Posted in Happy Family, Health conscious

Sihat sebelum sakit

Semalam housemate aku amik Emergency Leave. Pelik ar apesal tetibe. Oh..Rupanya dia melawat orang sakit kat Cheras. Bapak membe dia sakit darah tinggi sampai masuk ICU.

Keadaan : KOMA

Lagi beberapa hari nak raya, kalau ayah masuk hospital dan tak ada kemungkinan akan keluar sebelum 1 Syawal, maknanya tahun tu takkan raya.

Serius

Tahun tu takkan rasa seronok pun sebab mesti la beraya kat hospital. Suasana mesti sedey walaupun orang lain hu ha hu ha. Kita, takkan nak bergelak ketawa kan? Melampau la tu.

Terus aku ingat bapak aku. Dia sihat hari ni? Ada kat mana? Keje teruk ke? Makan ubat? Hari ni curi2 smoke tak?

Soalan bertalu-talu kuar dalam kepala. Tapi, aku akan dapat jawapan kalau aku call bapak aku kan?

Ni aku terus fokus kat bapak aku. Dia sakit jantung. Aku tak tahu teruk ke tak. Tapi, hari-hari kene makan ubat untuk cairkan darah. Aritu dia pernah kene heart attack. Tiba-tiba je. Lepas tu, baru tau dia sakit. Selama ni dia okay jer. Sihat walafiat. Sakit ni takde tanda. Tiba-tiba serang secara mengejut.

Bahaya!!

 

 

Korang..bapak korang macam mana? Semua ok? Call la diorang tanya khabar sementara bapak-bapak masih ada..

Peace🙂

One thought on “Sihat sebelum sakit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s