Hari ni untuk pertama kalinya aku emo semasa bekerja. Setelah 7 bulan, segalanya berjalan lancar tapi tidak hari ini. Ayam betul. Hangin satu badan kerana ada orang yang telah berjaya membuat onar dan sekali gus membuatkan aku tiada mood untuk kerja. Nasib baik masa tu sudah jam 4petang. Dan untuk pengetahuan bos, sejam selepas itu, aku hilang fokus. Lalu, jam 5, aku terus mengemas laptop dan pulang dengan hati yang lara.

Kepada orang yang membuatkan saya tensi

“Cakap baik-baik boleh kan? Silalah menjaga tata susila anda kerana anda juga adalah sebangsa saya dan anda juga sejantina dengan saya. Kata-kata anda betul-betul menaikkan amarah perasaan geram lebih dari selalu. Oleh sebab saya memberi muka terhadap bos anda dan juga bos saya, saya masih berkata dengan sopan dan penuh etika atau lebih tepat lagi, BERSIKAP PROFESSIONAL.”

Aku balik rumah, setel apa patut..

BOOMmmmm

Tidur hingga jam 6.30 petang. Bile bangun, dah lega sedikit.

Dan baru aku teringat, mungkin sebab aku tak tido dengan cukup malam sebelumnya, badan penat begitu juga otak, maka membuatkan aku cepat hilang sabar.

 

Bile malam menjelma, aku rasa tak sedap badan. Dahla, esok malas nak masuk ofis. On laptop dan terus email bos. Perhaps dia akan approve.  Banyak nak kene setel di ofis. Namun, hati ini tiada untuk ke ofis..(Tragis sungguh penangannya)..Jadi, akan duduk di rumah dan fokus dengan kerja tanpa gangguan.

 

* * * * * **  

Dah beberapa hari kecoh pasal Earth Hour. Macam menarik jugak benda ni. Dan aku baca serba sedikit tentangnya. Ini salah satu perkara yang boleh dijadikan contoh untuk jawab soalan dalam P1 jika ditanya tentang Environment Accountability mahu pun Corporate Social Responsibility.

Mat Saleh tu mesti tahu gak kan sebab Earth Hour ni di anjurkan oleh WWF (World Wide Fund For Nature/ World Wildlife Fund). Ia dipelopori oleh WWF Australia dan juga Sydney Morning Herald pada tahun 2007.

Banyak negara yang ambil bahagian di mana Earth Hour di lakukan di sekitar landmark terkenal..macam..Empire State Building (New York City), Sears Tower (Chicago), Golden Gate Bridge (San Francisco), Bank of America Plaza (Atlanta), Sydney Opera House (Sydney, Australia), Wat Arun Buddhist Temple (Bangkok, Thailand), the Colosseum (Rome, Italy), Royal Castle (Stockholm, Sweden), London’s City Hall (England), Space Needle (Seattle), and the CN Tower (Toronto, Canada).

Dan tahun ini, Malaysia pula akan ambil bahagian..

601

Pakat ramai-ramai support Earth Hour, dan hasilnya???

Kamu boleh tahu disini.

Mimpi atau realiti?

February 18, 2009

Kegembiraan hanya di siang hari.

Kemudian,

Pada malamnya

Perasaan sedih mula menyelubungi

Dalam keadaan percaya atau tidak

Aku juga masih sangsi

Adakah aku bermimpi?

Tapi,

Itu adalah realiti

Allah lebih mengasihinya

 

Al-fatihah untuk Nur Hidayah..

Keep in Touch!!

January 11, 2009

Aku dah kene sound sebab lupa member

Dah banyak kali juga kawan lama merajuk dengan aku

Sebab..

Aku jarang call

Aku jarang juga sms

Aku jarang chit chat di YM

Aku tak wish hari-hari penting mereka

Aku tak update perkara besar yang berlaku dalam hidup mereka 

 

Aku nak diorang tahu

Aku bukan lupa mereka

Aku ingat

 

Aini, Zade, Bear, Ayu

Thanks sebab selalu je layan aku baik-baik.

Thanks sebab ingat kan aku supaya keep in touch.

Thanks sebab masih mahu jadi kawan aku sampai sekarang.

 

 Gambar kat bawah ni dah lama dah. Tahun 2002 tak silap. Happy betul semua orang…

bbq

gema-muzika

Wild wild west

January 9, 2009

Sabtu ialah Annual Dinner Company

Semua orang semangat

Dari pada sekecik2 staff sampai sebesar2 director

Semua excited

Memang fun

 

Aku memang blur

Amende nak pakai

Tema adalah Wild Wild West

Boleh jadi Cowgirl, Bandit, Red Indian

Aku decide mahu jadi Cowgirl

:p

 

Macam mana rupa aku pun macam x boleh nak bajet

Petang ni baru mahu cari baju

Dan esok adalah Dinner

Memang last minute

Erks..

