Posted in Health conscious

Sunkist VS Kolesterol

2 malam lepas sembang dengan seorang kawan. Dia tengok gambar aku dan komen..

Ijat, mata ijat bengkak la“…

Hah? Mata bengkak? Bile? Gambar mana? Ni mesti double click kat gambar tu pastu usya betul-betul kan?  Berderu soalan keluar dari mulut ni..

Gambar mana mata aku bengkak yer?  Masa yang sama aku pun recall gambar apa.

Gambar kat blog. Dengan Adam.

Owhh..Gambar tu…

Ayah saya pun, bawah mata dia bengkak sebab kolestrol berkumpul kat bawah mata.

Wattt? Aku dah separa cuak. Memang mata aku bengkak. Entah kenapa. Gambar tu amik masa petang. Tidur malam sebelumnya cukup, tapi mata memang macam tuh. Takleh tipu la kan? Sebab bukti dah ada..Adehh..

Ada kolestrol bawah mata jugak ke? Sama macam ayah membe aku tu? Biar betul. Aku tak masuk 25 lagi ni.

Tengok perempuan, memang kalut. Haha.

Membe aku advice suruh aku buat medical check up. Tapi, baru 3 bulan lepas aku buat. Malasnye nak gi semua2 tu..(actually takut doktor amik darah. Masa medical check up 3 bulan lepas, pertama kali orang amik darah aku. Lepas tu, doctor dengan nurse try cucuk banyak kali sebab cari urat tak jumpa…Sakit woo. Macam serik je nak kasi orang cucuk aku lagi..)

Takpun, aku kene refer balik kat doktor tu untuk tahu result aritu.

Punya banyak alasan, dia soh aku makan sunkist hari2. Nanti aku try dan tengok berkesan ke tak. Lepas tu, kene exercise. Makan kene control!!

 

 

“A sunkist a day keeps the doctor away”

 

Aku google dan cari makanan untuk menurunkan kadar kolesterol. Walaupun aku tak pasti kadar kolestrol dalam badan ni berapa, tapi bagus jugak la. Aku lebih beringat-ingat bile memilih makanan. 10 makanan yang aku patut ambil :

 

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
 
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
 
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

 

Selepas aku lihat contoh-contoh makanan di atas, aku perlu lebihkan buah-buahan. Hoyeahhh…

3 thoughts on “Sunkist VS Kolesterol

  1. soya mmg best alternative for nasi but be careful..terlebih amik soya pn can cause us to gain on weight..xcaye??tgk adam ngn aku..huhu….yg bagus amik sayur,, ikan kukus…lauk org sakit..hoho…

  2. hawa…weh, tu macam orang sakit betul tu…semua list yang ko suggest, aku x makan sangat..sayur, ikan kukus…ala…last choice arr..soya layan beb. soya botol..haha…

    azy…x leh blah makan tu jer…masak la yg berkhasiat, yang kurang kadar kolestrol nyer untuk aku..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s