Jika bekerja, masih boleh dipanggil bercuti?
January 26, 2009
Dah lama tidak membelog. Sibuk dengan kerja..Hari2 kerja. Hari ni pun aku kerja jugak walaupun orang lain sibuk beraya dan bercuti. Tapi, buat kerja kat rumah di Perak, macam lebih efficient dan effective. Sebab nye, takde sapa nak datang cubicle aku dan tanya pasal itu ini. Dan, takde meeting. Juga tiada email yang perlu aku reply. Tiada call yang perlu aku jawab. Paling penting, takde orang on sametime. Jadi, takde benda yang interrupt kerja aku.
Cuti 4 hari. Dah lama tak cuti lama sebegini. Walau tidak ke mana-mana, tapi, nikmatnya bagus… Hanya perlu duduk di rumah bersama keluarga sahaja sudah buat hati gembira. Memang inilah aku bila di rumah. Jarang sekali keluar.
Semalam sudah keluar sekejap dengan bakal pengantin baru..Fariza-teman sekolah rendah. Wedding dia next week. Jadi, aku akan balik KL selasa dan pulang ke Lumut hari Jumaat malam atau Sabtu pagi.
Esok dah nak balik kelana jaya. Agak2 jalan penuh dengan kereta? Em. Sabtu, aku dah rasa nak mati kutu dalam kereta. Tangan asyik flip channel. Sampai takde mood nak dengar lagu. Mana taknye, kereta bergerak 10km sejam. Mana tahan weyy. Kereta banyak nye luar biasa, dek semua orang mahu pulang ke kampung masing2. Perlu bersabar dan hati2 memandu.
Sampai di rumah, aku borak dan borak dan borak dengan emak. Update apa2 yang patut. Eh, ada aquarium luar rumah. Ni kerja adan dengan adik. Ikan ada 8 ekor. Cantik juga. Tapi, aku yang kurang gemar dengan haiwan peliharaan hanya tengok saja. Cantik-cantik.. Tu je la aku nilaikan ikan2 itu.
Dan dalam masa 3 hari ni rasa berat badan aku bertambah. Macam2 benda makan. Nasi entah berapa kali sehari. .Semangat tengok makanan. Lauk2 mak masak mana dapat kat KL weyy.. Aku yang tak pandai nak tolak rezeki, tala apa yang patut. Limau mandarin yang boleh dapat kat KL aku tak makan pun lagi. Makan pun ikut priority..Nak makan semua, tak muat perut..
Jika cuaca bagus, petang ini macam mahu keluar kejap. Pegi Lumut. Itupun kalau adik nak ikut. Nak keluar sorang, tak dapat la…
Dah la, mahu turun cari makan lagi. Tadi nampak ada benda dalam peti ais..haha.
Memori bersama kalian
November 18, 2008
Tadi boleh pulak layan Facebook. Wah..Banyaknyer Iliyas post photos. Waaaaaaaaa.. Semua gambar2 masa study. Ni memang kasi aku imbau kisah silam ni. Tangkap sentimental.
Dulu2 semua orang gila camera. memang obses. Selalu jadi mangsa, camera Nyzem. Masa tu, dia sorang je pakai Sony. Camera Nyzem, camera kami juga..
Ada certain gambar pun tak ingat bile.. Tapi, muka aku ada. So, recall punya recall….Ha…baru ingat.. Aduh..ni baru baper tahun tinggalkan UiTM..dah hilang ingatan..
Masa study kat UiTM Shah Alam, aku aktifla jugak. Banyak la kawan2. Semua best2.. Tapi, aku paling happy masa Part 1. Tapi, gambar masa Part 1 takde dalam collection Iliyas sebab aku tak kawan pun dengan dia. Kah kah kah. Sebab dia senior. Aku baru kenal2 senior bile jadi committee APAcS. Budak profesional baper kerat pun sangat kan. Masa tu, satu batch ada dua kelas. Ke hulu, ke hilir budak sama jugak. Semua bertempek kat Level 14, Menara Sultan Abdul Aziz Shah. Makan, belajar, tido semua situ.
Seronok ar bile kenang2 balik. Aura 14 memang budak 14 je tahu. Hikhik. Ala..semua orang pun ada kisah masing-masing kan?