 

 

Perut dah sangat senak

Hari ni makan banyak giler

Nasi beriani habis sepinggan

Portion untuk makan 2 kali

Tapi, sekali hadap je habis

Cemerlang seh

Walaupun kau kecil..

January 7, 2009

Pagi tadi aku sampai kat parking, bukak pintu letak je beg laptop dalam kereta..dah nampak nenek yang kat bawah rumah ni jalan ke arah aku. Dah lama tak jumpe dia. Selalu terserempak dengan dia masa dia jemur baju.

Bile jumpe orang2 tua macam tu, aku memang excited lebih. Mungkin sebab aku dah takde nenek atau atuk. Hmmph.. Aku tanya khabar..Dia still batuk lagi. Aku dah kasi petua yang mak bagi, nenek buat, tapi batuk masih tak hilang.

Aku tanya, petang2 pun tak nampak dia. Kat kawasan yang aku duduk ni, dengan nenek ni je la yang aku cakap. Ish. Macam ni ke hidup berjiran? Erkss..

Nenek cakap, orang kat bawah sekali ni baru je meninggal sebab denggi berdarah. Serius aku tak tahu ada orang meninggal. Macam takde apa yg berlaku pun.

Nenek cakap..arwah masuk hospital 2 hari je, lepas tu meninggal. Muka aku terus jadi lain aku rasa. Em. Takut okay.

8 orang lagi, ada kat hospital. Semua tu duduk kat blok aku.

Giler ah.

Jadi, hanya langkah berjaga-jaga je aku buat. Malam2 je..Sebab time tu je ada kat rumah. Sep baik.

Tido, tutup pintu dan pasang ubat nyamuk. Make sure, selimut aku pakai!

Walaupun nyamuk ni kecik, tapi..boleh membawa maut.

Bila Obama jadi Presiden..

November 6, 2008

Alamak! Pagi tadi aku dah makan nasi lemak dengan teh tarik. Kan semalam baru kecoh pasal kolestrol. Memang susah nak kawal la. Tengah hari tadi, aku ingatkan diri sendiri.

“Ijat..Rilek2…Makan benda yang kurang kolestrol..”

Lunch, aku g Old Town. Ha..Okayla, aku makan toast jer. Kurang kolestrol kan kan kan?

 

Hari ni…kecoh pasal Barack Obama menang sebagai Presiden. Gempak seh. Memang cipta rekod. Kat US, sampai suratkhabar kene reprint sebab habis. Aku baca online jer. Haha. Aku siap google pasal Obama. Siapa dia? Before ni keje apa? Belajar mana? Macam2 la..Waaaa….Overall, memang gempak.

Adakah beliau akan menjadi pemimpin yang bagus?

Aku tunggu!

NEO adalah program orientasi untuk pekerja baru. Tadi aku pergi NEO dan berkenalan dengan staf2 baru. Ada manager, ada fresh grad, ada yang dah 2,3 kali tukar kerja. Em, macam-macam. Diorang nak taknak kena kenal dengan aku sebab nanti2, pasti diorang cari aku untuk urusan rasmi.

Seronok juga tambah kenalan. Aku sempat bersembang dengan organizer. Amik input yang penting, jalan-jalan ke floor yang aku tak pernah jejak dan dapat lunch free yang sedap. Ahaks.

Aku pernah join NEO masa mula-mula kerja kat sini. Dengar orang ni cakap, orang tu cakap. Ada yang aku faham, ada yang aku faham sikit-sikit dan ada yang aku tak faham langsung.

Aku sorang je bukan budak IT masa tu. Sepanjang hari itu, perkara yang diperkatakan banyak yang bersangkut paut dengan hal-hal IT. Aku tahankan telinga juga. Bukak mata besar-besar walaupun dah tersengguk beberapa kali. Cuba untuk memahami apa yang diperkatakan. Ada yang ok. Dan, ada yang aku terus loss.

Orang lain syok la, faham je apa speaker cakap. Fine!.  Aku nak tanya pun macam segan je. Benda kecik macam tu pun tak tahu ker? Erkkk…Sori beb, aku bukan budak IT…Aku tau basic je. Kerja aku bukan nak develop system macam korang.

Mana nak tau ar..Aku tak pernah dengar pon segala-gala yang korang cakap. Contohnya macam DRP, BCP, PII, PHI..Ha..tau ker?? Canela aku tak blur. Kalau korang melalut pasal GL, FA, AP, AR aku paham la. :P

Takpe, slow2 la aku belajar. Dan aku rasa keadaan aku bertambah baik sekarang. Dah tak loss macam dulu.

