Posted in Take A Break

Shopping time…

Last week shopping x hengat.. Plan nak gi OU. tapi..bcoz at the same day ‘J Card Day’ @ Mid Val…so, gerak Mid Valley la..Sale giler2 time tu..Nak cari parking pun susah. Yang best sebab Eve melayan aku. Dah la dia puasa..Bukak posa makan roti Aunty’s Anne..Thanks Eve..Ko memang teman shopping yg best la. Tapi if ada Cell, mesti lagi best kan. Bertambah kecoh.. 

Shopping Time bebeh..
Shopping Time bebeh..

Kalau korang shopping…korang plan cane? Main beli je x kesah la korang nye bajet cane? or Kalau suka, terus rembat??…

 

Kat sini, ada tips utk korg kalau nak shopping..

 

Baca iklan-iklan jualan murah
Sesetengah pusat membeli belah mungkin mengatakan “quantities limited”, “no rain checks” atau “not available at all stores”. Sebelum anda pergi ke pusat beli belah tersebut, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok.

Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut? Fikirkan sebaik mungkin sebelum anda membuat keputusan

Bandingkan harga
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah

Cari maklumat
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.

Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya “buy one get one free” atau “free gift with purchase”. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.

 

Aku amik info ni kat http://www.fomca.org.my . Sesuai utk kita sebagai pengguna😉

 

~masa saya shopping sekali sekala saja

One thought on “Shopping time…

  1. er.. rasenye baik tulis dulu ape kite nk sblum pegi.. drpd pegi dulu baru nk cari ape kte nak.. tu lagi bahaya..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s