Bile ingat mesti rasa lawak. Ye..memang lepas ni, takde nak kumpul ramai2 dah. Even sekarang pun dah bersepah sana sini. Bukan semua stil keep in touch. Semua ada life masing2. Owh. Betapa rindunya aku dengan zaman itu. Tangkap leleh kejap
Gambar di atas, punya aku fikir…’weh..ni gambar bile weh..apesal semua lawa2 jer..’..baru teringat. Itu adalah sewaktu wedding di rumah Ezrin di Bangi. Dari kiri Aida, Asma, Yaya, saya, Ejat, Fadhil dan Ezrin.
Gambar ni pulak kat depan hospital. Masa ni pegi melawat mak fadhil. Dari kiri Soraya, Aida, Iliyas, Nizam, Ejat, Arham, Bakh, Asma , Fadhil , Oja dan saya.
Aku mula2 tengok gambar ni…dalam hati cakap “woii…makan tak ingat aku..makan satay pulak…”..usya betul2..eh, aku ada laaaa…sebelah Iliyas. Ni biler ni? Aku tak ingat..Apesal pegi makan satay??.. Aku pun tak ingat jugakkk..gagagagugugu
Yang di atas adalah tempat study kami. Namanya ‘meja bulat’. Kadang2 je study kat situ. Selebihnya merempat di dalam BK. Nampak ada banyak buku atas meja bulat? Rajin betul. Hawa…kantoi la..ko tengah gayut dengan sapa??? Haha. Masa ni nak dekat exam kot. Sama macam time2 sekarang ni. So, aku kene study. Move..Move…!!!
Jejaka Paling Tak Disangka
October 21, 2008
Aku buat keje kat tingkat 11. Lepas lunch sampai la pukul 4 petang. Lenguh kaki berjalan. Mungkin bila dihitung-hitung, boleh sampai Chow Kit Road dah. Haha..
Sampai je kat meja, duduk minum air jap…Dahaga woo..
Tetibe my teammate cakap, “Iza, U’ve got a parcel. Just now, Mas(receiptionist) told me”.
Okay, parcel ape? Atas meja ni dah ada envelope from Cyberjaya. Waaa.. Ni keje apa pulak ni siap kene amik sendiri kat ground floor. Selalu despatch guy to anta terus kat meja. Aku sign je.
Aku pun turun kat Ground Floor..
“Kak Mas, mana parcel nyer?”..
Tu..
Mane?
Tuuuu…
Mane? Takde pun..
Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu….
Owh…
Aku amik dan tengok. Ini tak serupa langsung dengan parcel. Ini bunga. Bunga dengan parcel jauh beza laaaaaaaaaaa…
Ini tak ada kene mengena dengan keje aku niiiiiiii… Muka aku blur giler.
Aku tanya Kak Mas, betul ke untuk Iza ni???
Dia cakap…Betul la. Izatul Roslina kan?.
Aku angguk. Ada beberapa staf kat situ tanya, aku ada secret admirer ke? Atau…Hari ni birthday aku? Bukan la…Dua2 bukan. Ish. Ape ni..
Aku baca kad yang aku dapat kat sisi ‘parcel’ tu..
Ada message yang aku baca pun tapi tak boleh detect dari sapa. Yang aku tahu, ianya dari Jejaka Paling Tak Disangka..
Kepada Jejaka, Thanks for the flower!!
Raya – Satu
October 6, 2008
Esok dah nak balik KJ. Rasanya nak duduk kat rumah lagi. Takmo balik. Takmo. Tapi, kene gaaak. Pagi-pagi esok gerak dari rumah. Keluar awal, tak banyak kereta sangat kot. Semua orang mesti balik esok. If gerak lambat, mesti jalan jam.
Raya kali ni, apa yang menarik?
Gather dengan family tu paling best. Anak along tambah seri rumah. Diorang baru balik Pahang petang tadi. Terasa la pulak. Tiba-tiba sunyi jer. Mohd Rashdan Kamil dah besar. Last time jumpe, dia kecik lagi. Sekarang, dah boleh jalan. Next time jumpe, dah boleh apa ek?
Anak along yang sulung nama dia Izzatul Qistina Insyirah. Tadi dia dok main dengan laptop aku sampai aku tertido. Dia sorang-sorang. Orang lain dah besar kan. Kalau main Lego, dia layan sorang-sorang ar. Kalau main game, makcik dia boleh teman ;P
Anak angah, Najmi, Ainul dengan Imran sempat YM petang 1st day raya. Diorang ber’webcam’ dengan mak, kakak dengan uncle ikram. Aku online kejap lepas tu ada kawan datang rumah. Tahun ni tak ramai yang balik sebab kerja. Diorang tak dapat off on Friday. Husna, Hanif, Syazwan and Kharti je yang datang rumah.
