Si hitam yang seksi

March 8, 2009

 

 

cage

Cage kau kosong yer..Mana pegi weh?? Mentang-mentang takde sapa nak kurung kau balik..

Sedang aku melayan laptop, kau melakukan onar terhadap Nina. Dia asyik terkejut je dengan kau yang suka kacau. Hehe. Takpe, sebab dia baru dengan kau, memang kau ice-breaking dia cukup-cukup. Pantang Nina duduk senyap-senyap kat permaidani, mula lah kau berlari pecut ke arahnye tanpa sebab. Atau kau sengaja menempek pada Nina tanpa alasan kukuh…(buat-buat manja konon..)

kaki ke tangan?

Dan kemudian, Elia datang lalu menyuakan tangan ke arah kau..(mahu mengusap kau saja aku rasa..) Tanpa menoleh kiri kanan, sepantas kilat kau pergi ke arahnya.

ouch

Woiii… Tangan elia bukan makanan.

Tapi, yang kau keluarkan kuku kau kenapa?

scarss

Isk..Sakit tahu? Kenapa-kenapa? Sudah lapar ker?

Elia yang suka layan kau pergi tengok kawasan jajahan kau. Stok makanan sudah habis rupanya..Dengan penuh sifat keibuan, Elia refill balik dry food dalam bekas. Dan aku tak sempat snap gambar kau. Tulah, kau makan lahap sangat..Dan yang aku sempat snap ialah gambar bekas makanan tanpa kau..

food

Sesudah kenyang, seperti biasa, kau terbaring kemalasan.

lazy sally

Muka kekenyangan kau buat aku kenyang sama.

love papers

Walau aku sengaja cari pasal dengan kau, kau hanya menggapai tangan mu sahaja.

Dek perut penuh hingga tidak terdaya untuk bangun lagi..

wohaaa 

Pose seksi kau

salem

Eeeeuuuuu…Oucchhh..

 

 

 

 

 

 

 

Tak nak elaborate apa2.

Aku kene buat sesuatu yang lebih penting.

NOKTAH

Dah habis ke?

October 14, 2008

Agak-agaknya kuih raya ni ada lagi ke kat rumah? Tapi, rasanya kek2 tu semua dah abesss..

Bile semua orang duduk rumah tengok TV, siapa nak habiskan semua kuih2 tu?

 

Tak semestinya tengok TV je kan? Kalau main game pun malas nak keluar rumah jugak. Balik raya hari tu, aku memang berehat sakan. Salah satu perkara yang membawa erti berehat bagi aku ialah main game. Semangat pegi beli game baru sebab tengok Adan dengan Adik main. Aku pun nak jugak!!. Game yang diorang main aku memang tak layan. Nama pun aku tak tau. Nampak sangat aku tak amik port. Yela, dok perang-perang. Defend la, apela. So, beli cd Pet Pals Animal Doctor.

Sebenarnya nak main Yahoo Games tapi DVD tertinggal pulak. Nak beli cd game stok2 Yahoo games tu rasa macam rugi jer sebab yang kat DVD t u aku tak abis main lagi semua. DVD Tychoon pun tertinggal. So, before ni dah jadi pembuat kek yang berjaya, kali ni aku nak jadi doktor haiwan. Cewahh. Game ni bagusnya sebab bagi aku memahami haiwan-haiwan. Aku bukan penggemar haiwan. Kucing ke, arnab ke, kuda ke, serangga ke…aku tak minat. Selalu tengok2 macam tu je la. Lepas main game ni, baru la faham sikit2.

Aku react betul2 macam doktor. Dapat je ‘patient’, then kene examine dulu, pastu banyak la step2 kene buat before bagi ubat. Ye la, kene tau simptom2 sakit apa dulu kan.

Yang paling best pasal info yang aku langsung tak pernah tahu selama ni. Vocab2 baru pun banyak.

Ni la keje aku masa cuti raya. Menarik ape..

Say Goodbye.To AIZAT!

September 12, 2008

Fullamaaakkk…Kat TV, tak tau la citer apa skarang ni. Tapi suara Nora dengan Vince memecah suasana. Lagu Di Persimpangan Dilema..Erm..Kenapa boleh layan lagu ni?? Budak2 rumah sudah tidak tahu mahu buat apa la ni.

