Nak cepat sampai rumah.

September 24, 2008

Aku tengok dari tingkap Tingkat Enam Belas..Kereta penuh kat jalan..Mungkin pergerakan kurang dari 10km/sejam.

Aku duduk balik kat kerusi. Lemah. Malam tadi tido lambat. Hari ni aku keje semahu-mahunya. Sahur aku teguk air kosong je. Sapa suruh aku tido lambat? Aku buat keje la. Kalau tak tido lambat, mungkin sampai malam ni aku duduk kat ofis. Eeee..Tak mahu..Sapa suruh minum air kosong jer? Tu dah kire bagus aku boleh bukak mata, bukak pintu bilik, bukak lampu, tuang air kat cawan..minum..tutup lampu balik, tutup pintu bilik, baring balik dan tdo balik. Banyak step dah tu untuk orang yang tdo 3jam baru. 

Aku tersenyum puas dengan hasil kerja hari ni. “Akhirnya..Yess…Yessss….Yessssssssss…..Dah reconcile beb”…Suara-suara keriangan berkumandang dalam hati.Macam nak jerit pun ada. Macam tak boleh nak rilek sebab aku buat mende tu sampai lebam mata. Berbaloi!

 

Dok berpikir-pikir lagi.., patut ke aku balik sekarang dengan keadaan jalan macam tu? Woi. Arini aku posa la!. Ada hati nak berbuka dalam kereta? Jangan harap! Aku capai handbag dan terus blah. Mak aaaiii…Banyak nye kereta. Kereta power ke. Kereta tak power sangat ke.. Kereta tak power langsung ke.. Semua sama jer standard. Macam siput.

Semua kenderaan tak bergerak kecuali yang satu ini. Fuh..bergaya sungguh melakukan aksi selit-menyelit di kiri kanan aku. Jeles giler. Aku nak naik motor jugak. Tak payah nak duduk dalam kereta yang tak bergerak ni. Okay…. Lepas ni tak payah nak risau-risau pasal jem. Seronok wooo… Ala..rumah dekat je dengan ofis.Aku tengok, 5km pegi…7km balik. Tapi, pernah je amik masa 45 minit walaupun rumah sekangkang kera. Naik motor…confirm 10minit je sampai rumah. Confirm ni. Takde ragu-ragu.

 

~ Eh, bile masa aku pandai bawak motor ni? Lesen pun tak berani amik..Ape daaa

Aku terpegun dengan…

Keadaan toilet / kamar kecil yang sangat la bersih di mana2 pun sekitar Bukittinggi. Walaupun tempat tak la se’gah’ mana macam di Malaysia, tapi…toilet di sana perlu dicontohi. Mungkin kesedaran sivik perlu diterapkan kepada masyarakat disini. Malu seh bile orang luar pergi toilet Malaysia, kotor dan berbau… Errghhhh… Serious, aku dan teman2 lain xde hal la kalau nak singgah di mana2 untuk melepaskan hajat semasa berada disana. Bile keluar aja dari kamar kecil, muka tersengih. Lepas tu cakap…”Bersih giler toilet dia”…Walaupun orang anggap perkara ini kecil saja, namun besar impaknya!

 

Aku seronok bila..

Naik kereta kuda. Inilah pertama kali aku menaikinya. Di tengah2 kesibukan pekan Bukittinggi yang penuh dengan kereta, teksi, kereta tolak mee bakso dan sebagainya, kereta kuda turut memenuhkan ruang jalan raya. Selesai membeli belah di Pasar Atas, aku dan Farah sudah tidak punya tenaga lagi untuk menjinjing beg plastik kiri dan kanan tangan yang penuh dengan barang2..Udah capek..(Bayangkan betapa kuatnya aku dan Farah shopping sampai penat..Oopss)..Kami berdua menaiki kereta kuda untuk pulang ke hotel Ambun Suri. 10,000Rupiah = RM4 untuk 2 orang. Murah kan? Kalau naik kereta lembu di Melaka, mungkin lebih RM5. Kereta kuda ni muat2 je untuk 2 orang. Kaki aku panjang. Farah risau je kalau terkeluar.. Semasa dalam perjalanan, aku gelak dengan Farah bila mana “Kereta kuda ni boleh U-turn kan?”..”Kereta kuda ni pun queue masa nak belok ke kanan jalan”…

