Selamats
December 16, 2008
Selamat Ulang Tahun Sayang
Written/Composed by Imran Ajmain/Ahmad Fedtri Yahya
Arranged by Eddie Marzuki
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
Aku layan jugak lagu ni. Dan hari ni dedicate lagu ni untuk diri sendiri. Selamber!
Kene TAG lagi
November 17, 2008
Sunkist VS Kolesterol
November 5, 2008
2 malam lepas sembang dengan seorang kawan. Dia tengok gambar aku dan komen..
“Ijat, mata ijat bengkak la“…
Hah? Mata bengkak? Bile? Gambar mana? Ni mesti double click kat gambar tu pastu usya betul-betul kan? Berderu soalan keluar dari mulut ni..
Gambar mana mata aku bengkak yer? Masa yang sama aku pun recall gambar apa.
Gambar kat blog. Dengan Adam.
Owhh..Gambar tu…
Ayah saya pun, bawah mata dia bengkak sebab kolestrol berkumpul kat bawah mata.
Wattt? Aku dah separa cuak. Memang mata aku bengkak. Entah kenapa. Gambar tu amik masa petang. Tidur malam sebelumnya cukup, tapi mata memang macam tuh. Takleh tipu la kan? Sebab bukti dah ada..Adehh..
Ada kolestrol bawah mata jugak ke? Sama macam ayah membe aku tu? Biar betul. Aku tak masuk 25 lagi ni.
Tengok perempuan, memang kalut. Haha.
Membe aku advice suruh aku buat medical check up. Tapi, baru 3 bulan lepas aku buat. Malasnye nak gi semua2 tu..(actually takut doktor amik darah. Masa medical check up 3 bulan lepas, pertama kali orang amik darah aku. Lepas tu, doctor dengan nurse try cucuk banyak kali sebab cari urat tak jumpa…Sakit woo. Macam serik je nak kasi orang cucuk aku lagi..)
Takpun, aku kene refer balik kat doktor tu untuk tahu result aritu.
Punya banyak alasan, dia soh aku makan sunkist hari2. Nanti aku try dan tengok berkesan ke tak. Lepas tu, kene exercise. Makan kene control!!
“A sunkist a day keeps the doctor away”
Aku google dan cari makanan untuk menurunkan kadar kolesterol. Walaupun aku tak pasti kadar kolestrol dalam badan ni berapa, tapi bagus jugak la. Aku lebih beringat-ingat bile memilih makanan. 10 makanan yang aku patut ambil :
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai
Selepas aku lihat contoh-contoh makanan di atas, aku perlu lebihkan buah-buahan. Hoyeahhh…
Nak ke tak nak?
November 4, 2008
Bermula 1 Nov aku ada kelas, sampai 5 Nov. Sabtu Ahad aritu dari tengah hari sampai malam. Isnin sampai Rabu aku pegi lepas kerja. Cabut balik awal sebab memang lambat la kalau nak tunggu betul2 sharp.
Sekarang aku tengah berfikir lagi. Em. Cane ek nak gi kelas? Hujan lebat sangat. Nak naik LRT? Macam semalam, melilau aku cari parking. Syukur ada satu. Tapi, spot tu memang jauh ar. Bile malam, takut giler nak pegi dapatkan kereta sebab kat situ dah takde lampu. Takde orang. Takde kereta sape2 kecuali kereta aku.
Lagi satu, malam-malam dari kelas nak pegi LRT station, ala..cuak la sebab kene lalu kat kedai2 yang dah tutup. Sepi dan menakutkan. Aduh. Aku siap bawak payung lagi. Yela..Sebagai protection tuh. Ish..mohon dijauhkan segala perkara yang tidak baik. Niat aku nak pegi belajar ni…
Naik kereta dari ofis sampai Masjid Jamek, pukul berapa baru sampai kelas? Mesti jalan sesak. Kereta banyak tak hengat. Lepas tu, aku tengok, car park stil penuh walaupun dah pukul 6. Nanti, aku nak park kereta kat mana pulak?
Sudah..
Aku pening.
Semangat kene ada setiap 6 bulan
October 31, 2008
Hari ni ialah hari terakhir bulan Oktober. Di ingatkan untuk diri sendiri, HARI TERAKHIR. Tepat jam 12 malam nanti masuk November. Bila masuk November, aku perlu jadi lebih serius dari sekarang.