“Hanyalah Tuhan saja, bisa menentukan semua..Kesabaran daku menantimu…”

Sorang2 merosakkan lagu ni…Ish ish.. 

Termasukla diri ini. Aku senyap2 dalam bilik dari tadi lagi. Sebenarnya ada projek. Haha. Aku korek2 balik CD yang dalam simpanan. Memang nak cari satu CD ni pun. Lepas tu, jumpe CD gambar yang aku burn 2, 3 tahun lepas.

Datanglah idea untuk menulis blog ini. Maka entri ini ditujukan khas untuk AIZAT ISHRAFF (Ejat). Aku tau, dia tak baca pun blog aku. Tapi, saja2 nak tulis. 

Tengah hari tadi, Ejat msg. Cakap dia nak fly g Dublin Ahad ni, sambung Degree. What??? 2 hari nak pergi, baru arini msg. Bertuah betul budak ni. Dia cakap kalau aku tahu 2minggu lepas pun, bukan aku boleh buat apa2 pun..hehe. Ye laaa.

2tahun lepas, agak close dengan dia. Lepas tu, aku stay KJ..dah jarang dah contact. Cuma msg sekali sekala. Dah takde lepak kat Kedai Kopi atau Murni dah la lepas ni… 

 

 

 

Take care Bro!! Good Luck in Dublin ;)

Aku terpegun dengan…

Keadaan toilet / kamar kecil yang sangat la bersih di mana2 pun sekitar Bukittinggi. Walaupun tempat tak la se’gah’ mana macam di Malaysia, tapi…toilet di sana perlu dicontohi. Mungkin kesedaran sivik perlu diterapkan kepada masyarakat disini. Malu seh bile orang luar pergi toilet Malaysia, kotor dan berbau… Errghhhh… Serious, aku dan teman2 lain xde hal la kalau nak singgah di mana2 untuk melepaskan hajat semasa berada disana. Bile keluar aja dari kamar kecil, muka tersengih. Lepas tu cakap…”Bersih giler toilet dia”…Walaupun orang anggap perkara ini kecil saja, namun besar impaknya!

 

Aku seronok bila..

Naik kereta kuda. Inilah pertama kali aku menaikinya. Di tengah2 kesibukan pekan Bukittinggi yang penuh dengan kereta, teksi, kereta tolak mee bakso dan sebagainya, kereta kuda turut memenuhkan ruang jalan raya. Selesai membeli belah di Pasar Atas, aku dan Farah sudah tidak punya tenaga lagi untuk menjinjing beg plastik kiri dan kanan tangan yang penuh dengan barang2..Udah capek..(Bayangkan betapa kuatnya aku dan Farah shopping sampai penat..Oopss)..Kami berdua menaiki kereta kuda untuk pulang ke hotel Ambun Suri. 10,000Rupiah = RM4 untuk 2 orang. Murah kan? Kalau naik kereta lembu di Melaka, mungkin lebih RM5. Kereta kuda ni muat2 je untuk 2 orang. Kaki aku panjang. Farah risau je kalau terkeluar.. Semasa dalam perjalanan, aku gelak dengan Farah bila mana “Kereta kuda ni boleh U-turn kan?”..”Kereta kuda ni pun queue masa nak belok ke kanan jalan”…

 

Aku kenyang dengan…

Nasi Padang. Apabila sudah 4 kali berturut-turut makan nasi padang, aku sudah tidak mahu lagi. Jika di sini, harganya mahal tapi di sana jauh lebih murah. Erm.. Lebih 10 hidangan lauk sekali hidang di makan bersama nasi putih. Memang tak lalu bangun kalau makan terlampau banyak. Dendeng, Otak lembu, Gado-gado, Jering masak lemak, Bergedil, Kentang goreng nipis2 masak sambal, Sambal belacan kaler hijau, Tauhu dan tempe goreng, Ikan masak lemak, Daging rendang pedas, Ayam goreng berempah, Ayam percik, Telur masak kari, Telur burung puyuh masak sambal, Sayur pucuk paku masak lemak, Sayur pucuk ubi rebus, Ikan bakar, Udang sambal,…dll. Itulah antara juadah yang dihidangkan kepada kami sepanjang berada di sana. Banyak kan? Mula2 excited la nak makan, tapi lepas 4 kali kami semua surrender. Tak mahu makan nasi padang lagi. Huhu. Bukan apa, sedap memang sedap, tapi jemu. Di Malaysia, 3-4 hidangan sudah cukup kan?? Di sana, mereka makan sikit2 lauknya, tapi macam2 jenis. Itulah salah satu perbezaan antara penduduk di Malaysia dan Indonesia.