Tapi, kawan-kawan adik sangatla ramai. Masa aku form 5 pun macam ni jugak la. Tapi, lepas masing2 kerja, susah nak gather seramai ini.
Kakak dengan Abang Ikram beraya kat Perak tahun ni. Raya ketiga baru diorang balik Kelantan.
Nanti aku sambung tulis lagi..Mak panggil suruh makan…
Kini tibalah Syawal
September 30, 2008
Sempena Syawal yang bakal menjelma,
Aku pohon ampun dan maaf kepada semua..
Mugkin ada kata-kataku mahu pun kelakuanku yang sengaja atau tidak, yang membuatkan kalian terasa
Sangat-sangat minta maaf!
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Happy2 makan rendang ketupat..
Nak datang rumah…ye2…silakan..
!st day raya ar lagi bagus
Salam Aidilfitri.
Ikhlas dari saya, Izatul Roslina ;)
Bukittinggi dan Padang, Indonesia vs MALAYSIA
September 8, 2008
Aku terpegun dengan…
Keadaan toilet / kamar kecil yang sangat la bersih di mana2 pun sekitar Bukittinggi. Walaupun tempat tak la se’gah’ mana macam di Malaysia, tapi…toilet di sana perlu dicontohi. Mungkin kesedaran sivik perlu diterapkan kepada masyarakat disini. Malu seh bile orang luar pergi toilet Malaysia, kotor dan berbau… Errghhhh… Serious, aku dan teman2 lain xde hal la kalau nak singgah di mana2 untuk melepaskan hajat semasa berada disana. Bile keluar aja dari kamar kecil, muka tersengih. Lepas tu cakap…”Bersih giler toilet dia”…Walaupun orang anggap perkara ini kecil saja, namun besar impaknya!
Aku seronok bila..
Naik kereta kuda. Inilah pertama kali aku menaikinya. Di tengah2 kesibukan pekan Bukittinggi yang penuh dengan kereta, teksi, kereta tolak mee bakso dan sebagainya, kereta kuda turut memenuhkan ruang jalan raya. Selesai membeli belah di Pasar Atas, aku dan Farah sudah tidak punya tenaga lagi untuk menjinjing beg plastik kiri dan kanan tangan yang penuh dengan barang2..Udah capek..(Bayangkan betapa kuatnya aku dan Farah shopping sampai penat..Oopss)..Kami berdua menaiki kereta kuda untuk pulang ke hotel Ambun Suri. 10,000Rupiah = RM4 untuk 2 orang. Murah kan? Kalau naik kereta lembu di Melaka, mungkin lebih RM5. Kereta kuda ni muat2 je untuk 2 orang. Kaki aku panjang. Farah risau je kalau terkeluar.. Semasa dalam perjalanan, aku gelak dengan Farah bila mana “Kereta kuda ni boleh U-turn kan?”..”Kereta kuda ni pun queue masa nak belok ke kanan jalan”…
Aku kenyang dengan…
Nasi Padang. Apabila sudah 4 kali berturut-turut makan nasi padang, aku sudah tidak mahu lagi. Jika di sini, harganya mahal tapi di sana jauh lebih murah. Erm.. Lebih 10 hidangan lauk sekali hidang di makan bersama nasi putih. Memang tak lalu bangun kalau makan terlampau banyak. Dendeng, Otak lembu, Gado-gado, Jering masak lemak, Bergedil, Kentang goreng nipis2 masak sambal, Sambal belacan kaler hijau, Tauhu dan tempe goreng, Ikan masak lemak, Daging rendang pedas, Ayam goreng berempah, Ayam percik, Telur masak kari, Telur burung puyuh masak sambal, Sayur pucuk paku masak lemak, Sayur pucuk ubi rebus, Ikan bakar, Udang sambal,…dll. Itulah antara juadah yang dihidangkan kepada kami sepanjang berada di sana. Banyak kan? Mula2 excited la nak makan, tapi lepas 4 kali kami semua surrender. Tak mahu makan nasi padang lagi. Huhu. Bukan apa, sedap memang sedap, tapi jemu. Di Malaysia, 3-4 hidangan sudah cukup kan?? Di sana, mereka makan sikit2 lauknya, tapi macam2 jenis. Itulah salah satu perbezaan antara penduduk di Malaysia dan Indonesia.