 

Aku kenyang dengan…

Nasi Padang. Apabila sudah 4 kali berturut-turut makan nasi padang, aku sudah tidak mahu lagi. Jika di sini, harganya mahal tapi di sana jauh lebih murah. Erm.. Lebih 10 hidangan lauk sekali hidang di makan bersama nasi putih. Memang tak lalu bangun kalau makan terlampau banyak. Dendeng, Otak lembu, Gado-gado, Jering masak lemak, Bergedil, Kentang goreng nipis2 masak sambal, Sambal belacan kaler hijau, Tauhu dan tempe goreng, Ikan masak lemak, Daging rendang pedas, Ayam goreng berempah, Ayam percik, Telur masak kari, Telur burung puyuh masak sambal, Sayur pucuk paku masak lemak, Sayur pucuk ubi rebus, Ikan bakar, Udang sambal,…dll. Itulah antara juadah yang dihidangkan kepada kami sepanjang berada di sana. Banyak kan? Mula2 excited la nak makan, tapi lepas 4 kali kami semua surrender. Tak mahu makan nasi padang lagi. Huhu. Bukan apa, sedap memang sedap, tapi jemu. Di Malaysia, 3-4 hidangan sudah cukup kan?? Di sana, mereka makan sikit2 lauknya, tapi macam2 jenis. Itulah salah satu perbezaan antara penduduk di Malaysia dan Indonesia.

Yang penting, bakso memang terbaik.. Sedapnyer… Mee kuning, bakso dan Ayam… Kalau ke sana, kene try tau makan bakso. Jauh lebih sedap dari yang disini. Nana cakap bakso tolak lagi sedap. Aku x sempat nak try. Tapi, bakso di restoran pun sudah cukup bagus untuk aku.. (ayat penyedap hati bagi x terkilan..nnt perlu ke sana lagi sebab nak makan bakso tolak..Haru2…)

 

Aku terkesima bila…

Melihat keindahan Tasik Malinjau yang sangatlah cantik. Dengan kabus2 yang meliputi awan, tasik yang membiru, angin dingin yang menyelimuti tubuh.. Aduhhh…Buat aku jatuh cinta dengan panorama disitu. Fulllaamaaakk jiwang ker? Ala..sesiapa yang melihat pasti akan tersenyum kegirangan.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah.. Nak pergi ke tasik malinjau, perlu lalu 44 selekoh. Jalannya macam nak pergi Cameron Highland..Lebih sempit dari itu. Rasa cuak bile bas berselisih dengan bas. Tapi, ’Mas’ yang drive rilek je..Heh..Kitorg yang lebey2..Ye la..Jalan macam tu takde kot kat Malaysia..

 

Aku gembira semasa…

Berada di Jambatan Siti Nurbaya..Sebab nya, makan Jagung bakar dan Pisang Penyek. Sedap ar Pisang Penyek tu.. Pisang Abu tak silap aku, penjual tu kopek kulitnya, penyek dan bakar, letak cheese, chocolate rice, kelapa parut dan gula.. Waaahh. Mende ni takde kat Mesia. Sedap la.. Macam nak lagi.. Hehe. Makan atas jambatan sambil tengok sunset.. Kalau kat sini, nak berenti kat atas jambatan, confirm tak selamat. Silap hari bulan, kene langgar lari. Tapi, di sana, memang cool betul. Siap orang berniaga lagi di kaki2 Jambatan.

 

Aku pelik dengan…

Rasa Telur Penyu.. Ini juga kali pertama aku makan telur penyu. Rasanya?.. Pelik. Kat Malaysia jarang ada telur penyu. Penyu kan binatang yang pupus. Tapi di tepi pantai di Padang, ramai yang menjual telur penyu rebus. Ini salah satu perkara yang istimewa di situ. Aku pun cuba makan, tapi.. tekak ku tak boleh terima sangat. Elia dan Farah yang biasa makan. Mereka berdua komen, “sepatutnya telur penyu ini dimasak lebih lama dan direbus dengan garam. Barulah sedap”.. Oohhh…mungkin jika dimasak sebegitu, aku akan suka telur penyu…Siapa tahu?..

 

5 perkara yang aku observe; menarik tentang Padang dan Bukittinggi.

