Posted in Working is my hobby

Nak cepat sampai rumah.

Aku tengok dari tingkap Tingkat Enam Belas..Kereta penuh kat jalan..Mungkin pergerakan kurang dari 10km/sejam.

Aku duduk balik kat kerusi. Lemah. Malam tadi tido lambat. Hari ni aku keje semahu-mahunya. Sahur aku teguk air kosong je. Sapa suruh aku tido lambat? Aku buat keje la. Kalau tak tido lambat, mungkin sampai malam ni aku duduk kat ofis. Eeee..Tak mahu..Sapa suruh minum air kosong jer? Tu dah kire bagus aku boleh bukak mata, bukak pintu bilik, bukak lampu, tuang air kat cawan..minum..tutup lampu balik, tutup pintu bilik, baring balik dan tdo balik. Banyak step dah tu untuk orang yang tdo 3jam baru. 

Aku tersenyum puas dengan hasil kerja hari ni. “Akhirnya..Yess…Yessss….Yessssssssss…..Dah reconcile beb”…Suara-suara keriangan berkumandang dalam hati.Macam nak jerit pun ada. Macam tak boleh nak rilek sebab aku buat mende tu sampai lebam mata. Berbaloi!

 

Dok berpikir-pikir lagi.., patut ke aku balik sekarang dengan keadaan jalan macam tu? Woi. Arini aku posa la!. Ada hati nak berbuka dalam kereta? Jangan harap! Aku capai handbag dan terus blah. Mak aaaiii…Banyak nye kereta. Kereta power ke. Kereta tak power sangat ke.. Kereta tak power langsung ke.. Semua sama jer standard. Macam siput.

Semua kenderaan tak bergerak kecuali yang satu ini. Fuh..bergaya sungguh melakukan aksi selit-menyelit di kiri kanan aku. Jeles giler. Aku nak naik motor jugak. Tak payah nak duduk dalam kereta yang tak bergerak ni. Okay…. Lepas ni tak payah nak risau-risau pasal jem. Seronok wooo… Ala..rumah dekat je dengan ofis.Aku tengok, 5km pegi…7km balik. Tapi, pernah je amik masa 45 minit walaupun rumah sekangkang kera. Naik motor…confirm 10minit je sampai rumah. Confirm ni. Takde ragu-ragu.

 

~ Eh, bile masa aku pandai bawak motor ni? Lesen pun tak berani amik..Ape daaa

3 thoughts on “Nak cepat sampai rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s