Saat-saat begini amat romantik.
December 9, 2008

Amacam?
Sweet tak?
Bila Ikan di depan mata Kucing.
November 13, 2008
Perempuan ..bile nampak kucing depan mata, selalu nak pegang2, belai2..Tambah2 kucing yang comel dan gebu2. Automatik terus jadi manja.
Housemate aku, ada dua orang yang ‘gila kucing’. Bile pegi rumah orang, nampak kucing je, mesti berkobar-kobar nak bawak balik. Dalam perjalanan pulang, dalam kereta lagi aku akan dengar diorang yang ‘gila kucing’ ni cakap… “Eeee….comel nyer. Rasa macam nak bawak balik jer. Cute sangat..Bestnya ada kucing kat rumah..Nak kucing jugakkk… bla bla bla..”
Dan aku akan menyampuk sket2…”Alaa…Sapa nak basuh berak dia??”
Housemate aku akan betah dan cakap macam-macam. Pasir ada. Takde bau. Kucing berak atas pasir tu nanti.
Dalam kepala masa tu, terus terbayang kucing berak atas carpet, atas tilam, kat dapur dan merata-rata tempat dalam rumah. Ye la. Kucing rasa nak berak, dia berak kan? Bukan boleh tahan2. Owh. Sungguh kurang enak sekali. Aku mesti down jika ianya berlaku.
Pelik ke aku kalau aku tak suka kucing? Tak sentimental langsung kan? Takde ciri-ciri perempuan yang penuh kasih sayang?..Nak buat macam mana.. Aku dah memang macam ni. Aku suka tengok2 jer. Nak bela sendiri, baik aku bela anak orang. ( Cakap boleh la..anak orang ke, anak kucing ke…aku tak ready lagi la..)
Bunyi macam aku tak nak commitment ker? Sudah..Pandai2 je buat spekulasi…Hik hik..
Jom2, berbalik pasal kucing dan perempuan. (Serius la sket).
Kat rumah ada kucing hitam yang muka nye penyek dan berbulu kembang. Dia kucing parsi ker? Gen aku tak pasti la plak. Tapi, mungkin ye. Semua orang cakap dia comel (wp dia hitam). Siapa cakap kucing hitam menakutkan? Nama dia Salem. Yang tu nama glamer, sebab ala2 kucing Sabrina The Teenage Witch. Kan ada kucing hitam kan?
Tapi, sebab dia ni ada kat Mesia, so panggil dia Salim. Hitam manis. Sebab tu menawan you all…
Tadi lepas makan, lalu nak pergi Watson. Entah macam mana, nampak guni2 dalam kedai. Eh, ape ni?.. Kedai cantik, tapi ada guni2. Indah (team lunch) aku selamber pulak masuk kedai tu. Oooo…Banyak nye barang2 kucing. Ada ubat la, pasir la (yg dalam guni tu), makanan la, kucing hidup yang gemuk, bersih dan cantik pun ada jugak.
Rasa excited nak beli makanan kucing. Tanya Indah..”Eh, yang ni sedap ker? Yang ni ok ker?” Masa tu, aku rasa dia ada rasa nak sepuk aku..Yela..Aku pegi tanya makanan kucing ape kes. Dia bukan pernah rasa pun.
Aku call Nana (housemate ‘gila kucing’)..Nak beli apa untuk Salim? Nana cakap, aku tak tahu la sebab aku tak tengok. Beli la satu tin jer.
Aku amek 2 tin. Alang2 dah beli kan?
Amacam? Nampak macam sedap tak? Memang aku beli sebijik yang macam dalam gambar tu..Aku ada beli lagi satu yang stick. Mahal la wei. Kopak macam ni. Even lepas discount pun, harga semuanya lagi mahal dari makanan lunch aku. Kopak beb..Kopak..
Tapi ok, sekali sekala aku treat Salem apa salahnya. Dia ar teman aku if budak2 rumah semua ada hal.
Tadi aku cakap aku tak suka kucing kan?
Ni usaha aku nak jadi sentimental la ni ;P
…………………………………………….
Silalah layari www.fussiecat.com kalau nak tau lagi pasal hal ehwal kucing
Rilek dan cool seperti biasa.
