Posted in Bunch of friends, Places everywhere

Bukittinggi dan Padang, Indonesia. 5 Perkara tentang!!

5 perkara yang aku observe; menarik tentang Padang dan Bukittinggi.

1.  Money is not powerful. 

Mata aku x lepas2 memandang ke luar tingkap bas sewaktu dari airport Minangkabau ke Bukittinggi. Hmm…Dalam hati, penuh bersyukur kerana Malaysia telah membangun dengan pesat dan paling penting dalam keadaan sekata. Tidak seperti di sana. Lebih berkelompok.

Walaupun tersangatlah mengantuk, aku memang paksa mata untuk tidak terlelap. Pengalaman ini mungkin sekali seumur hidup. Suasana menghijau begitu menenangkan. Masyarakat di sana, kebanyakannya bertani dan bersawah.

Pak Ucok (tour guide kami) ada mengatakan ‘Money is not powerful here’. Dari cara kehidupan mereka dari pandangan mata kasar aku,…a’a aku megiyakan. Jika mereka mengejar kekayaan, sudah pasti habis tanah di sana mereka jual. Keadaan tidak mungkin sama seperti sekarang.

2.   Kesenian dan kehalusan kerja tangan

Tika melawat Rumah Datuk Perpatih di Minang Village, mata tertumpu pada hasil ukiran di setiap penjuru rumah. Indah sekali. Aku ‘salute’ siapa yang menghiasinya dengan kerja tangan yang begitu unik dan menarik. Setiap satu bukan sengaja di ukir. Semua punya maksud tersendiri. Ada yang berbentuk kucing sedang tidur dan sebagainya. Entah berapa lama untuk menyiapkan sebuah rumah yang penuh dengan ukiran..Aku tdiak tahu.

Paling menarik, Rumah Perpatih mahupun Rumah Temenggung, senget tingkapnya. Pelik kan? Setelah diterangkan oleh pekerja disitu, barulah aku faham kenapa direka sebegitu rupa. Kawasan Padang dan Bukittinggi, terdedah dengan Gunung Berapi. Jadi, jika berlaku gegaran, kayu yang menjadi tapak rumah akan bergerak mengikut pergerakan tanah. Flexible la senang cakap. Aku hanya berpeluang ke rumah Datuk Perpatih.

3.   Musolla/ Surau dan Masjid

Sepanjang perjalanan, di selang beberapa buah rumah, aku lihat banyaknya surau dan masjid. Penduduk disini hampir kesemuanya menganut agama Islam. Melihat kanak2 yang pulang dari sekolah memakai songkok dan baju kurung juga bertudung warna merah hati.

‘Tapi, dalam drama tv, baju sekolah mereka warna brown..perempuannya ber’skirt..Mungkin itu hanya di Jakarta..Aku buat ulasan sendiri..

Pak Ucok cakap…”Anak2 lelaki di sini, bile umur mereka 10 tahun, mereka tidur di musolla dan belajar ilmu agama”..

Barulah aku mengerti kenapa banyaknya surau disini. Setiap satunya diguna pakai.

4.   Bertudung=Long sleeve. Free hair=sukatila nak pakai apa.

Bagi kaum perempuan pula, kebanyakannya berjilbab/ bertudung, selaras dengan ajaran Islam.

Ada satu peristiwa di Bukittinggi..beberapa rakanku memakai t-shirt berlengan pendek dan memakai tudung. Mereka ditegur untuk menukar baju jika mahu bertudung..Jika tidak, bisa tidur di penjara malam itu.

Di sana, jika mahu memakai short sleeve, tidak boleh bertudung. Kalau mahu bertudung, perlu betul2 menutup aurat. Ini salah satu budaya yang selaras dengan agama..Patut dipraktikkan di Malaysia aku fikir..Jadi, aku pun akan berlengan panjang selalu bila bertudung…

5.   Orang susah membantu orang yang lebih susah

Sama seperti dalam drama Indonesia yang pernah aku tonton, memang ada peminta sedekah di sana. Disebabkan terhimpit dengan keadaan, peminta sedekah menjadi pilihan. Ye, di sana, mereka tidak semewah penduduk di Malaysia. Apa yang aku lihat, mereka sekadar cukup makan dan pakai.

Berbalik kepada peminta sedekah. Mereka dalam keadaan daif. Tapi, aku lihat yang memberi sedekah pula hanya senang sedikit dari si peminta. 

Dalam hati berbisik, murni sungguh hati si pemberi. Moga Allah murahkan rezeki mereka..

psst : here is another entri for bukit tinggi & padang, indonesia

11 thoughts on “Bukittinggi dan Padang, Indonesia. 5 Perkara tentang!!

  1. promote blog nmpak cik TJS

    utk penduduk di sana, yes ‘money is not powerful’
    but for tourists like us on those days, money does matter..

    haha, btol tak cik ja

    ngak biasa tahan tgk semuanya…hihi

    apapun, cik ja juara shopping…syabas..hihihi

  2. salam…
    boleh tak berikan info sikit tentang harga hotel dan macamana nak contact pak ucuk…bercadang nak bercuti ke bukit tinggi lepas raya nanti…terima kasih

  3. sy pon nk tau psl hrga hotel n tourist guide dia. kalau ade ctc no, tlg brtau eh. thanksss 😉

  4. wowww…kene tegur mcm tuh??bagus juga kan kalau dipraktikkan kat malaysia..
    teringat plak tragedi kat mines…mak arab menegur seorang budak perempuan sbb terdedah perutnya walau bertudung

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Leave a reply to elle farida Cancel reply