile nampak kucing depan mata, selalu nak pegang2, belai2..Tambah2 kucing yang comel dan gebu2. Automatik terus jadi manja.

Housemate aku, ada dua orang yang ‘gila kucing’. Bile pegi rumah orang, nampak kucing je, mesti berkobar-kobar nak bawak balik. Dalam perjalanan pulang, dalam kereta lagi aku akan dengar diorang yang ‘gila kucing’ ni cakap… “Eeee….comel nyer. Rasa macam nak bawak balik jer. Cute sangat..Bestnya ada kucing kat rumah..Nak kucing jugakkk… bla bla bla..”

 Dan aku akan menyampuk sket2…”Alaa…Sapa nak basuh berak dia??”

Housemate aku akan betah dan cakap macam-macam. Pasir ada. Takde bau. Kucing berak atas pasir tu nanti.

Dalam kepala masa tu, terus terbayang kucing berak atas carpet, atas tilam, kat dapur dan merata-rata tempat dalam rumah. Ye la. Kucing rasa nak berak, dia berak kan? Bukan boleh tahan2. Owh. Sungguh kurang enak sekali. Aku mesti down jika ianya berlaku.

Pelik ke aku kalau aku tak suka kucing? Tak sentimental langsung kan? Takde ciri-ciri perempuan yang penuh kasih sayang?..Nak buat macam mana.. Aku dah memang macam ni. Aku suka tengok2 jer. Nak bela sendiri, baik aku bela anak orang. ( Cakap boleh la..anak orang ke, anak kucing ke…aku tak ready lagi la..)

Bunyi macam aku tak nak commitment ker? Sudah..Pandai2 je buat spekulasi…Hik hik..

Jom2, berbalik pasal kucing dan perempuan. (Serius la sket).

Kat rumah ada kucing hitam yang muka nye penyek dan berbulu kembang. Dia kucing parsi ker? Gen aku tak pasti la plak. Tapi, mungkin ye. Semua orang cakap dia comel (wp dia hitam). Siapa cakap kucing hitam menakutkan? Nama dia Salem. Yang tu nama glamer, sebab ala2 kucing Sabrina The Teenage Witch. Kan ada kucing hitam kan?

Tapi, sebab dia ni ada kat Mesia, so panggil dia Salim. Hitam manis. Sebab tu menawan you all…

Tadi lepas makan, lalu nak pergi Watson. Entah macam mana, nampak guni2 dalam kedai. Eh, ape ni?.. Kedai cantik, tapi ada guni2. Indah (team lunch) aku selamber pulak masuk kedai tu. Oooo…Banyak nye barang2 kucing. Ada ubat la, pasir la (yg dalam guni tu), makanan la, kucing hidup yang gemuk, bersih dan cantik pun ada jugak.

Rasa excited nak beli makanan kucing. Tanya Indah..”Eh, yang ni sedap ker? Yang ni ok ker?” Masa tu, aku rasa dia ada rasa nak sepuk aku..Yela..Aku pegi tanya makanan kucing ape kes. Dia bukan pernah rasa pun.

Aku call Nana (housemate ‘gila kucing’)..Nak beli apa untuk Salim? Nana cakap, aku tak tahu la sebab aku tak tengok. Beli la satu tin jer.

Aku amek 2 tin. Alang2 dah beli kan?

shrimpjp

 

salmonjp

Amacam? Nampak macam sedap tak? Memang aku beli sebijik yang macam dalam gambar tu..Aku ada beli lagi satu yang stick. Mahal la wei. Kopak macam ni. Even lepas discount pun, harga semuanya lagi mahal dari makanan lunch aku. Kopak beb..Kopak..

Tapi ok, sekali sekala aku treat Salem apa salahnya. Dia ar teman aku if budak2 rumah semua ada hal.

Tadi aku cakap aku tak suka kucing kan?

Ni usaha aku nak jadi sentimental la ni ;P

 

…………………………………………….

Silalah layari www.fussiecat.com kalau nak tau lagi pasal hal ehwal kucing

4 thoughts on “Bila Ikan di depan mata Kucing.

  1. Lizzam – Eh..mane ada nak jaga2 kucing, link tu kene kasik elia n nana la. Gue nak tgk2 jer..

    Zader – Amboi2..nak kene hang ni..Yang dalam tin tu xleh makan laaaaaaaaaaaaaaaa

  2. I have tagged you:- share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s