Posted in Monologue

Perkara yang rimas buat aku akhir-akhir ini

Apakah cara terbaik untuk mengelak diri dari seseorang? Hmm.. Phone dah bunyi banyak kali, aku biar je. Lepas tu, aku rasa bersalah sebab tak jawab. Nak return call boleh.., tapi aku sangat berat hati nak cakap dengan dia.

Perasaan begini buat aku rimas. Betul-betul tak selesa. Aku suka cakap dengan orang yang buat aku selesa. Dengan orang yang aku tak selesa, aku cuba untuk membuatkan diri aku berada dalam keadaan yang selesa.

Tapi, dengan dia, aku tidak mahu membuat sebarang usaha untuk menjadikan aku selesa.

Aku akan sangat gembira bile bersama dengan orang yang aku fikir dan rasa selesa dengannya. Aku senang bicara. Tutur kata yang keluar daripadanya tidak membuatkan aku rasa tertekan. Malah, bila berbicara tentang perkara yang berat dan sangat serius, aku masih mampu lagi memberi respon yang baik tanpa ada kata-kata dalam hati yang merungsingkan.

Bila aku bicara dengan seseorang dan pada masa yang sama dalam hati kecil mengomel sendirian, ini betul-betul menunjukkan aku tak nak cakap lagi. Taknak dengar apa-apa yang dia cakap. Rasa mahu terus pergi dari situ atau letak telefon. Tapi, perkara itu kan kurang sopan?? 

Aku jadi emo bile orang cakap gah, atau sentiasa meninggi diri sepanjang tempoh perbualan. Ye..aku tahu kau bagus, tapi bile setiap kali bicara denganku..dan aku tak ada kene mengena dengan kamu, ini betul-betul buat aku sakit jiwa. Aku tak perlu tahu semua itu. Aku taknak tahu. Dan bile kamu bercakap tentang perkara yang lebih serius dan aku terpaksa mengiyakan tapi dalam hati menidakkan, aku jadi seorang yang pura-pura.

Aku bukan hipokrit. Tapi, atas dasar menghormati kamu, aku jadi sebegiu rupa. Jika aku betah, maka kamu lebih membuatkan aku sangat geram. Hal ini nampak kecil tapi bile berulang-ulang perkara yang aku tidak gemar, aku tidak suka. Tapi, aku tidak tahu mahu cakap bagaimana dengan kamu. Tambahan, kamu seperti sangat selesa dengan ku. Rumit jika begini. Perbezaan aku dan kamu sangat jauh. Dan aku tidak ada hati untuk merapatkan jurang tersebut, walhal kamu juga tahu untuk merapatkan jurang adalah perkara yang sangat sukar, dan untuk menutup jurang itu, tidak mungkin sama sekali.

Aku hormat kamu. Pinta kamu hormat aku juga. Pelik bile kamu berkelakuan begini walhal aku tidak kenal sangat dengan kamu. Untuk kenal lebih jauh, maaf, itu bukan yang terbaik untukku. Masalah yang lebih besar akan muncul jika aku mahu berbaik-baik dengan kamu.

‘Tak bagus sangat kalau kita selesa dengan orang tu…Tak payah nak baik-baik dengan semua orang’….Kata-kata ini terngiang-ngiang di telinga. Suatu ketika dahulu, aku menidakkan ayat ini sekeras-kerasnya. ‘Kenape? Tak boleh baik dengan semua orang ker?Salah ke nak baik2?Bukan ada apa2 pun’ Itulah ayat betah aku.. Dan..hari ini..aku memikirkan ayat itu kembali….

2 thoughts on “Perkara yang rimas buat aku akhir-akhir ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s