Yang penting, bakso memang terbaik.. Sedapnyer… Mee kuning, bakso dan Ayam… Kalau ke sana, kene try tau makan bakso. Jauh lebih sedap dari yang disini. Nana cakap bakso tolak lagi sedap. Aku x sempat nak try. Tapi, bakso di restoran pun sudah cukup bagus untuk aku.. (ayat penyedap hati bagi x terkilan..nnt perlu ke sana lagi sebab nak makan bakso tolak..Haru2…)
Aku terkesima bila…
Melihat keindahan Tasik Malinjau yang sangatlah cantik. Dengan kabus2 yang meliputi awan, tasik yang membiru, angin dingin yang menyelimuti tubuh.. Aduhhh…Buat aku jatuh cinta dengan panorama disitu. Fulllaamaaakk jiwang ker? Ala..sesiapa yang melihat pasti akan tersenyum kegirangan.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan Allah.. Nak pergi ke tasik malinjau, perlu lalu 44 selekoh. Jalannya macam nak pergi Cameron Highland..Lebih sempit dari itu. Rasa cuak bile bas berselisih dengan bas. Tapi, ’Mas’ yang drive rilek je..Heh..Kitorg yang lebey2..Ye la..Jalan macam tu takde kot kat Malaysia..
Aku gembira semasa…
Berada di Jambatan Siti Nurbaya..Sebab nya, makan Jagung bakar dan Pisang Penyek. Sedap ar Pisang Penyek tu.. Pisang Abu tak silap aku, penjual tu kopek kulitnya, penyek dan bakar, letak cheese, chocolate rice, kelapa parut dan gula.. Waaahh. Mende ni takde kat Mesia. Sedap la.. Macam nak lagi.. Hehe. Makan atas jambatan sambil tengok sunset.. Kalau kat sini, nak berenti kat atas jambatan, confirm tak selamat. Silap hari bulan, kene langgar lari. Tapi, di sana, memang cool betul. Siap orang berniaga lagi di kaki2 Jambatan.
Aku pelik dengan…
Rasa Telur Penyu.. Ini juga kali pertama aku makan telur penyu. Rasanya?.. Pelik. Kat Malaysia jarang ada telur penyu. Penyu kan binatang yang pupus. Tapi di tepi pantai di Padang, ramai yang menjual telur penyu rebus. Ini salah satu perkara yang istimewa di situ. Aku pun cuba makan, tapi.. tekak ku tak boleh terima sangat. Elia dan Farah yang biasa makan. Mereka berdua komen, “sepatutnya telur penyu ini dimasak lebih lama dan direbus dengan garam. Barulah sedap”.. Oohhh…mungkin jika dimasak sebegitu, aku akan suka telur penyu…Siapa tahu?..

Buka puasa+Gathering=Happy wp penat
September 8, 2008
Tepat jam 11.45 pagi, salam mak, abah n adan..Adik dah pegi tuition. Tapi dia jumpe aku dulu. Aku start kereta kakak yang baru ditukar speed sensor untuk kali kedua. Kereta kakak aku pandu dengan hati2.
Berhenti isi minyak dekat Shell. Tak sampai 3km dari rumah. Tank separuh lagi. Tapi aku nak isi jugak. Malas nak berhenti tengah jalan. Encik Smiley pun ada jugak dekat Shell. Aku ucap Selamat Jalan dan Selamat Tinggal..dan kata2 terakhir aku..Semoga kita berjumpa lagi..
Di traffic light depan Petronas Seri Manjung, aku belok ke kanan..Encik Smiley belok ke kiri… Aku masih memandu kereta kakak dengan berhati2..
Tak sampai 10 minit, aku naik rimas. Kereta kakak macam tak suka dengan aku. Kan aku dah tukar speed sensor..apehal lagi??. Tapi, aku buat bodo aja sebab aku takde pilihan. Takkan aku nak patah balik tukar kereta? Malas la..Tapi, aku bengang betul sebab perasaan tak selesa semasa memandu.
