Posted in Take A Break

Shopping!Again?

 

 

 

17 to 21 September 2008

 Nose Warehouse Sale

Price as low as RM10

 

 

Products Offered

Nose Shoes

Nose Bags

Nose Accessories

 

 

Time : 10am to 7pm

 

Locationon GoogleMaps

Lot 691 Wisma RSH

Jalan Lagoon Selatan 

Off Jalan Kewajipan

47500 Subang Jaya

 

 

 

 

Advertisement di atas ada kene mengena dengan apa yang aku buat hari ni. Erm. Semalam Nana roger pasal sale tu. Dia ajak. Aku cakap malas sebab puasa, so mesti x cukup tenaga. Pagi ni dia ajak lagi.

Aku tewas nampaknya. Aku pegi jugaaaaaak. Memang jelas kekurangan aku disitu. Kan baru je shopping kat Padang. Ni? Nak shopping lagi??

Sebelum kuar rumah, aku tekad. Kalau betul2 murah baru aku beli. Kalau harga biasa2 je, aku simpan je la hasrat nak beli kasut raya.

Setibanya di sana, keadaan aku masih terurus. Selepas 30 minit aku membelek, cuba2 kasut tumit tinggi dan sandal… peluh di dahi..fuh..macam orang keje kat bendang..haha.. Orang ramai sangat. Tempat pulak macam sempit jer. Orang berasak2 nak pilih. Sapa yang ada experience pegi warehouse sale tau la perasaan nya.

Em..aku beli 2 kasut tumit tinggi. Boleh pakai masa raya nanti. Lepas tu boleh bawak pegi keje. Ok la. Puas hati sebab murah sangat. Kire dalam bajet la tuh. Aku fikir aku sudah berbelanja dengan bijak kali ni. Chewah..

Kepada gadis2, kalau korang nak cari kasut raya, pegi la warehouse sale ni. Details ada dalam advertisement. Choice tak la banyak sangat. Kene pilih2 la kan. Tu yang amik masa sket tu.

Untuk jejaka yang masih aktif bersukan, korang nak cari stuff macam tshirt, seluar, kasut, peralatan sukan, dll..Royal Sporting House buat sale kat tempat yang sama jugak.

Nak usya2 warehouse lain..aku bagi link ni.. www.shoppingnsales.com

Bagi aku, pergi warehouse worth it sebab aku boleh dapat barang yang jauh lebih murah berbanding yang berada di pasaran. Sekarang semua orang nak berjimat cermat. Tapi, niat untuk membeli masih tebal di dasar hati kan? Apa lagi, pergi warehouse sale la😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s