Posted in Working is my hobby

Sepet.Sungguh!

 

Aku hanya melihat Nana terbaring di depan aku. Memang tidak nyenyak. Rimas aku tengok. Pusing sini. Pusing sana. Owwhh…sudah pukul 2 pagi, tapi aku bersemangat duduk bersimpuh di depan laptop sambil melayari alam cyber.. Seumpama lupa dengan keadaan diri yang perlu bekerja esok hari.

Esok harinya ialah sekarang. Sudah berapa kali aku menguap aku pun tidak tahu. Kalau dah berkali kali menguap, faham2 lah. Mata aku yang sepet ni seumpama macam tak mampu nak buka lagi. Pedih amat. Ah. Sapa suruh tido lambat malam tadi? Ini semua smiley punya hal sampai aku tidak boleh tidur.

Mulai malam ini aku tidak boleh tidur lewat lagi. Perlu bangun lebih lebih awal. Semacam tak percaya aku perlu keluar rumah lebih awal juga. Semuanya perlu awal. Tiada istilah lewat2. (agak serius tiba2)..hmmmm….

Jika aku bercakap esok aku perlu bangun awal2, maknanya hari ini hari terakhir aku bergelimpangan dengan kertas2 dan fail2 yang banyak diatas meja. Mesti aku akan teringat2 akan bos aku yang garang dan bersuara yang sungguh kuat tetapi baik hati. senior2 yang tidak putus asa mengajar aku banyak perkara sehingga berjaya membuatkan aku agak mahir walaupun tidak sehebat mereka. client yang baik hati dan juga yang selalu buat aku hangin satu badan dek kegopohan dan ke’kerek’an mereka yang mahukan report yang bagus, cepat, cantik tanpa mahu melangsaikan hutang. auditor2 yang penuh berdedikasi. Tempat ini pasti aku rindu. Terima kasih di atas segalanya. Owwhh..

Bos!!!!, aku buat perkara yang salah untuk kali terakhir sebab aku tulis entry ini waktu kerja. Kerja aku walaupun tak siap tapi aku anggap ‘consider done’. Tgh tunggu client finalised draft account. Tapi, aku tak boleh tunggu2 lagi.. Aku chow dulu. Sambil2 mengemas barang2 aku selama setahun lebih ini, aku yang tiada kerja pun buat2 macam ada kerja. walhal benda ini yang aku buat. Ces.

Perut aku benar2 kenyang. Terisi dengan makanan thailand. Makan besar hari ini. Kata farewell aku. Memang kene makan banyak2 sebab macam2 makanan ada – nasi putih, butter prawn, ayam pandan, tomyam, tauhu telur sizling, ikan siakap kukus dan paling special kerabu kaki ayam. Mata aku macam nak terpejam untuk kali yang keberapa ntah hari ini. Huh..Sepet.Sungguh!!!

3 thoughts on “Sepet.Sungguh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s