Aku pandu agak laju sebab tensi kereta kakak buat hal. Sekejap aku guna Auto. Lepas tu tukar Manual. Aku pun tak tahu kalau2 kereta kakak kene saman. Aku tunggu saja surat cinta dari Pak Polisi. Sepatutnya 60km/hr tapi aku memandu dengan 110km/hr. Aku ikut jalan biasa sebab tak nak bayar tol. Tapi, kalau aku kene saman…duit nak bayar saman lagi banyak daripada bayar tol. Aku sedar tapi aku dah tak tahan. Aku tekan je pedal minyak ikut suka aku.
Dalam masa 3jam, aku dah sampai Bangsar.
Aku puasa. Tapi, tahap kesabaran aku agak tipis semalam. Cuaca agak panas. Langit cerah..Tak pula menangis seperti selalunya.
Hajat dihati, aku mahu tidur sampai petang. Tapi, aku tak boleh tidur. Aiyaaakk.. Badan aku betul2 penat. Kepala pun berat. Hmmm.. Dugaan..
Pukul 5 petang, aku bersiap2..Kan dah janji nak buka puasa sama2. Ini plan sebelum puasa lagi. Nana dah book tempat untuk kami semua. Hati berkocak keriangan bile teringat kawan2 yang sudah lama tak jumpa.
- Nana
- Eve
- Elle
- Asma
- Huda
- Anas
- Bakh
- Lan
- Hazim
- Una
- Yaya
- Nabila
- Mubin
- Ila
- Rahim
- Iliyas
- Ezrin
- Fadhil
- Izatul
19 orang kesemuanya…Ramai jugak. Macam reunion.. Berbuka puasa dengan makanan yang lazat bersama teman2 yang best. Walaupun aku agak ting tong, tapi mereka telah berjaya menceriakan keadaan aku. Update cerita masing2. Buat lawak yang ntah apa2 tapi buat aku gelak. Cerita pasal kerjaya, pelajaran, pasangan, kehidupan sekarang dan masa hadapan… Macam2 la..
Jam 10malam, semua orang pulang ke rumah masing2. Esok kan keje. Hmmm
Hati kecil berkata “Alangkah bagus jika dapat turn back time…tak payah bangun awal2 sebab kelas start pukul 10…Pukul 9 baru bangun”.. Tapi tu semua tak kan berlaku lagiiiiiiii
Bukittinggi dan Padang, Indonesia. 5 Perkara tentang!!
September 5, 2008
5 perkara yang aku observe; menarik tentang Padang dan Bukittinggi.
1. Money is not powerful.
Mata aku x lepas2 memandang ke luar tingkap bas sewaktu dari airport Minangkabau ke Bukittinggi. Hmm…Dalam hati, penuh bersyukur kerana Malaysia telah membangun dengan pesat dan paling penting dalam keadaan sekata. Tidak seperti di sana. Lebih berkelompok.
Walaupun tersangatlah mengantuk, aku memang paksa mata untuk tidak terlelap. Pengalaman ini mungkin sekali seumur hidup. Suasana menghijau begitu menenangkan. Masyarakat di sana, kebanyakannya bertani dan bersawah.
Pak Ucok (tour guide kami) ada mengatakan ‘Money is not powerful here’. Dari cara kehidupan mereka dari pandangan mata kasar aku,…a’a aku megiyakan. Jika mereka mengejar kekayaan, sudah pasti habis tanah di sana mereka jual. Keadaan tidak mungkin sama seperti sekarang.
2. Kesenian dan kehalusan kerja tangan
Tika melawat Rumah Datuk Perpatih di Minang Village, mata tertumpu pada hasil ukiran di setiap penjuru rumah. Indah sekali. Aku ’salute’ siapa yang menghiasinya dengan kerja tangan yang begitu unik dan menarik. Setiap satu bukan sengaja di ukir. Semua punya maksud tersendiri. Ada yang berbentuk kucing sedang tidur dan sebagainya. Entah berapa lama untuk menyiapkan sebuah rumah yang penuh dengan ukiran..Aku tdiak tahu.
Paling menarik, Rumah Perpatih mahupun Rumah Temenggung, senget tingkapnya. Pelik kan? Setelah diterangkan oleh pekerja disitu, barulah aku faham kenapa direka sebegitu rupa. Kawasan Padang dan Bukittinggi, terdedah dengan Gunung Berapi. Jadi, jika berlaku gegaran, kayu yang menjadi tapak rumah akan bergerak mengikut pergerakan tanah. Flexible la senang cakap. Aku hanya berpeluang ke rumah Datuk Perpatih.