Yang penting, bakso memang terbaik.. Sedapnyer… Mee kuning, bakso dan Ayam… Kalau ke sana, kene try tau makan bakso. Jauh lebih sedap dari yang disini. Nana cakap bakso tolak lagi sedap. Aku x sempat nak try. Tapi, bakso di restoran pun sudah cukup bagus untuk aku.. (ayat penyedap hati bagi x terkilan..nnt perlu ke sana lagi sebab nak makan bakso tolak..Haru2…)

 

Aku terkesima bila…

Melihat keindahan Tasik Malinjau yang sangatlah cantik. Dengan kabus2 yang meliputi awan, tasik yang membiru, angin dingin yang menyelimuti tubuh.. Aduhhh…Buat aku jatuh cinta dengan panorama disitu. Fulllaamaaakk jiwang ker? Ala..sesiapa yang melihat pasti akan tersenyum kegirangan.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah.. Nak pergi ke tasik malinjau, perlu lalu 44 selekoh. Jalannya macam nak pergi Cameron Highland..Lebih sempit dari itu. Rasa cuak bile bas berselisih dengan bas. Tapi, ’Mas’ yang drive rilek je..Heh..Kitorg yang lebey2..Ye la..Jalan macam tu takde kot kat Malaysia..

 

Aku gembira semasa…

Berada di Jambatan Siti Nurbaya..Sebab nya, makan Jagung bakar dan Pisang Penyek. Sedap ar Pisang Penyek tu.. Pisang Abu tak silap aku, penjual tu kopek kulitnya, penyek dan bakar, letak cheese, chocolate rice, kelapa parut dan gula.. Waaahh. Mende ni takde kat Mesia. Sedap la.. Macam nak lagi.. Hehe. Makan atas jambatan sambil tengok sunset.. Kalau kat sini, nak berenti kat atas jambatan, confirm tak selamat. Silap hari bulan, kene langgar lari. Tapi, di sana, memang cool betul. Siap orang berniaga lagi di kaki2 Jambatan.

 

Aku pelik dengan…

Rasa Telur Penyu.. Ini juga kali pertama aku makan telur penyu. Rasanya?.. Pelik. Kat Malaysia jarang ada telur penyu. Penyu kan binatang yang pupus. Tapi di tepi pantai di Padang, ramai yang menjual telur penyu rebus. Ini salah satu perkara yang istimewa di situ. Aku pun cuba makan, tapi.. tekak ku tak boleh terima sangat. Elia dan Farah yang biasa makan. Mereka berdua komen, “sepatutnya telur penyu ini dimasak lebih lama dan direbus dengan garam. Barulah sedap”.. Oohhh…mungkin jika dimasak sebegitu, aku akan suka telur penyu…Siapa tahu?..

 

Makcik kayo.Makcik suko!

August 27, 2008

Suratkhabar maya aku sudah baca. Bukan semua. Hanya berita yang aku anggap penting dan tajuk yang menarik saja. PKR menang kerusi Permatang Pauh. Ye2…DSAI menang..Semua orang sudah agak..Semua orang sudah tahu kenyataan tersebut.

 

Aku x minat bicara tentang politik. Tak mahu komen apa2. Hanya gemar membaca sahaja. Berbalik kepada diri aku yang tak keluar lunch lagi hari ini..Aku melangut depan laptop pada masa rehat untuk dua hari berturut2 dalam minggu ini.

Balik nanti, kepingin makan apa yer?” 