Beberapa perkara perlu diabaikan secara automatik. Sebagai contoh, menonton wayang, membeli belah atau tidur sepuas hati perlu aku limit sebaik mungkin. Lebih bagus jika aku tinggalkan perkara yang sememangnya kurang memberi faedah itu.
Hati ini betul-betul perlu kuat. Menahan diri daripada perbuatan yang mudah menggoyahkan semangat aku. Kene jadi kebal. Bukan senang. Nak kasi alasan kenapa semangat aku senang untuk menjadi cair seperti aiskrim yang dibiarkan di tengah panas?
Oh. Itu mudah saja.
Aku balik kerja, memandu di jalan yang penuh sesak dengan kereta yang sangat banyak seperti semut menghurung gula manis. Sampai di rumah, naik tangga ke tingkat 4. Sebaik tiba, amik masa untuk berehat seketika. Penat hilang, aku mandi2, setel apa patut. TV memang kene on bagi bunyi2. Selalunya, terus melekat depan TV dan bile rasa mengantuk, terus masuk bilik dan tidur dengan nyenyak.
Masa itu jam baru pukul 11malam.
Awal ker?
Mulai November, semua itu perlu aku ambil kira. Aku tak dapat cuti langsung. (Rasa tak puas hati sebab Bos janji nak bagi aku cuti tapi lepas tu masa tarikh aku exam, memang peak time. Teammate tak kasik cuti..Marah nye aku..Bos takleh nak cakap apa aku rasa sebab bukan dia yang buat keje kan?…)
Itu menambahkan tekanan. Oleh sebab itu, aku kene gunakan masa yang ada dengan sebaiknye.
Mampukah aku?
InsyaAllah..
Semangat beb!
Perkara yang rimas buat aku akhir-akhir ini
October 27, 2008
Apakah cara terbaik untuk mengelak diri dari seseorang? Hmm.. Phone dah bunyi banyak kali, aku biar je. Lepas tu, aku rasa bersalah sebab tak jawab. Nak return call boleh.., tapi aku sangat berat hati nak cakap dengan dia.
Perasaan begini buat aku rimas. Betul-betul tak selesa. Aku suka cakap dengan orang yang buat aku selesa. Dengan orang yang aku tak selesa, aku cuba untuk membuatkan diri aku berada dalam keadaan yang selesa.
Tapi, dengan dia, aku tidak mahu membuat sebarang usaha untuk menjadikan aku selesa.
Aku akan sangat gembira bile bersama dengan orang yang aku fikir dan rasa selesa dengannya. Aku senang bicara. Tutur kata yang keluar daripadanya tidak membuatkan aku rasa tertekan. Malah, bila berbicara tentang perkara yang berat dan sangat serius, aku masih mampu lagi memberi respon yang baik tanpa ada kata-kata dalam hati yang merungsingkan.
Bila aku bicara dengan seseorang dan pada masa yang sama dalam hati kecil mengomel sendirian, ini betul-betul menunjukkan aku tak nak cakap lagi. Taknak dengar apa-apa yang dia cakap. Rasa mahu terus pergi dari situ atau letak telefon. Tapi, perkara itu kan kurang sopan??
Aku jadi emo bile orang cakap gah, atau sentiasa meninggi diri sepanjang tempoh perbualan. Ye..aku tahu kau bagus, tapi bile setiap kali bicara denganku..dan aku tak ada kene mengena dengan kamu, ini betul-betul buat aku sakit jiwa. Aku tak perlu tahu semua itu. Aku taknak tahu. Dan bile kamu bercakap tentang perkara yang lebih serius dan aku terpaksa mengiyakan tapi dalam hati menidakkan, aku jadi seorang yang pura-pura.
Aku bukan hipokrit. Tapi, atas dasar menghormati kamu, aku jadi sebegiu rupa. Jika aku betah, maka kamu lebih membuatkan aku sangat geram. Hal ini nampak kecil tapi bile berulang-ulang perkara yang aku tidak gemar, aku tidak suka. Tapi, aku tidak tahu mahu cakap bagaimana dengan kamu. Tambahan, kamu seperti sangat selesa dengan ku. Rumit jika begini. Perbezaan aku dan kamu sangat jauh. Dan aku tidak ada hati untuk merapatkan jurang tersebut, walhal kamu juga tahu untuk merapatkan jurang adalah perkara yang sangat sukar, dan untuk menutup jurang itu, tidak mungkin sama sekali.