November 10, 2008
Esok SPM. Aku tak pasti paper apa. Tapi, mestilah paper Bahasa Melayu dulu kan? Paper core start dulu. Itu 8 tahun lepas. Tahun ni, sama ker? Tak pulak aku tanya paper apa masa call adik bongsu aku, Firdaus. Dia pun dah nak tido. Pukul 10.30. Mesti mak suruh tido awal.
Aku wish good luck. Dia cakap, OK. Aku tanya, taknak tdo lagi ker? Dia cakap, Nak tdo la ni. Owh..Tdo2..Esok kene fresh2 pegi sekolah amik exam.
Seperti kebiasaan, aku call dia, kitorg xkan cakap lebih dari 2 minit. Dia bukan budak suka bergayut. Cakap bila perlu. Tu bajet2 macho ke apa aku tak tahu. Haha. Tapi, bile balik rumah, dia suka sembang dengan aku. Aku sakat dia. Kadang-kadang dia layan kan aku. Kadang-kadang buat ketat jugak. Ikut mood dia.
Mohd Firdaus Bin Kamarudin, Good Luck =)
Satu hari ni aku mati kutu. Handphone kene blocked dah. Tu la. Baru tahu macam mana perasaan gelabah bile tak boleh nak buat call. Sengsara jugak. Aduhhh.. Tak de masa, malas dan tak alert sampai kene bar. Bukan aku gayut pun. Credit limit tak cecah lagi. Tak guna 30% dari credit limit pun dah x leh nak buat call dah. Aisehh..Sebab nye, lambat bayar.
Kepada kawan-kawan, sorry. Aku macam sombong sebab tak reply message atau return call korang. Tak sengaja nih. Nanti dah ok, aku reply apa patut.
Bil2 rumah sewa, aku tolong bayar. Nana dah letak kat beg aku semua bil dari minggu lepas, still aku x buat apa lagik. Aku tengok jer pastu letak kat tepi. Jangan semua kene potong nanti sebab aku dah la. Elektrik, Air, Telefon, Astro. Uish..Macam tak boleh nak duduk tenang nanti. Okay, aku guna Online je.
Esok gua kasi setel semua.
Ceria dengan Mu (Adam)
October 28, 2008
Aku memang lemah la bab ni. Sekarang, serius aku lemas dan rimas. Walaupun mendengar suara dia hanya 5 minit, itu sudah cukup membuatkan aku rasa mahu meletak telefon. Tapi tak boleh. Hati meronta tapi terpaksa bermuka-muka. Bile masa aku jadi begini? Selalunya kalau tak suka dengan seseorang, aku akan buat-buat biasa. Kali ini, aku macam tak mampu. Hati aku cepat saja mahu naik angin. Kalau dia tengok muka aku mesti dia faham. Tapi sebab dia tak dapat lihat aku, mesti dia fikir aku baik-baik sahaja.
Atas dasar menghormati dia, aku jadi sebegini. Aku tak mahu dengar suara dia lagi. Aku tak mahu! Melampau sangat permintaan aku? Ini entri kedua tentang ketidakselesaan aku terhadap dia. Em. Sepanjang hari aku runsing. Kesian kat aku. Haih.
Tidak baik mengeluh. Apa yang mampu aku buat? Apa yang boleh aku lakukan? Tolonnngggg…
Perkara ini nampak kecil namun apabila ia member kesan kepada emosi aku. Jadi, aku kira agak besar. Sebelum ini, aku selalu bersikap…’Biarlah…Takpe je’…Tapi untuk kali ini, pemikiran seperti itu tidak dapat aku aplikasikan. Nampak sangat keadaan aku agak teruk.
Aku perlu mengawal keadaan. Ye. Tapi, langkah terbaik masih belum aku jumpa. Aku tidak boleh bersikap kurang ajar dengannya. Masih punya rasional dalam diri.
Stress keje tak sehebat stress perkara ini. Berat benar aku rasa.
Dan juga perihal laptop aku yang buat hal. Ini menambahkan kerunsingan yang ada. Mengada-ngada Masa aku perlukan dia, dia bersikap sebegini. Bagus. Menguji kesabaran aku yang makin tipis.
Petang tadi, aku luangkan masa dengan jejaka kecil, “Adam“. Benar-benar gembira kerana kerunsingan dalam kepala macam terus hilang. Melihat telatahnya membuatkan aku lupa akan perkara yang tidak seronok itu. Bagus la. Ini macam terapi. Adam ini mampu membuatkan aku rasa tenang. Terima kasih pada Eve kerana membawanya ke rumah aku siang tadi.