Pernah dengar tak orang cakap..budak IT ni interesting dan budak Akaun ni boring. Erm. Aku nak mengiyakan statement itu. Ada orang marah ker? Ooopss..

Yang tu pendapat aku je. Tak kacau orang lain pun. Em, dari sudut pemerhatian aku, orang IT adalah Cool, Rilex dan Free. Orang Akaun pula Serious, Think and Work Hard.

Alaa…tu kat ofis ni jer. Ofis lain, lain la kan…

Kat sini sempoi aje pergi kerja, lelaki atau perempuan tak kecoh2 pasal pakaian. Nak kaler terang ke, gelap ke, pelangi ke..sukati. Memang selamber.

Itu dari segi pakaian, belum lagi waktu kerja atau cara bekerja. Pasal kerja, pendapat aku, mereka Flexible, janji ada internet connection. Semua beres.

Owwhhh..Ada sorang mamat ni, cool je aku tengok. Aku selalu terserempak dengan dia kat car park. Dia bawak mineral water sebotol je pegi ofis. Aku nak je cakap “Brother, kamu cool la!!”

Ada sehari aku buat kerja kat floor yang sama dengan tempat dia kerja. Aku tengok meja dia. Hanya ada laptop dan sebotol mineral water. Lagi sekali, aku nak cakap “Brother, kamu betul2 cool okay!!”

Cuba dia tengok tempat aku.. Laaaaaaaaa..Meja tetap penuh. Drawer aku sampai dua sebab nak letak segala fail dan kertas. Tapi, bile balik, aku kene kosongkan atas meja. Itu prosedur yang bos aku sarankan. Semua sumbat la dalam drawer. Dokumen2 sangat la P&C. Mata seronok bile nak balik atau waktu pagi-pagi sebab meja aku memang kosong dan bersih lagi kemas. Sama macam meja brother tu.

Jadi nye, aku pun nak cakap kat diri sendiri….Wah, aku cool betul!!! (walau hanya untuk seketika)

TV baru kami

October 14, 2008

Kenapa aku tak update blog? Agak ketara juga ye. Selalunye aku akan on laptop bile waktu malam. Ye la. Takkan nak tercongok depan tv yang tak berfungsi itu. Atau pun bersembang dengan housemate dari jam 8 hingga 12 malam? Oh Tidak.

Nampaknye sekarang keadaan menjadi normal. TV baru dah ada. Walaupun bukan TV plasma yang harganya ribu riban, cukupla TV yang kitorang tong-tong duit pegi beli.

Bujang sungguh bunyi nya. Hik hik.

Itu yang mampu. Nak expect lebey2, beli sendiri nanti.

Aritu masa usya2 TV, sedikit jakun. Tengok iklan pun best kat TV Plasma. Wah. Kalau macam tu, tak payah keluar rumah la ye. Tengooook je TV.

Hujung minggu lalu, mak, abah, adik dan adan datang Bangi. Jadi, aku juga bertanya ramai orang datang rumah beraya? Jawapan yang aku terima dari Adan, ‘ada la jugak, tapi tak ramai sangat pun’..

Adakah mereka semua ralit tengok TV plasma sambil makan kuih semperit atau tat nenas dalam balang kueh sendiri kat rumah masing2 sampai tidak keluar beraya??

Cakap-cakap dengan mat saleh

September 22, 2008

Kan aku dah cakap, aku duduk mengadap laptop je 2 hari lepas? Kire melampau jugak sebab aku on dua-dua laptop.

Laptop ofis, buat keje ofis la kan..

Laptop sendirk, buat hal sendirik la..

 

Hari Ahad..Oh…email bertalu-talu masuk ke inbox laptop ofis. Aku reply apa yang patut. Ada yang tak payah nak reply, aku baca..sudah..

Ni ada satu email yang diforwardkan dari Bos pasal ”Oral Assessment”.

Hah? Apa tu, aku baru masuk keje, takkan nak kene assessment dah.. Takde detail pun aku kene prepare apa ke. Macam cuak jugak la. Mat Saleh nak communicate dengan staff Malaysia.

Em. Dalam kepala dok terfikir-fikir, apala soalan dia..Apala aku nak jawab nanti.

 

Isnin-hari bekerja.

Lepas dua jam aku tersadai kat meja ofis, bos datang.. ‘Have u got my email?”

Angguk je la. Dia explain la mende pasal oral assessment ni.