Semalam aku layan Murni sorang2. Bihun Utara and Fresh Orange. Aku tapau aje. Makan dengan Nana kat rumah. Lepas ni bulan Ramadhan. Rasanya, xde la Bihun Utara sebulan…Tapi, Nana cakap boleh je nak bukak puasa kat Murni…Uish…belum apa2 dah plan nak bukak puasa kat mana.Ngeh ngeh ngeh..

Haaa…. 7hb ni dah roger kawan2 untuk bukak puasa ramai2..Bagus jugak. Dah lama x jumpe teman lama. Gang2 APAcS, aku memang rindu korang!!! Kawan2 ACCA…Kawan2 bukan ACCA…waaa..bagi gegar satu Sunway..Erkkk.. 

 

 

Okay…balik nnt, aku ada plan. Nak pergi ke pengurup wang asing. Mahu tukar wang. Semalam Nana dah tukar RM94 = 250,000 Rupiah. ‘Makcik kayo”..Hoho..Hari ini tak pasti berapa rate nye. Naik atau turun.

Malam pula, aku nak pick Farah kat KL Sentral. Dah lama tak jumpe. Seronok bile dapat bercuti bersama2. Gather ramai2..

2 tahun lepas, pada tarikh yang sama, kita semua pergi PD. Tak pasti kawan2 yang lain ingat atau x, tapi…ingatan itu masih kekal hingga kini. Gembira bersama gadis2 yang sangat menyenangkan. Pengalaman naik banana boat menghidupkan suasana. Puas mandi manda hingga muka macam udang kene bakar. Mula2 tak kisah la..Tapi, petang tu bile sampai Shah Alam…Ya Allah……Pedih sangat.

Bile fikir betapa happy nye masa tu, mula la excited nak berjalan ni. Mak abah ada pesan… STICK WITH FRIENDS bile kat sana.. Ye2…Aku x show off kalau aku syok sangat. Simpan dalam hati..Grrr

Girlssss………………Keje rajin2..Jangan nak malas2..Haha..Mood holiday sudah datang…Keje still on jugak ye!!!

Murni la sangat..

July 19, 2008

 

16 Julai - Gue ajak Zamey g Murni. Dinner kat situ

Gue makan Roti Hawai & Air Suam

 

Zamey makan Mee Goreng & Strawberry Special

Ni first time dia makan kat Murni

“How did u feel? Best ke x? “

Tak sempat pun nak tanya

 

 

 

 

17 Julai – Aizat ajak g Murni. Tapi dah dinner time tu..cancel

Sorry sangat2…Next time maybe..

Perhaps there’s a “next time”

 

 

 

18 Julai – Nana & Nick ajak g Murni. Pegi lagi

Tiga hari berturut2 dengan Murni

Ape kes?

Gue pun tak tau..

Hoho

Sebab Sabtu cuti…so, boleh lepak kat situ..

Tak yah rushing2 nak balik

Erm…

Walaupun susah nak cari parking

Tapi..tegar jugak nak makan kat situ

Ngeh Ngeh Ngeh

Nana teringin makan spagetti..Naaaaahh..

Amik ko

Makan sampai licin..hehe..Lapo sangat

Air nye pulak..Strawberry special

Sedap dooo

 

Disebabkan tidak terlalu lapar

So, aku order Bihun Utara dengan Teh O Ais

Ingatkan x abis…

Alih2…licin jugak

 Haha

 

 

“MURNI SS2

Macam macam ada 

Kalau dulu dok Shah Alam pun sanggup datang Murni

Bile dok Kelana Jaya, SS2 hanya sekangkang kera

Tapi xde la selalu sangat pegi

Takes time..Parking…Tunggu makanan sampai

Kene sabar sket

Tapi..makanan dia best”

 

Berbaloi dengan penantian..

 

 

Disebabkan kat Murni SS2 tak de menu..

Korang suka makan aper???

…..

 

 

~ masa saya makan makanan yg best

Hello…This is Najmi

July 15, 2008

Kinda miss najmi (anak sedara ku)…That day dah sembang dengan dia masa balik Perak.. Memang macam orang putih betul…hehe..Atuk and Opah pun rindu kat Family Angah ;)

~hidup ini indah bile kita punye keluarga yg bahagia