Posted in Foodylicious

Jangan memberi janji jika tak boleh kotakan

Kucar kacir perasaan. Pagi tadi aku bangun agak awal kerana sudah tidak boleh tidur lagi. Aku terbayang-bayang roti canai dan teh tarik. Best nyer. Disebabkan tidak mahu menikmati breakfast keseorangan, aku lupakan saja hasrat pegi ke mapley.

Awal lagi, perut tak bunyi2 pun. Dah biasa tak breakfast sebab tak sempat kalau hari kerja. Hari ini, hari cuti dan nak kata tak sempat tu memang tipu la. Alasan makan seorang kadang-kadang buat nafsu makan aku terbantut. Entah bile sikap ini akan hilang jauh-jauh dari aku.

Kemudian aku dapat panggilan. Oh. Undangan makan tengah hari dengannya membuatkan aku bersemangat untuk pergi mandi. Lepas setel semua2, aku tunggu sambil melayari internet. Aku tunggu sambil tengok tv. Aku tunggu sambil makan asam. Aku tunggu sambil aku melayari internet balik. Beberapa jam jugala aku tunggu.

Dan akhirnya telefon ku berbunyi. ‘Tak sempatla nak jumpe u’… Aku sangat kecewa. Aku rasa macam nak jerit2 je. Tapi aku tahan. Bile lapar, orang usik sikit mula la naik angin kan. Ni memang ketara kat aku. Tapi, aku masih boleh bersabar. Muka ni bajet2 kool ajer depan laptop. Tapi hati dah haru biru.

Perut aku lapar sebab tunggu orang yang janji tapi tak tepati janjinya. Selamber cakap nak makan dengan aku lepas tu cancel? Aduhh…

Tahu dari awal, aku pegi je makan kat mapley. Sekarang 1.30 petang, takkan la nak makan roti canai dengan teh tarik. Ape hal?

One thought on “Jangan memberi janji jika tak boleh kotakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s