Dalam hati..panjang O nyer. Oooooooooooooooooo

Bukan nak assess performance la..tapi, US people nak make sure staff Malaysia boleh communicate dengan bagus

Kalau diorg x puas hati, kene pegi training

 

Berjalanlah oral assessment dengan jayanya

Through telephone je pun

One by one

Turn aku dah lepas tadi

Dalam 10 minit cakap-cakap dengan mat saleh yang berloghat

So far, aku rasa macam ok.

Tapi, dia rasa macam aku rasa ker??

 

Adakah omputih tu puas hati dengan communication skill aku?

Haaa…aku pun tak sabar nak tahu.

Mamak pagi.Mamak malam.

September 15, 2008

Mamak atau Mapley.

Malaysia cukup sinonim dengan kedai2 ini. Tumbuh bak cendawan. Kat mana2 jer ada kedai mamak. Kat KL, bersepah. Tapi, kat Indon takde. Teh tarik pun takde. Isk..

Kawan2 aku, ada yang tak suka makan kat mapley. Diorang cakap tak bersih. Bukan melayu yang masak. Semuanya mamak. Ada setengah tu memang pure India tapi keje kat kedai mamak. Cakap bahasa melayu pun tak reti. Ape kes?

Apa2 la tanggapan orang pasal mamak, aku selalu jugak makan kat kedai mamak.

Kenapa?

Mapley adalah port yang sangat bagus untuk berborak atau melepak dengan kawan2. Mapley Hakim kat Section 7 Shah Alam tempat favourite la. Time tu zaman belajar, so, kat situ, Nasi 36 jadi pilihan. Ye la. Bajet2 sebab nak makan. So, kat Hakim, dengan RM3.60 dah kenyang. Cukup Nasi putih, Ayam goreng dengan kuah campur. Ha.. kalau nak jimat lagi, order dengan air kosong..sebab free. Hehe

Syed, Khalifah, Nashmir, Kayu, Pelita…tu mamak2 yang glamour..

 

Ye la..Nak melepak kat Starbucks ke..Coffee bean ke..mana mampu. Agak2 la kan. RM10 baru dapat air secawan. Tu macam boleh 5 kali pergi makan kat Hakim. Teh Ais Hakim best. Diorang cakap mamak ni taruk ’something’ kat makanan/minuman dia. Sebab tu kedai dia banyak orang datang. Macam addict je. Itu, aku x pasti. Pandai2 je buat citer.

Sebenarnya, dengan servis yang bagus, makanan yang murah dan ok, ramai je orang datang makan.

Erm…Kat kedai mamak, kalau duduk 5 jam pun, xde sapa nak halau.

 

 

Aku tak dapat bayangkan berapa kilometer sehari ‘ane2′ kat mapley ni berjalan dek karenah pelanggan. Yang ni dari pemerhatian aku tentang pelanggan dan juga pekerja di Mapley

 

Mula2, korang datang pastu ‘ane’ lap meja. Amik order. Dia tanya nak makan ker. Korang jawab, kejap lagi. Order air dulu.

‘ane’ datang bawak air yang korang pesan. Korang borak2, pastu baru ada idea nak makan apa.

Panggil ‘ane’ amik order. ‘Ane’ anta order, pastu bile makanan dah siap, ‘ane’ anta kat meja korang.

Time tengah makan, tiba2 rasa mulut comot. Panggil ‘ane’ mintak tisu.

‘ane’ antar tisu kat korang. Then, korang sembang2 lagi

Pastu, lelaki2…lepas makan, selalunya nak smoke. Korang panggil ‘ane’ sebab nak lighter.

‘ane’ datang kasik lighter. Korang smoke lagi..sembang2…pastu, air dah abis. Korang panggil ‘ane’..mintak air kosong.

‘ane’ datang bagi air kosong. Korang borak2 sampai air kosong abis. Korang nak blah. Tapi, kene bayar dulu kan? Korang panggil ‘ane’ lagi…

Kira. Tapi asing2. Ada yang makan RM3.70. Tapi bagi RM4. Ada yang makan RM7.30. Bagi RM10. Jadi, ada balance 3posen. Ada balance RM2.70.

‘ane’ kene ingat semua balance2. Tu baru 2 orang, kalau 10 orang? Lu pikir la sendiri…

‘ane’ pegi kaunter, pastu datang kat korang, bagi duit balance masing2.

 

Lenguh la jadi ‘ane’. Bile aku tulis, baru sedar betapa banyak songeh nye karenah orang termasuk aku jugak. Erk…

 

Entri ni aku tulis sebab semalam masa bersahur, aku makan kat mapley. Fariz Maju. Malam pulak makan kat mapley Insaf. Insaf Maju. Semua mamak kene ada Maju kat belakang ar patutnya sebab memang maju. Haha.