Gambar sebelum..

 

Juga yang sebelum..

Masih juga yang sebelum..

 

 

 

 

 

 

Dan selepas itu..

 

Inilah hasilnya..

Dan ini juga

 

 

Last Sunday was the Saloon-Day, Movie-Day, Makan-Day = Happy Day.

Rambut dah macam sakai.

So, pergi potong.

Cakap sampai shoulder.

Alih-alih, first cut terus dia potong betul-batul dekat leher.

APEKAH??????????

(*^$^%&)*_)(_^(

Muka dah masam

Ye la..

Ni bukan shoulder wehhh

Ni pendek giler

Ni..

Urghhh

Tak tahu nak cakap

Maybe sebab dah lama tak sependek ini

W.e.i.r.d.o

 

 

 

Aku dah rindu rambut panjang aku?

Menyesal giler.

 

 

Tapi, $$$ untuk rambut boleh seip untuk beberapa bulan

Ngehe

 P/S : Gambar di atas adalah hiasan semata-mata..Fokus pada rambut bukan pada awek tu laaaa :p

Adakah teruk jika rasa yang amat malas untuk pergi bekerja bila hari ini adalah hari Isnin? Walhal sepatutnya bersemangat untuk memulakan segala-galanya pada hari ini? Oh..Walaupun sudah dikejut 2 kali…Kejutan pertama..jawapan nye…’Kejap, lagi 10 minit…” (Dan memang sah tidur balik lepas itu…)..Dan bile dikejutkan untuk kali kedua..Jawapannya..”Iyalah, nak bangun la ni…(Dan sesungguhnya, kata-kata itu adalah palsu bile aku melelapkan mata kembali…)

 

Dalam perjalanan ke ofis…….singgah membeli sekotak susu coklat. Kononnya mahu mengembalikan perasaan riang untuk ke ofis…Namun, selesai menghirup sekotak susu coklat, seperti tiada apa yang berlaku. Sama aje. Bezanya…Perut ku tidak lagi berbunyi seperti tadi..

 

Kenyang perut, suka hati….Kenapa hati aku tak suka?? Sebab aku tak cukup kenyang ker?

 

Owh…Ada persoalan yang masih belum berjawab. Dan ini yang menyebabkan aku tidak semangat untuk ke ofis..(erks…) Akibat kesukaran membuat keputusan mahu ambil paper apa..lecturer mana….di mana… Sekejap P1..Sekejap P2..Pusing..pusing..

 

Advisor petama ialah emak. Dia dah memberi nasihat yang bagus minggu lepas. Dan, aku masih berfikir-lagi. Dan kemudian mendapat nasihat dari kawan-kawan terdekat…Dan akhirnya aku menggoogle. Tengok timetable yang secocok dengan aku.

 

Ye. Keputusan Muktamad.

 

Aku amik P1 di KSA..

 

Semoga aku rajin2 pergi kelas dan bersemangat (tidak tidur mahupun keawangan) tetap focus mendengar setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh Parminder……….

Aku akan mula bercinta..

Chenta Mati sama P1..

Hot Vanilla Coffee

February 28, 2009

Hari ni Sabtu. Sepatutnya semua orang cuti la kan? Tapi, rommate aku berusaha keras. Bile aku bangun dari tidur, dia dah hilang ke ofis. Dan bile bangun, Hawa sudah ada kat rumah. Datang rumah aku, sebab nak siapkan kerja dia.. Perggghhh… Rajin sangat kan? Cuti pun tapi memang sama macam hari bekerja.

Nak buat camner. Masa2 macam ni, the best time untuk pulun. Sebab takde commitment lagi. Yang aku perasan, aku sedang berada di comfort zone. Aku kerja memang 5 hari sahaja..Yang tak best satu je..masa public holiday…sebab aku selalu je kene kerja. Tapi, boleh dapat time off. Disebabkan kerja sangat flexible, memang takde problem pun. Asalkan aku ada laptop dengan internet. VPN pun ok. Keje boleh jalan..Takde hal..

Aku sesuka hati je nak datang jam berapa..Nak balik jam berapa. No one cares asalkan kerja aku siap on time.

Owhh…Ada ke kerja yang sangat flexible dan menarik macam ni kat tempat lain??

TAKDE!! FULLSTOP

Tapi..tak semua kerja perfect. Still ada weaknesses. Atau manusia memang tak pernah cukup dengan apa yang dia ada?

Erm. Aku tak boleh cuti ikut suka. Paling terasa masa nak exam nanti.. Aku tak boleh nak study leave and at the same time tengah setelkan report. Tak boleh nak elak. Confirm busy!

Either aku amik p1 atau p2..both is on peak time.

And..aku masih berfikir-fikir paper apa aku nak amik.. Teruknya aku dalam hal membuat keputusan. Serius sangat fikir pasal pros and cons. Jadi macam ni la. Tapi, aku berat kepada p1 sebab Huda dengan Hawa pun amik the same paper. Nanti boleh discuss dengan diorg. Dan..risiko dia adalah aku tak tahu apa2 pasal p1 lagi. p2 pula banyaaaaaaaaaaaakk sangat nak kene cover. Semua standard2 aku kene recall balik. Dan maybe ada yang aku kene belajar dari mula sebab aku tinggalkan selama 6 bulan. Sempat ker????? TAK.

Jadi..i’ll go for p1.

Apa yang ada dalam p1?

BLUR…….

gugugaga

And petang tadi, aku pegi Borders, The Garderns. Menempek kat Business Area. Cari2 text book ACCA untuk paper  P1..Takde punnnnn…Jadinya aku amik buku lain yang berkaitan dan baca. Menarik la. Nak beli 2 buku tu je RM400++. So, aku pun cari port yang sesuai dan baca. Ngehehe.. Tak senonoh ker?? Erkss…

Baca, baca..minum hot vanilla coffee…sambung baca..

