Posted in Life Story

Aku men’TAG’ kamu

15 perkara tentang aku yang orang tak tahu.

pertama : pasal habit aku masa tidur. aku kene pakai selimut. tak kire masa tu pukul 2 petang, 3 pagi atau 10 malam. kalau xde selimut, aku susah nak tidur. aku cuba buang tabiat ini, tapi tak boleh. kadang2 bapak aku ingat aku demam sebab tengah hari aku berselimut. so, kantoi disitu bile balik rumah aku tido siang.haha

kedua : aku takut giler dengan tikus. aku boleh je berdepan dengan cicak, lipas, tapi bukan dengan tikus. Aku selalu suruh diri berfikiran positif, aku cakap kat diri sendiri..’aku ni lagi besar dari tikus. Tikus binatang yang comel macam dalam tom & jerry dan juga ratatouille’. Tapi, bile berdepan dengan tikus, ada suatu perasaan yang aku tak dapat nak explain kat korang.  Takut gilerrrrr…rasa lutut aku lemah terus..

ketiga : korang tahu game ZUMA?? aku dah berjaya menang game ZUMA setelah lebih setahun aku cuba. betapa gigihnya aku. tak putus asa. lepas menang, aku tak main ZUMA dah.

keempat : dulu aku suka bawak kereta laju-laju. siapa yang pernah naik kereta dengan aku mesti berdebar je. Alhamdulillah aku masih ada hingga kini. itu dulu. sekarang tidak lagi.

kelima : masa sekolah, cita-cita aku nak jadi queens guide hancur lebur sebab aku fail ujian hidupkan api dengan 2 batang mancis. lepas 3 kali aku fail, aku fed up. terus tak nak go on jadi renjer puteri. aku masuk puteri islam pulak.

keenam : aku tak suka langsung prinsip akaun masa tingkatan 4. aku kene paksa amik 10 subjek sebab aku berada dalam kelas yang paling bijak sekali di seluruh tingkatan. tapi, aku tak dapat kaitkan hidup aku dengan debit credit. aku kuar sekolah tu dan masuk SBP sebab aku tak nak blaja akaun. Tapi, aku end up dengan menjadi seorang yang bakal bergelar akauntan. boleh ker?

ketujuh : aku berkebolehan dalam melukis dan mewarna…lukisan aku kat cover depan untuk folio pendidikan seni dijadikan mural kat dinding dewan sekolah. Bangga la semasa kawan2 mengecat dinding…nak je cakap.”.memang mural tu sebijik dengan aku punya” ;p

kelapan : aku tak tahu tulisan sebenar aku macam mana. tulisan aku macam2. kadang2 straight la, sengetla, bulatla, dekat2, jauh2…ikut mood aku. Kalau jiwang, aku tulis senget2.. kalau serius2, aku tulis straight dan satu2…kalau aku marah, tulisan aku tajam2..ha..tengok tulisan aku, korang tahu apa perasaan aku masa tu..hahaha

kesembilan : aku suka tengok awan. lepas tu bayangkan bentuk awan tu macam apa. berimaginasi sendiri ni. bile langit cerah tanpa awan, aku rasa macam nak cat2 dengan kaler putih. lagi satu..bile tengok awan, aku selalu bayangkan aku salah seekor dari ahli carebears yang comel.

kesepuluh : aku selalu cakap semua makanan pun sedap. aku jadi macam ni lepas satu kes. masa tu aku makan makanan yang memang tak sedap langsung..aku cakap..’tak sedap  la makanan ni’..mungkin agak kuat dan kasar. aku terus  kene sound. sape sound aku dah tak ingat. mulai hari itu, aku cakap semua pun sedap sampai takde makanan yang tak sedap termasuk apa yang aku masak sendiri.

kesebelas : dulu aku tak pandai potong kuku. entah sampai umur berapa bapak aku yang potongkan. bile besar, aku potong sendiri..kuku jari kanan senget2. sebab aku bukan kidal. so, x pandai guna tangan kiri nak buat benda. sekarang, keadaan bertambah baik.

keduabelas : email yang aku guna izatul1998 memang wujud dari tahun 98. ini bermakna dah 10 tahun email aku tu. baru aku sedar betapa lamanya…

ketigabelas : aku pernah kene buli masa darjah satu. sampai sekarang bapak aku ingat lagi. rambut aku panjang sampai pinggang masa tu. ada budak kelas aku ni selamber tarik tocang aku sebelah. aku tak pandai dandan sendiri sebab mak yang buat kan. bile balik rumah, aku report bapak aku. esoknya, apa lagi..bapak aku datang sekolah marah budak tu. sampai sekarang, bapak aku ingat lagi budak yang buli aku tu. 

keempatbelas : aku pernah fail mata pelajaran sains masa tingkatan 2. tu pertama kali ada kaler merah dalam buku record. aku takut macam nak mati bile mintak bapak aku sign.

kelimabelas : hidung merupakan bahagian paling sensitif kalau aku sejuk. ni aku detect masa tengok movie. dalam cinema sangat sejuk. aku rasa muka, tangan, telinga takla sejuk sangat. tapi, paaaaaaaaaaling sejuk adalah hidung. kenapa yer?? aku tak tahu.. bile aku sejuk, aku pegang hidung…lawak2.  

 

 

aku tag semua orang yang baca blog aku yang ada blog..dalam list aku tu……..AKU TAG KORANG SEMUA!!

7 thoughts on “Aku men’TAG’ kamu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s