1.  Money is not powerful. 

Mata aku x lepas2 memandang ke luar tingkap bas sewaktu dari airport Minangkabau ke Bukittinggi. Hmm…Dalam hati, penuh bersyukur kerana Malaysia telah membangun dengan pesat dan paling penting dalam keadaan sekata. Tidak seperti di sana. Lebih berkelompok.

Walaupun tersangatlah mengantuk, aku memang paksa mata untuk tidak terlelap. Pengalaman ini mungkin sekali seumur hidup. Suasana menghijau begitu menenangkan. Masyarakat di sana, kebanyakannya bertani dan bersawah.

Pak Ucok (tour guide kami) ada mengatakan ‘Money is not powerful here’. Dari cara kehidupan mereka dari pandangan mata kasar aku,…a’a aku megiyakan. Jika mereka mengejar kekayaan, sudah pasti habis tanah di sana mereka jual. Keadaan tidak mungkin sama seperti sekarang.

 

2.   Kesenian dan kehalusan kerja tangan

Tika melawat Rumah Datuk Perpatih di Minang Village, mata tertumpu pada hasil ukiran di setiap penjuru rumah. Indah sekali. Aku ’salute’ siapa yang menghiasinya dengan kerja tangan yang begitu unik dan menarik. Setiap satu bukan sengaja di ukir. Semua punya maksud tersendiri. Ada yang berbentuk kucing sedang tidur dan sebagainya. Entah berapa lama untuk menyiapkan sebuah rumah yang penuh dengan ukiran..Aku tdiak tahu.

Paling menarik, Rumah Perpatih mahupun Rumah Temenggung, senget tingkapnya. Pelik kan? Setelah diterangkan oleh pekerja disitu, barulah aku faham kenapa direka sebegitu rupa. Kawasan Padang dan Bukittinggi, terdedah dengan Gunung Berapi. Jadi, jika berlaku gegaran, kayu yang menjadi tapak rumah akan bergerak mengikut pergerakan tanah. Flexible la senang cakap. Aku hanya berpeluang ke rumah Datuk Perpatih.

 

3.   Musolla/ Surau dan Masjid

Sepanjang perjalanan, di selang beberapa buah rumah, aku lihat banyaknya surau dan masjid. Penduduk disini hampir kesemuanya menganut agama Islam. Melihat kanak2 yang pulang dari sekolah memakai songkok dan baju kurung juga bertudung warna merah hati.

‘Tapi, dalam drama tv, baju sekolah mereka warna brown..perempuannya ber’skirt..Mungkin itu hanya di Jakarta..Aku buat ulasan sendiri..

Pak Ucok cakap…”Anak2 lelaki di sini, bile umur mereka 10 tahun, mereka tidur di musolla dan belajar ilmu agama”..

Barulah aku mengerti kenapa banyaknya surau disini. Setiap satunya diguna pakai.

 

4.   Bertudung=Long sleeve. Free hair=sukatila nak pakai apa.

Bagi kaum perempuan pula, kebanyakannya berjilbab/ bertudung, selaras dengan ajaran Islam.

Ada satu peristiwa di Bukittinggi..beberapa rakanku memakai t-shirt berlengan pendek dan memakai tudung. Mereka ditegur untuk menukar baju jika mahu bertudung..Jika tidak, bisa tidur di penjara malam itu.

Di sana, jika mahu memakai short sleeve, tidak boleh bertudung. Kalau mahu bertudung, perlu betul2 menutup aurat. Ini salah satu budaya yang selaras dengan agama..Patut dipraktikkan di Malaysia aku fikir..Jadi, aku pun akan berlengan panjang selalu bila bertudung…

 

5.   Orang susah membantu orang yang lebih susah

Sama seperti dalam drama Indonesia yang pernah aku tonton, memang ada peminta sedekah di sana. Disebabkan terhimpit dengan keadaan, peminta sedekah menjadi pilihan. Ye, di sana, mereka tidak semewah penduduk di Malaysia. Apa yang aku lihat, mereka sekadar cukup makan dan pakai.

Berbalik kepada peminta sedekah. Mereka dalam keadaan daif. Tapi, aku lihat yang memberi sedekah pula hanya senang sedikit dari si peminta. 

