Posted in Working is my hobby

Berperasaan seperti artis bile orang beri tumpuan.

NEO adalah program orientasi untuk pekerja baru. Tadi aku pergi NEO dan berkenalan dengan staf2 baru. Ada manager, ada fresh grad, ada yang dah 2,3 kali tukar kerja. Em, macam-macam. Diorang nak taknak kena kenal dengan aku sebab nanti2, pasti diorang cari aku untuk urusan rasmi.

Seronok juga tambah kenalan. Aku sempat bersembang dengan organizer. Amik input yang penting, jalan-jalan ke floor yang aku tak pernah jejak dan dapat lunch free yang sedap. Ahaks.

Aku pernah join NEO masa mula-mula kerja kat sini. Dengar orang ni cakap, orang tu cakap. Ada yang aku faham, ada yang aku faham sikit-sikit dan ada yang aku tak faham langsung.

Aku sorang je bukan budak IT masa tu. Sepanjang hari itu, perkara yang diperkatakan banyak yang bersangkut paut dengan hal-hal IT. Aku tahankan telinga juga. Bukak mata besar-besar walaupun dah tersengguk beberapa kali. Cuba untuk memahami apa yang diperkatakan. Ada yang ok. Dan, ada yang aku terus loss.

Orang lain syok la, faham je apa speaker cakap. Fine!.  Aku nak tanya pun macam segan je. Benda kecik macam tu pun tak tahu ker? Erkkk…Sori beb, aku bukan budak IT…Aku tau basic je. Kerja aku bukan nak develop system macam korang.

Mana nak tau ar..Aku tak pernah dengar pon segala-gala yang korang cakap. Contohnya macam DRP, BCP, PII, PHI..Ha..tau ker?? Canela aku tak blur. Kalau korang melalut pasal GL, FA, AP, AR aku paham la.😛

Takpe, slow2 la aku belajar. Dan aku rasa keadaan aku bertambah baik sekarang. Dah tak loss macam dulu.

Pernah dengar tak orang cakap..budak IT ni interesting dan budak Akaun ni boring. Erm. Aku nak mengiyakan statement itu. Ada orang marah ker? Ooopss..

Yang tu pendapat aku je. Tak kacau orang lain pun. Em, dari sudut pemerhatian aku, orang IT adalah Cool, Rilex dan Free. Orang Akaun pula Serious, Think and Work Hard.

Alaa…tu kat ofis ni jer. Ofis lain, lain la kan…

Kat sini sempoi aje pergi kerja, lelaki atau perempuan tak kecoh2 pasal pakaian. Nak kaler terang ke, gelap ke, pelangi ke..sukati. Memang selamber.

Itu dari segi pakaian, belum lagi waktu kerja atau cara bekerja. Pasal kerja, pendapat aku, mereka Flexible, janji ada internet connection. Semua beres.

Owwhhh..Ada sorang mamat ni, cool je aku tengok. Aku selalu terserempak dengan dia kat car park. Dia bawak mineral water sebotol je pegi ofis. Aku nak je cakap “Brother, kamu cool la!!”

Ada sehari aku buat kerja kat floor yang sama dengan tempat dia kerja. Aku tengok meja dia. Hanya ada laptop dan sebotol mineral water. Lagi sekali, aku nak cakap “Brother, kamu betul2 cool okay!!”

Cuba dia tengok tempat aku.. Laaaaaaaaa..Meja tetap penuh. Drawer aku sampai dua sebab nak letak segala fail dan kertas. Tapi, bile balik, aku kene kosongkan atas meja. Itu prosedur yang bos aku sarankan. Semua sumbat la dalam drawer. Dokumen2 sangat la P&C. Mata seronok bile nak balik atau waktu pagi-pagi sebab meja aku memang kosong dan bersih lagi kemas. Sama macam meja brother tu.

Jadi nye, aku pun nak cakap kat diri sendiri….Wah, aku cool betul!!! (walau hanya untuk seketika)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s