Posted in Bunch of friends, Movie Buff

Bertih jagung yang tak habis

Fullamaaaakk.. Memang layan kalau makan bertih jagung dengan air bergas bile tengok wayang. Di saat2 mata khusyuk melihat skrin yang sangat besar (The Mummy nama tajuk wayang itu), tangan berulang2 masuk ke dalam kotak yang berisi bertih jagung dan dikeluarkan lalu terus disumbat ke dalam mulut sendiri. Entah berapa banyak kali perkara yang sama di ulang sampai mulut tak larat mengunyah. Bile pergerakan ini di ulang2, ia akan menjadi bosan. Lepas tu aku malas nak buat perkara yang sama. Aku offer kat pasangan menonton wayang aku tapi dia tak makan bertih jagung. Fine…aku offer pada teman2 aku dan juga pasangan mereka tapi bertih jagung itu hanya di pandang dengan ekor mata sahaja. Bertih jagung aku peluk sampai penghujung cerita. Sekali sekala aku sumbat dalam mulut. Bertih jagung ada lagi. Tapi aku tak boleh habiskan. Sayang…sayang.. 

Apehal makan bertih jagung pada malam pertama aku bekerja di tempat baru? ‘Baik’ punya kawan2. Aku mahu rehat dirumah sahaja tapi korang terlebih entertain kan aku. Tahulah hari ini Rabu jadi tiket wayang harganya murah sedikit. Beginilah cara mahu menjimatkan duit jika tetap mahu berhibur.

Teman2 dengan pasangan mereka. Tapi aku tidak punya pasangan. Encik Smiley pegi makan dengan mak dia. Jadi macam mana mahu jumpa dua orang dalam masa yang sama bukan? Aku tetap mahu menonton wayang sebab aku taknak duduk sorang2 dirumah waktu malam. Eeeee.. Tak suka!. Jadi, aku dengan Eve jadi satu pasangan. Perempuan dengan perempuan. Haha.

Hari ini hari pertama di tempat baru. Aku cuak pun ada. Teruja pun ada. Tak sabar2 pun ada. Risau pun ada. Uish. Rasa macam2 pulak. Aku harap aku cepat catch up. 3hari ni kene blaja banyak benda baru. Ye2. Usaha!!!

8 thoughts on “Bertih jagung yang tak habis

  1. ooo…mentang2 en smiley xde…aku la jd ganti…sob..sob..sob..tau la aku xde bf…sob..sob..sob…

  2. uhuhuhuuu…sob..sob..
    dh lma x tgok wyang..
    jgn kta rmai2,xrmai pn dh jarg p tgok..
    hwaa..sapa nk teman aku p tgok wyang nih…

Leave a reply to suatumasa Cancel reply