Dalam hati berbisik, murni sungguh hati si pemberi. Moga Allah murahkan rezeki mereka..

Makcik kayo.Makcik suko!

August 27, 2008

Suratkhabar maya aku sudah baca. Bukan semua. Hanya berita yang aku anggap penting dan tajuk yang menarik saja. PKR menang kerusi Permatang Pauh. Ye2…DSAI menang..Semua orang sudah agak..Semua orang sudah tahu kenyataan tersebut.

 

Aku x minat bicara tentang politik. Tak mahu komen apa2. Hanya gemar membaca sahaja. Berbalik kepada diri aku yang tak keluar lunch lagi hari ini..Aku melangut depan laptop pada masa rehat untuk dua hari berturut2 dalam minggu ini.

Balik nanti, kepingin makan apa yer?” 

Semalam aku layan Murni sorang2. Bihun Utara and Fresh Orange. Aku tapau aje. Makan dengan Nana kat rumah. Lepas ni bulan Ramadhan. Rasanya, xde la Bihun Utara sebulan…Tapi, Nana cakap boleh je nak bukak puasa kat Murni…Uish…belum apa2 dah plan nak bukak puasa kat mana.Ngeh ngeh ngeh..

Haaa…. 7hb ni dah roger kawan2 untuk bukak puasa ramai2..Bagus jugak. Dah lama x jumpe teman lama. Gang2 APAcS, aku memang rindu korang!!! Kawan2 ACCA…Kawan2 bukan ACCA…waaa..bagi gegar satu Sunway..Erkkk.. 

 

 

Okay…balik nnt, aku ada plan. Nak pergi ke pengurup wang asing. Mahu tukar wang. Semalam Nana dah tukar RM94 = 250,000 Rupiah. ‘Makcik kayo”..Hoho..Hari ini tak pasti berapa rate nye. Naik atau turun.

Malam pula, aku nak pick Farah kat KL Sentral. Dah lama tak jumpe. Seronok bile dapat bercuti bersama2. Gather ramai2..

2 tahun lepas, pada tarikh yang sama, kita semua pergi PD. Tak pasti kawan2 yang lain ingat atau x, tapi…ingatan itu masih kekal hingga kini. Gembira bersama gadis2 yang sangat menyenangkan. Pengalaman naik banana boat menghidupkan suasana. Puas mandi manda hingga muka macam udang kene bakar. Mula2 tak kisah la..Tapi, petang tu bile sampai Shah Alam…Ya Allah……Pedih sangat.

Bile fikir betapa happy nye masa tu, mula la excited nak berjalan ni. Mak abah ada pesan… STICK WITH FRIENDS bile kat sana.. Ye2…Aku x show off kalau aku syok sangat. Simpan dalam hati..Grrr

Girlssss………………Keje rajin2..Jangan nak malas2..Haha..Mood holiday sudah datang…Keje still on jugak ye!!!

Toll Gate Boy

August 1, 2008

“Sub-standard equipment that was a waste of taxpayer’s money..”

Muka depan The star on 31/07/2008 (semalam). Aku baru nampak hari ni. Terus grab sebab tajuk nye menarik. Berkenaan dengan cukai. If korang bayar cukai, korang baru ar terasa duit yg korang bayar tu di sia2 kan mcm tu..

Semalam memang tak sempat langsung nak baca paper..Sebab?? Last day for submission (Tax form) kat IRB. Memang nak tercabut rasanye badan2 ni. Kelam kabut. Balik rumah terus rasa macam nak demam.

Yesterday’s journey: (mana aku pegi. aku buat apa/ jumpe sape)

  1. Uptown PJ – Commissioner for Oaths
  2. Kepong – Auditor
  3. Damansara Intan – Client’s Office
  4. PJ Old town – Client’s Office
  5. Kelana Jaya – Office
  6. Sri Petaling – Auditor
  7. Pandan Indah – IRB

Dari pukul 12 sampai kul 6 aku drive. Paling teruk masa kat PJ old town.

