Posted in Monologue

Kisah Kasih Kamu (Part3)

Sesungguhnya kamu tidak mengerti kenapa aku mahu lagi menulis tentang ‘cerita berat’ ini walaupun ini bukan cerita aku. Apabila kisah ini makin dikupas, dikopek dan dicerai2 kan.. akhir nye satu perkataan untuk si gadis iaitu PATHETIC.

Wahai lelaki itu, jangan lah kau memberi harapan lagi kepada gadis ini jika kau tidak mahu apa2 dengan nya. Kau sudah tahu kisah silamnya. Peristiwa pahit yang terpaksa ditelan bulat2 tanpa ada pilihan dek sifat jantan yang tidak bertimbang rasa. Maaf kerana aku menggunakan ‘jantan’ instead of lelaki. Tapi itu yang paling sesuai untuk aku describe ‘jantan itu’. Berani ‘jantan itu’ menjalin hubungan dengan si gadis sedangkan tika itu ‘jantan itu’ sudah mahu mendirikan rumah tangga dengan perempuan lain. Berani sungguh ‘jantan itu’ mempermainkan hati seorang gadis yang naif. Yang tidak bersalah!. Owhhh… 

Wahai lelaki ini, kau bisa membuat luka2 yang ada di hati si gadis kembali terubat. Kau bisa buat si gadis kembali mengukir senyuman. Seperti pelangi yang wujud selepas hujan panas. Alangkah indah. Tapi selepas itu, kenapa kau pula sanggup menambahkan luka2 dihatinya?. Sampai hati kau. Ah. Mungkin kau tak sedar yang gadis ini sudah menaruh perasaan kepada kau. Kau perasan bukan? Atau sengaja menutup mata hati kau buat2 tak tahu tentang perasaan gadis ini kerana sememangnye kau memang tak nampak dengan mata kasar apa yang berlaku disini.

Si gadis yang tulus ini mungkin tidak sengaja mahu berasa dan berfikir tentang yang enak2 saja tentang kau. Angkara kau hadir tatkala jiwa gadis ini benar betul sepi, maka kau memang hebat. Umpama perwira yang menang dengan mudah di medan peperangan walau berbekal askar yang sedikit namun mempunyai strategi yang cukup bagus. Tahniah oh lelaki ini kerana berjaya menawan hati sang puteri.

Kepada lelaki ini, aku tidak mahu campur tangan dalam urusan kalian. Kau pasti ada jalan keluar. Mungkin pilihan kau bukan lah gadis ini, tetapi gadis lain yang aku juga tidak tahu gerangannya. Satu pesanku, jika gadis ini bukanlah apa yang kau cari selama ini, kalian berbicaralah. Jangan biarkan gadis ini tidur dalam kegusaran saban malam. Usah gentar merelakan kebenaran kerana gadis ini pasti cuba bersedia menerima titik noktah jika itu yang kau mahukan.

Kepada gadis ini, fikirlah dengan hati yang terbuka sekiranya apa yang kau harapkan tidak kesampaian. Tak salah mengangankan bintang2 di langit walaupun tangan itu tak bisa menggapai. Walau tersungkur lagi, bangkitlah. Pengalaman lalu lebih memedihkan dan kau masih mampu berdiri dan berlari. Di balik raut wajahmu, aku tahu timbul rasa yang sangat tidak menentu. 

Malam ini benar2 kelam..moga2 sang matahari akan memancarkan sinarannya kepadamu esok hari dan hari2 yang akan datang.

Mohon ampun buat jejaka alam maya jika membuat kau terasa. Tiada sesiapa yang bersalah dan dipersalahkan dalam hal ini. Si gadis hanya mahu kau merungkaikan keserabutan yang lahir dalam hati dan kepalanya. Kau mengertilah harap2 nya. Maaf kepada lelaki2 atau jantan2 yang membaca entry ini jika ada yang tersinggung. Owhhhh…

 

p/s : ada lelaki atau jantan di luar sana yang mahu memberi komen? aku alu2 kan. mungkin pendapat kamu mampu bikin si gadis kembali tenang. atau ada gadis2 yang mempunyai nasib yang sama?.. atau ada yang sengaja mahu memberikan kata2 yang merayap dalam kepala kamu..aku persilakan..

 

 

5 thoughts on “Kisah Kasih Kamu (Part3)

  1. 1) cm mentelaah novel plak…aku dah lama tak baca novl cinta, pening gak aku ayat2 cmtu
    2) smpai part 3? aku kena digest btol2 ni
    3) aku cuba pk pro n cons kisah ni
    4) aku dapat satu…better late than never…baguslah tahu skrg dari kemudian…sakit mmg sakit..dahla si gadis tu punya harapan yg tinggi…and si lelaki plak…sigh…apa nak jadi ngan lelaki zaman skrg…
    5) conclusion : kumbang bukan seekor…

    peace baby….🙂

  2. btu tu cik elle.sastera gila bahasa…take times to understand it..hehehe…yg pasti..yg kita mahu itu sebenar nye bkn lah pilihan yg tepat..bkn ketentuan kita…

    anyway…kumbang mmg bkn sekuntum…jodoh tu ade…yg penting setia kt kekasih kita YG SATU….mengadu la kt dia…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s