Pasangan dua sejoli
October 6, 2008
Sekarang jam di laptop Huda tepat 11.08 malam. Wah. Dah nak tengah malam. Paling best, aku pakai baju kurung yang dipakai dari pagi tadi. Maknanya aku tak mandi lagi. Buruk perangai. Hmm..
Kejap2. Tengah tunggu turn laaaaaa..
Lepas balik keje, terus shoot pegi Mid Valley. Michelle msg ajak jumpe. Dia nak wat small gathering untuk budak Mad Jiwa. Aku terpikir dah lama tak keep in touch dengan diorang. So, pegi je la. Aku taknak balik rumah lagi sebab tak boleh tengok TV. Mati kutu. Argh.
Jumpe kat MCD patutnya pukul 7 tapi aku sampai lambat sket. Federal jem, biasa la. Aku redah jugak. Nana teman aku.
Michelle, Chitraa, Maria, Alin, Eli, Shukri, Azirul, Chaman and Meme. (Teruknya, ada yang aku tak ingat nama penuh diorang..Erk…)…Dah 8 tahun tak jumpe. Lama giler. Patut ar pun.
Semua dah excited nak kawin. Aku dapat 3 kad jemputan. From Chitraa, Maria and also Syukri&Alin. Congrats to them. Semoga majlis berjalan lancar. Actually, tarikh tu sama dengan wedding kawan2 kat area Perak. So, aku tak decide lagi nak pegi yang mana…
Umur dah 25. Standard la kawan-kawan sebaya nak move one step ahead. Dah bersedia, ada calon yang sesuai, duit cukup…apa lagi yer…
Aku?…Erkkk….Aku mandi dulu…tata
Sihat sebelum sakit
September 23, 2008
Semalam housemate aku amik Emergency Leave. Pelik ar apesal tetibe. Oh..Rupanya dia melawat orang sakit kat Cheras. Bapak membe dia sakit darah tinggi sampai masuk ICU.
Keadaan : KOMA
Lagi beberapa hari nak raya, kalau ayah masuk hospital dan tak ada kemungkinan akan keluar sebelum 1 Syawal, maknanya tahun tu takkan raya.
Serius
Tahun tu takkan rasa seronok pun sebab mesti la beraya kat hospital. Suasana mesti sedey walaupun orang lain hu ha hu ha. Kita, takkan nak bergelak ketawa kan? Melampau la tu.
Terus aku ingat bapak aku. Dia sihat hari ni? Ada kat mana? Keje teruk ke? Makan ubat? Hari ni curi2 smoke tak?
Soalan bertalu-talu kuar dalam kepala. Tapi, aku akan dapat jawapan kalau aku call bapak aku kan?
Ni aku terus fokus kat bapak aku. Dia sakit jantung. Aku tak tahu teruk ke tak. Tapi, hari-hari kene makan ubat untuk cairkan darah. Aritu dia pernah kene heart attack. Tiba-tiba je. Lepas tu, baru tau dia sakit. Selama ni dia okay jer. Sihat walafiat. Sakit ni takde tanda. Tiba-tiba serang secara mengejut.
Bahaya!!
Korang..bapak korang macam mana? Semua ok? Call la diorang tanya khabar sementara bapak-bapak masih ada..
Peace
Bile ada kekasih hati..Macam ni la.
September 18, 2008
Kaulah teman. Kaulah kawan
Tapi, bile kau sudah ada kekasih hati, kau lupakan aku
Kau tinggalkan aku sendirian
Kau biarkan aku terkapai-kapai
Beginilah bile ada kekasih hati
Di saat-saat aku perlukan kau
Kau tiada
Aku terasa kehilangan
Entri ini saja-saja aku tulis sebab takde kekasih hati ajak aku berbuka puasa sama-sama. Haha. Boleh ker?
Ini rekod aku.Bukan Olimpik!
August 14, 2008
Pecah rekod aku. Selama ini, bile aku balik rumah, aku masih mampu lagi buat macam2 benda walaupun aku tak buat pun sebab malas dan rasa ada banyak masa. Ye la. Aku balik awal sangat walaupun nama keje audit. Tapi, hari ini, bile aku sampai rumah terus aku rasa lemah ya amat. Kaki macam tak larat nak pijak tangga. Sukar..sukar..
