Posted in Monologue

Ceria dengan Mu (Adam)

Aku memang lemah la bab ni. Sekarang, serius aku lemas dan rimas. Walaupun mendengar suara dia hanya 5 minit, itu sudah cukup membuatkan aku rasa mahu meletak telefon. Tapi tak boleh. Hati meronta tapi terpaksa bermuka-muka. Bile masa aku jadi begini? Selalunya kalau tak suka dengan seseorang, aku akan buat-buat biasa. Kali ini, aku macam tak mampu. Hati aku cepat saja mahu naik angin. Kalau dia tengok muka aku mesti dia faham. Tapi sebab dia tak dapat lihat aku, mesti dia fikir aku baik-baik sahaja.

 

Atas dasar menghormati dia, aku jadi sebegini. Aku tak mahu dengar suara dia lagi. Aku tak mahu! Melampau sangat permintaan aku? Ini entri kedua tentang ketidakselesaan aku terhadap dia. Em. Sepanjang hari aku runsing. Kesian kat aku. Haih.

 

Tidak baik mengeluh. Apa yang mampu aku buat? Apa yang boleh aku lakukan? Tolonnngggg…

 

Perkara ini nampak kecil namun apabila ia member kesan kepada emosi aku. Jadi, aku kira agak besar. Sebelum ini, aku selalu bersikap…’Biarlah…Takpe je’…Tapi untuk kali ini, pemikiran seperti itu tidak dapat aku aplikasikan. Nampak sangat keadaan aku agak teruk.

 

Aku perlu mengawal keadaan. Ye. Tapi, langkah terbaik masih belum aku jumpa. Aku tidak boleh bersikap kurang ajar dengannya. Masih punya rasional dalam diri.

 

Stress keje tak sehebat stress perkara ini. Berat benar aku rasa.

 

Dan juga perihal laptop aku yang buat hal. Ini menambahkan kerunsingan yang ada. Mengada-ngada Masa aku perlukan dia, dia bersikap sebegini. Bagus. Menguji kesabaran aku yang makin tipis.

 

Petang tadi, aku luangkan masa dengan jejaka kecil, “Adam“. Benar-benar gembira kerana kerunsingan dalam kepala macam terus hilang. Melihat telatahnya membuatkan aku lupa akan perkara yang tidak seronok itu. Bagus la. Ini macam terapi. Adam ini mampu membuatkan aku rasa tenang. Terima kasih pada Eve kerana membawanya ke rumah aku siang tadi.

 

 

 

One thought on “Ceria dengan Mu (Adam)

  1. sbar ja lh ijat..
    klu ko asa cm 2 baik trus terang ja..
    aku knal ko ni…msti xsngup ka..
    ya la..nt sure org sna 2 trasa sgt..
    huhuhuhhuuuuu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s