Sampai jam 9 malam.

Balik rumah, setel2 semua…aku layan laptop pulak.

Dan memblog.

Sekarang jam 11.49.

Perut aku bunyi2 la………..Weh…Aku lupa yang aku tak dinner lagiiiiiiiiiiiiiiii…

Hmmm…Esok je laa

Aiyakk

Thanks kepada dia

February 27, 2009

card

Kepada si Penghantar Kad,

Terima kasih yer..

Bulan August, boleh hantar lagi kot…………

Lalalala

February 18, 2009

Saya bersyukur padaNYA

:)

Saya berterima kasih padaNYA

:)

Untuk kesekian kali

Saya lulus juga P5

:)

2 more to go

:)

Inikah namanya?

February 12, 2009

Aku mengalami masalah tidak dapat menahan nafsu makan Pagi tadi sudah makan nasi lemak. Bajet taknak makan tengah hari. Tapi, atas desakan team lunch yang sangat best, aku tewas juga. Amik…Asam laksa semangkuk..Dan selepas 2 jam kemudian, aku rasa macam nak makan lagi. Milk chocolate digestive yang ada atas meja panggil2 aku…….Ye, aku pasrah aja lalu bukak plastic dan makan.makan. dan makan. Oh, dah tiga keping.

Aku boleh je makan untuk keping yang keempat.

“Jat, tenang jat.. Makan banyak2 pun, akan still lapar lagik.”

Apa dah jadi dengan perut aku??

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Bagus Bagus DAN Bagus

February 9, 2009

Hujung minggu yang bagus

Makan dengan orang yang bagus

Di tempat yang bagus

Makanan yang bagus

Suasana juga bagus

Perasaan turut bagus

Pendek kata

Semuanya bagus bagus

Bagus

Bagus

DAN Bagus

Dah lama tidak membelog. Sibuk dengan kerja..Hari2 kerja. Hari ni pun aku kerja jugak walaupun orang lain sibuk beraya dan bercuti. Tapi, buat kerja kat rumah di Perak, macam lebih efficient dan effective. Sebab nye, takde sapa nak datang cubicle aku dan tanya pasal itu ini. Dan, takde meeting. Juga tiada email yang perlu aku reply. Tiada call yang perlu aku jawab. Paling penting, takde orang on sametime. Jadi, takde benda yang interrupt kerja aku.

Cuti 4 hari. Dah lama tak cuti lama sebegini. Walau tidak ke mana-mana, tapi, nikmatnya bagus… Hanya perlu duduk di rumah bersama keluarga sahaja sudah buat hati gembira. Memang inilah aku bila di rumah. Jarang sekali keluar.

Semalam sudah keluar sekejap dengan bakal pengantin baru..Fariza-teman sekolah rendah. Wedding dia next week. Jadi, aku akan balik KL selasa dan pulang ke Lumut hari Jumaat malam atau Sabtu pagi.

Esok dah nak balik kelana jaya. Agak2 jalan penuh dengan kereta? Em. Sabtu, aku dah rasa nak mati kutu dalam kereta. Tangan asyik flip channel. Sampai takde mood nak dengar lagu. Mana taknye, kereta bergerak 10km sejam. Mana tahan weyy. Kereta banyak nye luar biasa, dek semua orang mahu pulang ke kampung masing2. Perlu bersabar dan hati2 memandu.

Sampai di rumah, aku borak dan borak dan borak dengan emak. Update apa2 yang patut. Eh, ada aquarium luar rumah. Ni kerja adan dengan adik. Ikan ada 8 ekor. Cantik juga. Tapi, aku yang kurang gemar dengan haiwan peliharaan hanya tengok saja. Cantik-cantik.. Tu je la aku nilaikan ikan2 itu.

Dan dalam masa 3 hari ni rasa berat badan aku bertambah. Macam2 benda makan. Nasi entah berapa kali sehari. .Semangat tengok makanan. Lauk2 mak masak mana dapat kat KL weyy.. Aku yang tak pandai nak tolak rezeki, tala apa yang patut. Limau mandarin yang boleh dapat kat KL aku tak makan pun lagi. Makan pun ikut priority..Nak makan semua, tak muat perut..

Jika cuaca bagus, petang ini macam mahu keluar kejap. Pegi Lumut. Itupun kalau adik nak ikut. Nak keluar sorang, tak dapat la…

Dah la, mahu turun cari makan lagi. Tadi nampak ada benda dalam peti ais..haha.

Ke sini-Ke sana-Ke mana?

December 30, 2008

Azam baru..

Semangat baru..

 

Objektif..

Impian..

Harapan..

Yang masih sama..

 

Resolusi 2008

Masih belum aku capai

 

Tak bermakna aku tak mahukannya

Tak bermakna aku putus asa

Tak bermakna aku menyerah kalah

Tak bermakna aku boleh melupakannya

 

2009

Aku datang

Seakan langkah pertama

Tanpa gentar

Kan ku hadapinya

Dengan tabah

Dengan berani

Dengan kuat sekali

 

Moga perjalananku

Dirahmati Allah

Diberkati Nya

Dipermudahkan jua

 

Amin..

Keadaan di luar masih hitam legam

Jam 4 pagi

Mana la tak gelap

Semua orang masih sedang nyenyak tidur

Dan aku

Pusing kanan

Pusing kiri

Tapi tidak boleh lelap

Perut sakit

Sebab tak makan malam

Dan sekarang

Inilah akibatnya

Perut tak selesa

Hingga aku terbangun dari tidur

Sekejap lagi

Bile dah nampak matahari

Aku pegi kedai beli Yogurt

 

Kepada matahari, cepat-cepat la keluar hari ini..