Tadi macam takde mood langsung nak layan laptop ni. Baik aku tido. Korang rasa aku boleh tdo ke kalau aku dah menulis blog ni? Huh. Aku dah landing baik punya tapi aku tak boleh lelap jugak walau pun aku memang rasa penat.
Ni aku terbayang bapak aku. Bile balik keje, dia selalu baring kat depan tv kejap, then baru pegi mandi. Penat sungguh.. Sekarang ni baru aku rasa. Aku buat apa yang bapak aku buat la. Tapi keje dia lagi susah. Masuk workshop. Suasana bising. Duduk di bawah pancaran matahari yang terik. Berpanas2. Itu mak cakap la. Aku pun tak tahu apa yang bapak aku buat sebenarnya. dia cakap pasal keje dia pun aku tak faham sangat. Basic nye menembak dan kapal. Tak kisah la , yang penting, besar pengorbanan dia. Ni kes semalam ar. Kan tengok movie, The Mummy. There’s one part yang buat aku betul2 tersentuh. Owwhhh… Kalau ibu bapa anda sudah tiada macam mana??? Aku jemmm……Aku tak sedia lagi. Aku rasa sesak nafas ni. Adei..Aduh. Sakit.. Aku rasa macam tak boleh nak terima.
Masa ni la aku rasa nak balik rumah. Jumpe bapak aku. Lagi sekali aku jadi homey person. Lantakla. Aku punya pasal. Aku nak jumpe bapak aku sekarang. Tak boleh???. Fine. Aku rasa nak cakap dengan bapak aku. Skang dah pukul baper. Tak sampai hati nak kacau dia. Dah tdo kot. Tak boleh jugak?? Fineeee… huhu
Entry ni aku nak cakap betapa penatnye aku. Alih2 pasal bapak aku. Sukatila. Kata ni blog aku. Mana ada prosedur dan undang2 yang aku kene ikut.
“Ija sayang Abah“
Mimpi malam ini…Aku nak mimpi bapak aku!!.
Selamats semua.Untuk yang rajin baca blog aku nih.
Kisah Kasih Kamu (Part3)
August 11, 2008
Sesungguhnya kamu tidak mengerti kenapa aku mahu lagi menulis tentang ‘cerita berat’ ini walaupun ini bukan cerita aku. Apabila kisah ini makin dikupas, dikopek dan dicerai2 kan.. akhir nye satu perkataan untuk si gadis iaitu PATHETIC.
Wahai lelaki itu, jangan lah kau memberi harapan lagi kepada gadis ini jika kau tidak mahu apa2 dengan nya. Kau sudah tahu kisah silamnya. Peristiwa pahit yang terpaksa ditelan bulat2 tanpa ada pilihan dek sifat jantan yang tidak bertimbang rasa. Maaf kerana aku menggunakan ‘jantan’ instead of lelaki. Tapi itu yang paling sesuai untuk aku describe ‘jantan itu’. Berani ’jantan itu’ menjalin hubungan dengan si gadis sedangkan tika itu ’jantan itu’ sudah mahu mendirikan rumah tangga dengan perempuan lain. Berani sungguh ’jantan itu’ mempermainkan hati seorang gadis yang naif. Yang tidak bersalah!. Owhhh…
Wahai lelaki ini, kau bisa membuat luka2 yang ada di hati si gadis kembali terubat. Kau bisa buat si gadis kembali mengukir senyuman. Seperti pelangi yang wujud selepas hujan panas. Alangkah indah. Tapi selepas itu, kenapa kau pula sanggup menambahkan luka2 dihatinya?. Sampai hati kau. Ah. Mungkin kau tak sedar yang gadis ini sudah menaruh perasaan kepada kau. Kau perasan bukan? Atau sengaja menutup mata hati kau buat2 tak tahu tentang perasaan gadis ini kerana sememangnye kau memang tak nampak dengan mata kasar apa yang berlaku disini.
Si gadis yang tulus ini mungkin tidak sengaja mahu berasa dan berfikir tentang yang enak2 saja tentang kau. Angkara kau hadir tatkala jiwa gadis ini benar betul sepi, maka kau memang hebat. Umpama perwira yang menang dengan mudah di medan peperangan walau berbekal askar yang sedikit namun mempunyai strategi yang cukup bagus. Tahniah oh lelaki ini kerana berjaya menawan hati sang puteri.