Aku hormat kamu. Pinta kamu hormat aku juga. Pelik bile kamu berkelakuan begini walhal aku tidak kenal sangat dengan kamu. Untuk kenal lebih jauh, maaf, itu bukan yang terbaik untukku. Masalah yang lebih besar akan muncul jika aku mahu berbaik-baik dengan kamu.
‘Tak bagus sangat kalau kita selesa dengan orang tu…Tak payah nak baik-baik dengan semua orang’….Kata-kata ini terngiang-ngiang di telinga. Suatu ketika dahulu, aku menidakkan ayat ini sekeras-kerasnya. ‘Kenape? Tak boleh baik dengan semua orang ker?Salah ke nak baik2?Bukan ada apa2 pun’ Itulah ayat betah aku.. Dan..hari ini..aku memikirkan ayat itu kembali….
Jackpot
October 21, 2008
U managed to catch up with 999 and 1001
The 1000th?
U couldn’t?
Because…i am the 1000th..
This is the proof
I am the lucky person??
Siap print screen lagiks..
Tengok…tak tipu..
Where’s my prezzy? Nak tuntut neh :p
Fine
October 16, 2008
Otak aku macam tak boleh berfungsi dengan baik. Malam tadi aku memang sakit kepala. Muntah 2 kali. Apehal? Makan cukup. Tido cukup. Rehat cukup. Ape lagi yang tak kena ni?
Lepas keje, hujan lebat sangat. Aku lepak kat old town white coffee dengan office mate. Masa tengah lepak, dah rasa tak sedap badan. Ala..mengada la pulak time2 ni rasa tak best.
Aku cari panadol dalam handbag..Takde. Yang ada..ubat lain. Tak sesuai untuk sakit kepala.
Sampai je rumah, aku setel semua2, makan ubat, lepas tu terus duduk dalam selimut. Aku terlelap kejap. Tersedar bila dengar lagu ayat-ayat cinta. Kenapa suara tak sama dengan yang selalu aku dengar? Selalu suara Rossa..sedap kan?..tapi ni suara orang lain…Ouhhh..Nana menjiwangkan diri, mendengar dan menyanyi lagu itu berkali-kali. Ye..Aku dah hafal dah lagu tu sebab ko. Haha
Aku cuba tido balik. Pusing kanan, pusing kiri. Garu-garu kaki sebab kene gigit nyamuk, sembang kejap dengan Elia pasal keje dia..Lepas tu, aku tak boleh tido. Nak dekat pukul 12 dah time tu.
Weh, aku sakit kepala lagi ni……Nak tido.Nak tido. Panadol tu tak bagi kesan apa-apa kat badan aku. Em..macam mana nak bagi tido yer?? Dengan pantas, aku capai sebiji lagi ubat yang lain. Aku telan dan kembali ke bilik.
Sedar2 dengar suara Nana..”Jat, bangun Jat…
Mata tak leh bukak. Lalok giler. Even after dah mandi pun aku still ngantuk. Bawak keta pun ngantuk lagi. Sampai kat ofis pun ngantuk lagi.
Aku ni ter’overdose’ ker?
kaitan apa ini.
September 20, 2008
Pat jam doploh minit
September 20, 2008
Aku dah fikir apa aku nak buat hari ni dari semalam lagi. Bile bangun sahur pagi tadi, aku pun masih lagi terfikir-fikir apa aku nak buat. Hari ni Sabtu. Tapi aku tak ada plan langsung.
Sorang-sorang housemate bout announcement apa diorang nak buat. Sorang nak keluar jumpe kekasih hati. Lagi sorang nak keluar dengan teman ofis. Lagi sorang nak keluar dengan adik dan emak. Jadi, tinggal seorang ini saja yang hilang punca.
Aku hanya berada di atas tilam merah jambu aku sepanjang pagi. Sekejap aku duduk. Sekejap aku baring. Lepas tu bergolek-golek. Pusing sana. Pusing sini. Sengal badan aku. Tapi, mata tak lepas-lepas mengadap laptop ni.
Dalam kepala ada je benda aku nak kene buat. Tapi, malas bergerak walaupun aku dah sengal-sengal. Petang-petang sikit bile aku sorang-sorang, aku setel hal-hal penting aku.
Ada lagi 4 jam 20 minit sebelum azan maghrib.. perut aku masih rilek ajer. sebab aku bangun sahur makan nasi pagi tadi. Nasi putih, kicap sikit dengan telur goreng. Layan giler.




