Posted in Life Story

2 Award untuk diberikan

Aku arini rasa demotivated jer. Dah beberapa hari aku kerja bagai nak gila. Memang bekerja keras. Dan akhirnya, semua itu berakhir sebentar tadi. Dan, aku sangat lega dan gembira. Tapi, bulan depan perkara yang sama aku akan lakukan. Dan bile ‘waktu’ itu datang, memang rasa agak lain sedikit.

Mak pesan call Mak Yah minggu lepas. Tapi tadi baru aku call. Nasib baikla sempat. Punya busy. Balik rumah je, bile teringat masa tu dah pukul 11 malam. Nak ‘kene’ ke call orang tengah-tengah malam. Aku pun delay…sehari ke sehari..sampai la hari ini.

Mak Yah dan Pakcik Mat adalah orang yang agak close dengan keluarga aku. Masa kecik2 dulu, aku duduk rumah mak yah sebab mak dan abah kerja. Sangatla seronok duduk kat rumah dia walaupun aku tak boleh keluar main sesuka hati di taman sebab rumah dia di tingkat 2, jadinya aku main dalam rumah jer.

Tadi, berlakulah sesi bermaaf-maafan di telefon. Mak Yah cakap..Ija, maafkan salah silap mak yah..masa jaga ija dulu-dulu..kot tersuap nasi besar2 ke..

Aku gelak la bile pasal bab nasi tuh. Takde la pulak aku tercekik bila mak yah suap. Dia suap, semua sedap. Semua makan jer. 

Bagi aku, dia adalah seorang pengasuh yang sangat berjaya. Kalau ada award, memang mak yah boleh menang. Masak memang sedaaaaaaaaaap sangat. Pakcik Mat kan pernah jadi Chef Sultan. So, memang confirm sedap la. Bila laki bini masak, fullamak…tak terkata!.

Arrgghhh…Tiba2 teringat laksa, asam pedas, bihun singapore yang aku selalu request. Memang feveret. Tapi, mana nak dapat dah unless aku pegi Kelantan. Wah!

Sekarang ni musim haji. Disebabkan Tabung Haji Kelana Jaya hanya terletak 300 meter dari rumah, memang ‘havoc’ la kat area rumah. Macam pesta pun ada jugak. Meriah dengan orang yang nak pergi haji. Tapi, lagi meriah orang yang hantar orang pegi haji. Nak pegi haji 2 orang, tapi orang yang hantar kadang-kadang sampai 10 orang. Sebab tu la aku cakap meriah.

Aku tengok orang yang nak pegi haji ni, ‘cerah’ je muka. Aku pun tak tahu apa perasaan diorang sebab aku pun tak pernah pegi lagik. Mungkin Hawa boleh tolong jawab sebab dia nak pegi haji jugak 26November ni.

Sapa2 yang pergi menunaikan rukun islam kelima ini ada mission ; buat amal ibadat dengan sebaiknya.  Nak pergi sebulan lebih, benda2, anak2 kat rumah semua ditinggalkan. Mesti rasa risau kan?

Aku ingat lagi bile mak dengan abah pegi Haji. Aku ada 6 orang adik beradik. Along dengan Angah memang duduk kat kampung dengan Opah. Opah dah tua. Dah tak larat nak buat kerja berat. Along dengan Angah sekolah menengah. Aku darjah 2, kakak darjah 6 dan adan tadika. Adik baru 3 bulan.

Aku tak tahu apa2 masa tu. Selama ni, mak yang siapkan semua sekali untuk aku, kakak dan adan. Yang aku tahu, pakai baju dengan breakfast je. Mak yang rapikan kami. Sikat rambut, buat breakfast, gosok baju, anta pergi skolah. Semua2.

Tapi, bile mak dengan abah pegi haji, semua tanggungjawab tu Along dengan Angah yang setelkan. Diorang bergabung tenaga uruskan adik2. Mak tak tinggalkan kami kat rumah mak sedare sebab aku rasa diorang percaya kat Along dengan Angah. Pasrah abis la mak abah masa tinggalkan kitorg kan?

Ingat lagi, mana ada orang anta mak abah pegi kelana jaya. Bukan macam kat sini yang aku tengok. Sekeluarga hanta orang yang nak pegi. Mak cakap, taknak susahkan orang. Lagipun, dulu lain la. Tak macam sekarang.. Mak abah memang cool la. Naik teksi je pegi Kelana Jaya. Kiranya, hanya pemandu teksi je anta diorang.

Masa mak abah kat mekah, ada satu masa, opah sakit. Lepas tu, adik macam mana? Kan baru 3 bulan. Sapa nak buat susu adik, tukar lampin, dodoi suruh tdo? Aku, kakak dengan adan happy2 je tahu. Pasal adik, takat cubit2 pipi dia boleh la. Lagipun, aku dengan kakak sekolah la. Adan? Kecik lagi.

Jadi, along dengan angah gilir-gilir ponteng sekolah sebab kene jaga adik dan opah. Aku pun tak tahu idea ni mana diorang dapat. Tapi, aku ‘salute’ dengan mereka berdua ni. Itulah keputusan yang terbaik buat masa tu. Along…Angah…kene marah dengan cikgu tak???

Kalau ada award untuk abang dan kakak, aku pun nak kasi award tu kat diorang. Memang power la dua2 tu. Kitorang dapat hidup tanpa emak dan abah selama sebulan lebih dengan baik sekali. Zaman dulu, mana ada telefon kan? Mana boleh nak cek kitorang ni  macam mana. Alhamdulillah semua baik2 jer.

Tak lama lagi, turn Hawa pulak. Dalam kepala mesti macam2 kan?

Turn aku nak ke tanah suci…Bila pula??

4 thoughts on “2 Award untuk diberikan

  1. lpas nih kna pngil hjh la kt c hawa 2..
    cm lawak la plak muda2 dh dpt pngkat hjh nih.
    anyway cngrat kt hawa sb nk tnai kn rukun islam ke5 nit..

  2. zader: hehe…tenkiu2..rezeki gue sbb di sponsor pama…klu harap duit sendri entah bile la dpt g haji🙂

    ijat: muka aku ‘cerah’ x??hihi..perasaan aku??entah la…bercampur baur..hoho…pening gile nk setel hal2 umh n ofis…ready? boleh la….xlama lg dh kn…takut wooo…

    doa2 la supaya haji aku diterima Allah….huhu

  3. Sabar hawa. buat list satu2. tapi ko memang boleh handle. Semoga semua berjalan lancar kat sana..Muka ko memang dah cerah la.. Tapi, ‘cerah’ sebab gi Haji, nanti aku belek. Haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s