3. Musolla/ Surau dan Masjid
Sepanjang perjalanan, di selang beberapa buah rumah, aku lihat banyaknya surau dan masjid. Penduduk disini hampir kesemuanya menganut agama Islam. Melihat kanak2 yang pulang dari sekolah memakai songkok dan baju kurung juga bertudung warna merah hati.
‘Tapi, dalam drama tv, baju sekolah mereka warna brown..perempuannya ber’skirt..Mungkin itu hanya di Jakarta..Aku buat ulasan sendiri..
Pak Ucok cakap…”Anak2 lelaki di sini, bile umur mereka 10 tahun, mereka tidur di musolla dan belajar ilmu agama”..
Barulah aku mengerti kenapa banyaknya surau disini. Setiap satunya diguna pakai.
4. Bertudung=Long sleeve. Free hair=sukatila nak pakai apa.
Bagi kaum perempuan pula, kebanyakannya berjilbab/ bertudung, selaras dengan ajaran Islam.
Ada satu peristiwa di Bukittinggi..beberapa rakanku memakai t-shirt berlengan pendek dan memakai tudung. Mereka ditegur untuk menukar baju jika mahu bertudung..Jika tidak, bisa tidur di penjara malam itu.
Di sana, jika mahu memakai short sleeve, tidak boleh bertudung. Kalau mahu bertudung, perlu betul2 menutup aurat. Ini salah satu budaya yang selaras dengan agama..Patut dipraktikkan di Malaysia aku fikir..Jadi, aku pun akan berlengan panjang selalu bila bertudung…
5. Orang susah membantu orang yang lebih susah
Sama seperti dalam drama Indonesia yang pernah aku tonton, memang ada peminta sedekah di sana. Disebabkan terhimpit dengan keadaan, peminta sedekah menjadi pilihan. Ye, di sana, mereka tidak semewah penduduk di Malaysia. Apa yang aku lihat, mereka sekadar cukup makan dan pakai.
Berbalik kepada peminta sedekah. Mereka dalam keadaan daif. Tapi, aku lihat yang memberi sedekah pula hanya senang sedikit dari si peminta.
Dalam hati berbisik, murni sungguh hati si pemberi. Moga Allah murahkan rezeki mereka..
Precious people
August 2, 2008
I’m so Haaaapppyyy.
Eventhough br balik 3 minggu lepas, but still.. i miss mak, abah & my bros verrryyyy verrrrrrrryyyy much…I miss my comfy bed as well as all the bearssss…(childish kan..tapi bile kat rumah..this is me
lols ) I can play games dari pagi sampai malam..asyiiikk
Elle, Nana, Nick…semua balik. Huda is workin on Sat. So, i pun nak balik jugaks. Eee..xnakla stay kat rumah sorang2..Tak kire ar nak kata manja ke sebab asyik balik, tapi dari membosankan diri or perabis duit sana sini..better balik rumah. Lagi syiok.
Adik who juz came back from prefect dinner…Leng Chai lor..
Last nite chit chat wif my lovely fam kat meja makan…the best part..boleh menikmati makanan bersama orang2 yang tersayang…i asked mak to update citer pasal family along, angah & kakak.. Miss u guys too..huhu..Balik ar rumah… Kita boleh makan sama2…Lepak sama2..Miss all my anak sedare yang cumelll nnyumelll (Izzatul Qistina Insyirah, Khairul Najmi, Ainul Mardiah, Khairul Imran and si kecil Mohd Rashdan Kamil)
…Miss uolssss..
Love
Ija ( Cik Ja)
Durian Oh Durian..
July 24, 2008
Lately ni musim buah kan? Kat tepi2 jalan, byk je org jual buah..erm..bile tgk manggis, rambutan, langsat, mata kucing, mempelam…xde la rasa nak terliur, nak berenti and beli.. Tapi bile tgk yg satu ni-DURIAN..argghhh..hati ni meronta2..sabar je ah.
Korang? Ada yg suka makan durian?
Tau cane nak pilih durian tu elok ke x??
Meh nak share info skett..
