Posted in Health conscious

Fine

Otak aku macam tak boleh berfungsi dengan baik. Malam tadi aku memang sakit kepala. Muntah 2 kali. Apehal? Makan cukup. Tido cukup. Rehat cukup. Ape lagi yang tak kena ni?

Lepas keje, hujan lebat sangat. Aku lepak kat old town white coffee dengan office mate. Masa tengah lepak, dah rasa tak sedap badan. Ala..mengada la pulak time2 ni rasa tak best.

Aku cari panadol dalam handbag..Takde. Yang ada..ubat lain. Tak sesuai untuk sakit kepala.

Sampai je rumah, aku setel semua2, makan ubat, lepas tu terus duduk dalam selimut. Aku terlelap kejap. Tersedar bila dengar lagu ayat-ayat cinta. Kenapa suara tak sama dengan yang selalu aku dengar? Selalu suara Rossa..sedap kan?..tapi ni suara orang lain…Ouhhh..Nana menjiwangkan diri, mendengar dan menyanyi lagu itu berkali-kali. Ye..Aku dah hafal dah lagu tu sebab ko. Haha

Aku cuba tido balik. Pusing kanan, pusing kiri. Garu-garu kaki sebab kene gigit nyamuk, sembang kejap dengan Elia pasal keje dia..Lepas tu, aku tak boleh tido. Nak dekat pukul 12 dah time tu.

Weh, aku sakit kepala lagi ni……Nak tido.Nak tido. Panadol tu tak bagi kesan apa-apa kat badan aku. Em..macam mana nak bagi tido yer?? Dengan pantas, aku capai sebiji lagi ubat yang lain. Aku telan dan kembali ke bilik.

Sedar2 dengar suara Nana..”Jat, bangun Jat…

Mata tak leh bukak. Lalok giler. Even after dah mandi pun aku still ngantuk. Bawak keta pun ngantuk lagi. Sampai kat ofis pun ngantuk lagi.

Aku ni ter’overdose’ ker?

One thought on “Fine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s