Posted in Life Story

Aku oldies.Ye!

Sambil mengesat mata, dengan muka termangu mangu, aku menulis entri ini. Baru sekejap tadi, aku baca blog orang lain. Lepas tu terus hilang. Teruk nya. Bukanlah membaca bahan akademik, tapi masih mampu membuatkan aku lena. Haha.

Mungkin…cewah..Nak bagi alasan jugak ni…Aku tak sahur pagi tadi. Patut la lemah semacam. Ni macam budak2 kan? Erggghh..Sebab itu, senang je tertido.

Semalam hanya berbuka dengan mee sup. Itu pun sikit giler. Aku minum air banyak sangat sampai kenyang. Tak bagus kan? Ikut nafsu..Huhu..

Lebih kurang jam 12 tgh malam, aku makan burger yang…Eve atau Elle beli..aku pun tak pasti siapa sebab bile Nana order, aku tumpang sekaki. So, burger ayam itulah menjadi sahur aku.

Angan2 nak makan nasi dengan lauk asam keladi yang aku beli semalam kat bazaar Ramadhan hanya tinggal angan2 sahaja. Nasib baik budak rumah lain makan dan habiskan masa sahur. At least aku tak membazir. Gulai asam keladi ni feveret aku bile bulan puasa. Aku makan kuah dia jer. Keladi tu aku tak sentuh pun. Em. Korang mesti tak makan kan? Sebab ni macam lauk yang tidak menjadi kegemaran muda mudi. Agak oldies sedikit. Tapi, apa2 pun, aku suka. Mungkin esok lusa aku beli lagi. Sebab aku memang teringin makan gulai asam keladi.

Lagi satu pasal kueh lopes. Bile aku lalu je kat gerai2 kuih kat bazaar, terpandang je kuih lopes…Aisshhh.. Rasa geram jer. Tengok kaler dia yang hijau dan struktur nya yang gebu2.. Terus aku berenti betul2 depan gerai tu.

“Makcik, kuih ni berapa satu?”..aku tanya dengan muka penuh mengharap dapat makan kuih kaler hijau ni bile berbuka

“Satu, 4o sen, 5 dua ringgit”..makcik menjawab dengan harapan aku membeli 2 ringgit.

Tapi, aku beli 2 je sebab budak rumah tak makan kuih lopes ni. Diorg cakap kuih ni kuih orang tua. Sekali lagi aku menjadi agak oldies. Haha. Memang aku suka kuih2 macam tu. Sagu, Seri muka, lompang…..banyak lagi nak list tapi aku tak tahu nama. Semua aku bagi nama ikut suka macam kuih bendera, kuih sampan….dll.

Tapi…sepanjang 2 kali aku beli kuih lopes, sekali pun aku tak makan. Aduh. Ikut nafsu bile membeli. Setakat kuih 2 ketul pun aku tak larat nak habiskan, menunjukkan skil2 aku yang kuat makan agak tergugat.

Adakah aku masih mahu membeli kuih lopes? Erk.. Jawapannya..Ya! (Degil punya budak. Tak makan tapi nak beli jugak.) Hati kecil berkata…Ye la..lagi sekali aku makan bile aku beli..

 

Em. Tadi best2 tido, lepas tu terjaga. Tahu kenapa??? Nana masak apa entah, pastu bau masakan tu masuk dalam hidung. Bau yang sangat la best.

Terus terjaga. Ish. Lepas tu, fikir pasal gulai asam dengan kuih lopes yang aku tak makan semalam. Lawak2. Sebab macam budak2.

6 thoughts on “Aku oldies.Ye!

  1. hahahah..gulai asam keladi tu mcm mana ijat..tak pernah dgr pun..bubur keladi tau lah..isk3..sejak bila ijat kuat mkn..mmg ijat tak kuat mkn lah..selalu kalau mkn mesti tak habis pun kan..ijat ijat..nanti kalau beli gulai asam keladi, bg razi tgk..wokey..selamat berpuasa amoi..

  2. en razee: gulai asam keladi pun anda x tau…ish2..moden sangat tuhh…
    suatumasa: x ler oldies sangat gulai asam keladi tu….aku lagi oldies kot…gulai lemak rebung best nye makan..en razee tahu ker gulai lemak rebung???

  3. azy..aku rasa en razee makan ayam jer la..mana reti keladi ke..rebung ke…kan kan?

    zader…aku rasa kalau pedas, jadi asam pedas keladi. kalau masam, jadi ar gulai masam keladi..erk..ikut suka aku jer kasik nama..haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s