Posted in Foodylicious

Mamak pagi.Mamak malam.

Mamak atau Mapley.

Malaysia cukup sinonim dengan kedai2 ini. Tumbuh bak cendawan. Kat mana2 jer ada kedai mamak. Kat KL, bersepah. Tapi, kat Indon takde. Teh tarik pun takde. Isk..

Kawan2 aku, ada yang tak suka makan kat mapley. Diorang cakap tak bersih. Bukan melayu yang masak. Semuanya mamak. Ada setengah tu memang pure India tapi keje kat kedai mamak. Cakap bahasa melayu pun tak reti. Ape kes?

Apa2 la tanggapan orang pasal mamak, aku selalu jugak makan kat kedai mamak.

Kenapa?

Mapley adalah port yang sangat bagus untuk berborak atau melepak dengan kawan2. Mapley Hakim kat Section 7 Shah Alam tempat favourite la. Time tu zaman belajar, so, kat situ, Nasi 36 jadi pilihan. Ye la. Bajet2 sebab nak makan. So, kat Hakim, dengan RM3.60 dah kenyang. Cukup Nasi putih, Ayam goreng dengan kuah campur. Ha.. kalau nak jimat lagi, order dengan air kosong..sebab free. Hehe

Syed, Khalifah, Nashmir, Kayu, Pelita…tu mamak2 yang glamour..

 

Ye la..Nak melepak kat Starbucks ke..Coffee bean ke..mana mampu. Agak2 la kan. RM10 baru dapat air secawan. Tu macam boleh 5 kali pergi makan kat Hakim. Teh Ais Hakim best. Diorang cakap mamak ni taruk ‘something’ kat makanan/minuman dia. Sebab tu kedai dia banyak orang datang. Macam addict je. Itu, aku x pasti. Pandai2 je buat citer.

Sebenarnya, dengan servis yang bagus, makanan yang murah dan ok, ramai je orang datang makan.

Erm…Kat kedai mamak, kalau duduk 5 jam pun, xde sapa nak halau.

 

 

Aku tak dapat bayangkan berapa kilometer sehari ‘ane2’ kat mapley ni berjalan dek karenah pelanggan. Yang ni dari pemerhatian aku tentang pelanggan dan juga pekerja di Mapley

 

Mula2, korang datang pastu ‘ane’ lap meja. Amik order. Dia tanya nak makan ker. Korang jawab, kejap lagi. Order air dulu.

‘ane’ datang bawak air yang korang pesan. Korang borak2, pastu baru ada idea nak makan apa.

Panggil ‘ane’ amik order. ‘Ane’ anta order, pastu bile makanan dah siap, ‘ane’ anta kat meja korang.

Time tengah makan, tiba2 rasa mulut comot. Panggil ‘ane’ mintak tisu.

‘ane’ antar tisu kat korang. Then, korang sembang2 lagi

Pastu, lelaki2…lepas makan, selalunya nak smoke. Korang panggil ‘ane’ sebab nak lighter.

‘ane’ datang kasik lighter. Korang smoke lagi..sembang2…pastu, air dah abis. Korang panggil ‘ane’..mintak air kosong.

‘ane’ datang bagi air kosong. Korang borak2 sampai air kosong abis. Korang nak blah. Tapi, kene bayar dulu kan? Korang panggil ‘ane’ lagi…

Kira. Tapi asing2. Ada yang makan RM3.70. Tapi bagi RM4. Ada yang makan RM7.30. Bagi RM10. Jadi, ada balance 3posen. Ada balance RM2.70.

‘ane’ kene ingat semua balance2. Tu baru 2 orang, kalau 10 orang? Lu pikir la sendiri…

‘ane’ pegi kaunter, pastu datang kat korang, bagi duit balance masing2.

 

Lenguh la jadi ‘ane’. Bile aku tulis, baru sedar betapa banyak songeh nye karenah orang termasuk aku jugak. Erk…

 

Entri ni aku tulis sebab semalam masa bersahur, aku makan kat mapley. Fariz Maju. Malam pulak makan kat mapley Insaf. Insaf Maju. Semua mamak kene ada Maju kat belakang ar patutnya sebab memang maju. Haha.

5 thoughts on “Mamak pagi.Mamak malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s