Mende paling menggusarkan semalam..Aku x jumpe bangunan Menara Mutiara Majestic. Aku call director tu tanya jalan, tapi……huhu…aku bertambah blur. Dia purely Indian (mmg dari India), so x reti sangat jalan2 ni. Aku tanya signage. Dia soh cari ”the tallest building at old town PJ , near MCD and Maybank”. Celah mana aku nak carik. Aku memang dah ada kat PJ old town..Aduuhhh..Maybank ada 2 kat sini. Aku nampak McD. Bangunan tinggi2 bersepah. Xpulak aku nak ukur mana paling tinggi. Bayang Menara tu aku x nampak!!Uwaaa…aku nak cepat nih..Then aku calling2 ar Miss Anne (dia map bergerak utk PJ area)..Rupa2 nya aku kene gi side sebelah lagi after Hospital Assunta. Bukan kat area MPPJ. Baru la aku jumpe………….Fuh, Lega mak.

Mende paling memalukan semalam..aku park keta kat area Damansara Intan..Kejap je la. sebab anta audit report aje. Bile nak bayar parking, cam biasa la… “Nak receipt”…Aku nak claim ar..Aku hulur RM1. Sebab kat situ ada signboard “Setiap satu jam atau sebahagian – RM1″. Betul la kan singgit?? Pastu org yg jaga kaunter tu tanya aku sambil tersenyum ” Nak receipt??????” aku jawab “ye..nak receipt”.. Dia bagi receipt dengan balance. Asal ada balance?? Padan la dia tersengeh kat aku..Sebab parking 2 kupang je. Tu pun nak receipt ker??? Uwaaaaaaa…malu siot…Mana aku tau 2 kupang aje.

Mende paling menceriakan semalam. Ni masa kat toll. Hobi aku ske sakat bermesra dengan org yg jaga tol. Haaa…terikut2 perangai abang yg ku sayangi – Angah…Aku selalu je tegur2 org yg jaga toll..xkesah la laki ke, pompuan ke, muda ke , tua ke, senyum ke, masam ke..semua2 la senang citer. Aku bukan menggedik la..Diorg mesti bosan kan..So, aku menceriakan la suasana. Konon..hehe..Kalau x tegur, aku akan senyum je la..Penat diorg keje. Em.Tapi semalam, x sempat aku nak bukak mulut, abang toll ni dah bagi salam. Tercengang aku sekejap sebab tgk muka dia yg bersemangat dan sangat happy bile tegur aku.

Abg toll : Assalamualaikum adik comey, nak pegi mana ni??

Aku : Waalaikummussalam. Sri Petaling.

Abg toll : Macam mana keje hari ni. Semuanye ok tak??

Aku : Penat sket. (tu je mampu aku cakap. Xleh nak kata apa2 sebab terkesima.tak pernah kot abg toll tanya camni.haha)

Abg toll : Ok. Ni duit baki & receipt. Selamat memandu ye. Bawak kereta elok2 tau!!

Aku : Hanya mampu tersenyum sambil menghulurkan tangan dan mengambil baki & receipt.

Keretaku meluncur laju di LDP.

Merah padam muka. Has (colleague yg best sangat) gelakkan aku macam aper je. Tu la, suka sangat sakat org. Sekarang terkena kat diri sendiri. Kui kui. Tapi aku happy la, time penat2 ada org tegur baik2…

 

 

Ni last time aku kalut

Ni last time jadi runner

Aku xkan dapat pengalaman mcm ni dah.Huhu

You’re Under Arrest!

July 20, 2008

“aku nak basuh baju”..Elle mumbling sorang2
“pegi la..” gue sampuk
 
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…
Tetibe Elle menjerit
Terkejut la wei
Gue & Hude melopong
Apehal pulak???
“Apesal elia?..” huda tanya
Elle kelu..Muka dah lain..
Ni lain x bukan la ni..
“Tikus dalam mesin basuh ker” gue tanya
“Ada baju ke dalam tu? ” gue tanya lagi
Sep baik baju tak letak lagi
 
 
“So…huda..Ko setelkan la..Sape lagi yang paling berbakat selain ko”
Gue, nana, elia… geli
Huhuhu
Huda la satu2 nya harapan kami
———————————————————————————–
First2 kene sediakan alat2 untuk memberkas sang penjenayah (Cik Tikus)
 
Gam Tikus dengan Kayu
 
Berani dia yer..Aku rasa dia terjatuh..mmg cari nahas la..eee…cuba usya betul2..panjang ekor dia
 
