Posted in Life Story

Back to HIM

Dah 5 hari aku keje kat tempat baru. Banyak aku blaja dalam tempoh yang singkat. Erm. Terkejut!!. Dengan tiba2 aku keluar dari tempat yang selesa. Sedikit tertekan. Tapi aku percaya, ini la masanya aku mahu challenge diri sendiri.

Aku sudah keluar dari kawasan yang selesa. Itu satu kejayaan untuk aku. Cabaran yang kedua, adakah aku akan berjaya menjadikan tempat yang tidak selesa kepada selesa? Aku sahut..Aku akan cuba sedaya upaya.

Ramai orang berdiri di belakang aku dan memberi semangat juga kata perangsang. Mereka benar2 membantu untuk menjadikan diri aku lebih kuat dari masa lalu. Aku seorang di tempat yang aku tidak kenal sesiapa. Aku perlu pandai membawa diri.

Ermm.. Membawa diri bagaimana? Arggh…Perlu lebih bersosial dan ramah tamah dengan semua orang. Bagi mereka yang senantiasa berkomunikasi dengan orang, ini mungkin perkara biasa. Perlu lebih agresif dan juga alert dalam segala hal. Analytical thinking…aku nak cari celah mana??? Hmmmpphh

Aku fikir kehidupan aku bagai tidak terurus. Dengan berita yang tidak menyenangkan aku terima 2 hari lepas, membuat kan aku lebih tertekan. Apa yang aku perlu lakukan? Mana satu yang menjadi keutamaan? Bagaimana aku mahu membuat pilihan? Terlalu banyak soalan dan terlalu banyak jawapan. Aku keliru.

Akhirnya, hanya SATU jawapan. Hanya DIA yang boleh menenangkan aku. Hanya padaNYA aku memohon JAWAPAN. Hanya DIA yang tahu apa yang baik untukku, hamba yang penuh kekurangan. Moga KAU permudahkan jalan……………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s