Tips memilih durian:
~Bile memilih durian, pilih yang warnanya agak cerah dan pangkal durian tu besar dan tegap. bile kita goncang, the seed would move. Kematangan buah bergantung pada bau. Buah yg elok bau nye kuat, bukan bau nye masam ye! Akhir sekali, an inserted knife would come out sticky. Yang tu paling bagus untuk menunjukkan buah tu elok atau sebaliknye.
Try la tips tu bile nak beli. At least, xde la pakcik yg jual durian tu bagi je mana2 ikut suka kan. Korang pilih2 ar sket..Chewwaahh…
D.U.R.I.A.N
Banyak kenangan pasal DURIAN ni..
Pernah masa study kat Uitm Shah Alam (dok kolej pulak tu). Sebab teringin nak makan..Celina cakap kat Gombak la durian murah n best..Tambah2 dia stay kat sana…Apa lagi…Me, Cell & Tini shoot la dari Shah Alam-Gombak.. Sanggup tuh!!..Banyak kitorg borong….Memang puas hati. Pagi2 kitorg bangun, breakfast with durian…giler ar..cam x caya jer..time tu x de org kat kolej pun..So, xde la org nak bau2 kan.. Sesetengah org kan x boleh bau dia..Sensitif..Oh ye, before this. Cell x ske sangat makan durian..Tapi, sebab layan aku..Dia pun dah jadi hantu durian.hehe
Pernah dulu this lil bro bawak durian dari kampung dia kat Bukit Kayu Hitam,Kedah bg kat aku..Siap kopek letak dalam tupperware..Waaa…terharu lak tetibe.huhu..Aku melantak sorg2 aje..Dak2 rumah lain x layan sangat. Takpun, sebab aku nak makan sorg2 x sempat nak ajak diorg makan…dah abisshh.. haha. aku pun x ingat sangat.
Pernah jugak aku ngamuk kat org sebab terlebih makan durian. Makan byk sangat, sampai dalam badan panas. So, Ally jadi mangsa aku time tu. Sorry..
Pernah aku layan durian sampai demam.. Ni masa kecik2 la. Aku akan balik kampung every week. Kalau musim buah..mmg paling heaven. Arwah opah mesti simpan durian yang best2 utk kitorg adik beradik. Sebiji dua tak main la..Ni satu raga yg besar tu beb..Makan sampai demam. Tapi mmg x serik.Sebab..durian BEESSSTTT sangat…Uwaaaaa…Tu kenangan yg tak boleh dilupakan..Memang xkan dapat dah. huhu
Pernah aku dengan abah lepak kat stall tepi jalan. Masa tu on the way from Bentong to KL.. byk org berniaga kan..
“ija, nak makan durian x? ” abah tanya
“Naaak..kenape? abah nak jugak ker?” aku tanya balik bapak aku
“Boleh je kalau Ija nak..Kita berenti kat tepi ni ek..Makan kat situ” abah ni bukan ajak2 ayam nampaknye
“Jom abah…kita makan durian..Mak dengan kakak nak ker?”..
“Mak x nak la..Kakak pun x nak..Malas nak turun” okay la kalau mak n kakak tak nak..Dok dalam keta jap ek..Ija dengan abah je la turun..
Aku dengan abah layan durian kat tepi jalan..Sedap x hengat..Mak n kakak tunggu je dalam keta. Boleh ka? Tapi, abah memang abah.. dia hulur kat mak n kakak..ala..diorg tu jual mahal.. bile abah hulur, siap mintak lagi..xtahan..hehe..
Masa kat rumah, bile abah potong durian..aku rajin tgk..Abah potong, aku amik letak dalam tupperware..Pastu makan ramai2..Asyiiikkk
Kenapa la aku citer pasal durian..
- 21 July 2008 – 8.58 p.m. One msg received from Iliyasz. -Jz in kes klu teringin durian, kat seberang giant kecik ada jual.Bli yg plg mahal (RM10), i cn gerenti wil b worth every penny!-
Aduuhhh…dah la aku lalu giant kecik tu ari2….tapi aku tgk je la…
- Ni Eve la ni…tadi sempat ber’YM’ ngn dia jap…Dia nak bg durian kat aku pas balik keje.. Rezeki jangan ditolak…Musuh jangan dicari.heh
Balik keje nanti, aku makan durian yg Eve bawak..ada sesape nak join?? Mari..
~Hidup ini indah bile boleh makan durian yg best..