Dengan penuh cekap dan berdedikasi…huda berjaya menangkapnyer..
Maaf yer..gambar huda tak leh di expose kat sini
Walau pun dia nak…tapi nana x bagi
No No No
hahaha
 
Yes…akhirnya kami semua selamat ;)
——————————————————————————
Thank you Huda…
Pasal mende ni pun boleh jadi bahan.
Ni aku boring sangat la ni..
Diorg semua ada aktiviti
Aku terperap aje kat umah
Saja menikmati weekend la konon..haha
Nana & Nick : Serdang – visit member sekolah diorg kat Hospital Serdang
Huda : Subang – main paintball dengan colleague..(teringin seh..nak ikut….harapan aje la.huhu)
Elia : Di sisiku..hehe..Dia layan laptop gak..Tapi jap g dia nak g Giant..Cari barang baby..
Asma : Office..busy dengan keje
Hawa : Rumah – jaga Adam..sian..dia sakit
.
.
.
Petang tu, bile Nick n Nana balik..dia ajak kuar..Ala..malas la..Tapi Nick ajak gak teman dia bersosial.haha…KLCC – i’m coming.. Member Nick (Fahmi) dah siap2 beli tiket wayang..so, lemah lah bile dia cakap camtu..okay.terus on.haha.. Layan Batman The Dark Night..menarik2..serious..saper2 nak tgk movie, rasanya korang patut ar tgk citer ni..dari awal sampai abis bapak best!!! tu je gue boleh cakap…
~masa saya bersama kawan2 baru di KLCC

Murni la sangat..

July 19, 2008

 

16 Julai - Gue ajak Zamey g Murni. Dinner kat situ

Gue makan Roti Hawai & Air Suam

 

Zamey makan Mee Goreng & Strawberry Special

Ni first time dia makan kat Murni

“How did u feel? Best ke x? “

Tak sempat pun nak tanya

 

 

 

 

17 Julai – Aizat ajak g Murni. Tapi dah dinner time tu..cancel

Sorry sangat2…Next time maybe..

Perhaps there’s a “next time”

 

 

 

18 Julai – Nana & Nick ajak g Murni. Pegi lagi

Tiga hari berturut2 dengan Murni

Ape kes?

Gue pun tak tau..

Hoho

Sebab Sabtu cuti…so, boleh lepak kat situ..

Tak yah rushing2 nak balik

Erm…

Walaupun susah nak cari parking

Tapi..tegar jugak nak makan kat situ

Ngeh Ngeh Ngeh

Nana teringin makan spagetti..Naaaaahh..

Amik ko

Makan sampai licin..hehe..Lapo sangat

Air nye pulak..Strawberry special

Sedap dooo

 

Disebabkan tidak terlalu lapar

So, aku order Bihun Utara dengan Teh O Ais

Ingatkan x abis…

Alih2…licin jugak

 Haha

 

 

“MURNI SS2

Macam macam ada 

Kalau dulu dok Shah Alam pun sanggup datang Murni

Bile dok Kelana Jaya, SS2 hanya sekangkang kera

Tapi xde la selalu sangat pegi

Takes time..Parking…Tunggu makanan sampai

Kene sabar sket

Tapi..makanan dia best”

 

Berbaloi dengan penantian..

 

 

Disebabkan kat Murni SS2 tak de menu..

Korang suka makan aper???

…..

 

 

~ masa saya makan makanan yg best

Road hogging?Road Hoggers?..Apa tu?…

Mai sini nak habaq : You are driving in an area with a speed limit of 90km/h.You are on the right lane or the so-called fast lane, doing 90km/h. Then suddenly you spot a car in front of you doing about 60km/h or slower.

What will you do? – Flash your lights? Honk the driver?…Anything else???

So to define road-hogging: Road-hogging is basically :

- driving slowly on the fast lane of a road
- blocking other drivers 
- slowing the whole traffic.
 
Kenapa citer pasal road hogging???..Actually, petang semalam drive dari Lumut-KL-KJ…Jumpe la dengan road hooggers..Hmpphh..

“Kalau nak bawak slow…boleh tak drive kat left lane???”

Kita yg sedang speed suddenly kene brake mengejut because of these road-hoggers , dengan sesuka hati will turn into the right lane. And most of the time, they don’t look at their mirrors bile memotong.

Bahaya babe.. seriously..