Kepada lelaki ini, aku tidak mahu campur tangan dalam urusan kalian. Kau pasti ada jalan keluar. Mungkin pilihan kau bukan lah gadis ini, tetapi gadis lain yang aku juga tidak tahu gerangannya. Satu pesanku, jika gadis ini bukanlah apa yang kau cari selama ini, kalian berbicaralah. Jangan biarkan gadis ini tidur dalam kegusaran saban malam. Usah gentar merelakan kebenaran kerana gadis ini pasti cuba bersedia menerima titik noktah jika itu yang kau mahukan.
Kepada gadis ini, fikirlah dengan hati yang terbuka sekiranya apa yang kau harapkan tidak kesampaian. Tak salah mengangankan bintang2 di langit walaupun tangan itu tak bisa menggapai. Walau tersungkur lagi, bangkitlah. Pengalaman lalu lebih memedihkan dan kau masih mampu berdiri dan berlari. Di balik raut wajahmu, aku tahu timbul rasa yang sangat tidak menentu.
Malam ini benar2 kelam..moga2 sang matahari akan memancarkan sinarannya kepadamu esok hari dan hari2 yang akan datang.
Mohon ampun buat jejaka alam maya jika membuat kau terasa. Tiada sesiapa yang bersalah dan dipersalahkan dalam hal ini. Si gadis hanya mahu kau merungkaikan keserabutan yang lahir dalam hati dan kepalanya. Kau mengertilah harap2 nya. Maaf kepada lelaki2 atau jantan2 yang membaca entry ini jika ada yang tersinggung. Owhhhh…
p/s : ada lelaki atau jantan di luar sana yang mahu memberi komen? aku alu2 kan. mungkin pendapat kamu mampu bikin si gadis kembali tenang. atau ada gadis2 yang mempunyai nasib yang sama?.. atau ada yang sengaja mahu memberikan kata2 yang merayap dalam kepala kamu..aku persilakan..
Kisah Kasih Kamu (Part2)
August 11, 2008
‘Cerita berat’ yang aku katakan pada entry sebelum ini nampak nye bertambah berat. Bile sumber2 yang belum dikenal pasti kesahihannye disalurkan ke dalam lubang telinga aku.. lebih menambah kerumitan dalam kes ini..berat..berat. Frankly cakap, aku tak bagus dalam hal ini.. Aku bercakap berdasarkan pengalaman lalu bile aku gagal untuk meneruskan perhubungan dengan bekas kekasih. Owh..
Kisah ini bukan kisah aku okay. Aku highlight sekali lagi. Ini bukan ‘citer berat’ aku!!..
Tatkala seorang gadis yang mengimpikan perhubungan lebih intim antara dia dan teman rapat di alam maya mungkin hancur berkecai. Angan2 yang dibina entahkan jadi realiti entahkan tidak. Sementelah jejaka itu sudah punya hati dengan gadis lain. Kenapa kau layan kawan aku ni lebey2?? Maaf..bukan niat dihati nak kurang sopan. Memang kau tidak menaburkan janji2 palsu. Dengan berkata2 manis, dengan sikap ambil berat yang mengalahkan boyfren sudah cukup membuatkan gadis ini cair…faham? Bukannye aku nak emo2 dengan kau..tapi aku xnak gadis yang cukup sinonim dengan air mata ini membazirkan air matanya untuk kau, sekadar jejaka yang disukai dari jarak yang begitu jauh.
Gadis yang selama ini hatinya kosong dengan ‘kasih sayang yang mendalam’ mungkin tempat ‘itu’ sudah terisi dengan kehadiran kau, wahai jejaka alam maya. Mungkin pada awal nye diri si gadis tidak menyedari kehadiran kau, tapi..setelah agak lama menyulam kata2 dengan kau, maka…apabila kau sudah menjadi penyebab gadis ini boleh gembira dan bersedih, kau faham2 la apa yg tersirat dalam hati si gadis walau dia tidak pernah mentafsirkan perasaan nye pada kau.
Kau jangan mengada2, buat2 tak faham apa yang kau buat bisa meruntun hati si gadis. Semua gadis akan berperasaan yang sama.
Owhhhh..