What will u do if this happen to u?…Stay kat belakang kereta tu?..Or…Turn to left lane and memotong? Tapi..kita boleh ke memotong ikut kiri?

Ini juga bahaya saudara dan saudari..
Tapi itu yg selalu kita buat bukan?

4 hours n 40 minutes..Aduh..Bosan….Dengar lagu sampai x larat nak dengar dah.tangan asyik dok tukar channel ajer..Nyanyi sampai x larat..Haha… Along my way ada 6 road blocks.. ENAM babe..Sabar je la..Kalau satu dua boleh terima lagi.Tapi nak wat cane kan..they do their jobs..erm…ye la..Alhamdulillah, selamat sampai akhirnya..
So, the best way to solve this matter…I think drivers should have driving etiquette…Dont be so selfish when ur on the road..Sabar selalu..
 
~Hidup ini indah bile orang memandu dengan sopan

Tapak Kaki Tapak Tangan

July 10, 2008

yesterday was a history

tomorrow is a mystery

TODAY is a gift

 

sabtu+ahad+isnin+selasa 

July 5, 6, 7 & 8

4 days

4 person 

 

 

berjalan sakan

tengok movie sakan

makan sakan

penat sakan

 

The movies

  1. Hancock
  2. Wanted
  3. Kungfu Panda
  4. War of the dragons

 

The Mall

  1. Sunway Pyramid
  2. One Utama
  3. Sogo
  4. Sg Wang
  5. Pavillion
  6. Mid Valley

 

The Food

  1. Carl’s Junior – Charbroiled Burger 
  2. The Ship – Fish & Chips
  3. Roti Canai + Kuah Asam Pedas
  4. Nasi Ayam Hainan
  5. Murni SS2 – Spagetti Bolognese with Meatballs + Mango Special
  6. Mc Donalds – Sausage Mc Muffin
  7. Burger King – Burger lagiks
  8. Marry Brown – Nuggets
  9. Pizza Hut
  10. Kenny Roger’s – Vanilla Muffin

 

Wah..bile recall n state balik…Banyaknyer makan…Banyaknyer tempat pegi…Tapak kaki + Tapak tangan bersepah merata..Hehe..Dengan siapa gw berjalan?..Ooopss…itu rahsia..Bukan berdua..Tapi Berempat..Memang happy walaupun penat..Pancit jugakla..Bukan selalu..Once in a blue moon ajer..

Kenangan ini gw simpan

Dalam hati

Dalam ingatan

 

~hidup ini indah bile tengok movie ramai ramai

ikan di atas Pan

July 3, 2008

I had 3 lil pieces of curripuff for today’s breakfast..And now…faham2 la perut i macam mana!!..Gosh..There’s another 1 hour before 1p.m….So, teringat2 kedai semalam..We (My hsemate-Huda+Eve) had a dinner at Fish & Co @ New Wing, One Utama..This is our 1st time makan kat situ…Gamble aje..

“one bite & u’re hooked”

They served us with the freshest fish n seafood..

It is truly scrumptious dishes..

Betul..

Tak tipu…

I recall back what we had last nite yer..

  • New York fish & chips (paling suka yg ini wp basic aje..hirisan ikan dgn perahan limau..waaaah..tak tahan sehhh!!!)
  • Seafood platter for 2 (makan ramai2..byknye: udang,sotong,kepah,nasi,chips…i mkn nasi aje yg byk..mmg sah perut melayu…mana thn makan ikan aje..haha)
  • Seasonal catch -Black pepper  (sape yg ske mkn yg ‘panas’ mcm nick absolutely lurve this!)
  • Pasta (sooooo creamy….best2…)
  • Passion drink (pilihan yg tepat..malas nak try mende  baru..kang sakit perut..naahh..this one mix of pineapple & sprite)+ Cammomile (hot tea plus honey…tetibe elia yg kuat minum air sejuk try this one …nampak mcm sedap) + Pink Passion (yg sangat pelik rasanya..mix of cranberry, honey, pineapple..ada lagi satu.. apetah..)
  • Baguette (dah abis la..so, xleh nak rasa..maybe next time kot)

 

Thanks to Elle..(coz open table…semoa bertambah2 rezeki yer)

 :)

 U’d inject a happy hormone to us… 

 

~Hidup ini indah bile boleh makan sedap2…