Tiga campur Satu
September 15, 2009
Semalam keluar dengan mekay, nunu and indah kat One Utama
Jalan-jalan cari kasut raya tapi tak jumpe yang berkenan
Choosy sangat… end up tak beli apa pun
Jalan-jalan kat center court..
Banyak seh baju raya, kuih raya, macam-macam benda untuk raya
Tak beli apa gaaakkk
Pastu tak larat jalan-jalan dah walhal baru jam 6.15 petang
Cadangan dari Indah..berbuka puasa kat Deli France
“Errr…..errrr……Deli France?….apa yang menarik???” (Selama ni hanya akan tapau baguette dan makan kat rumah jer)
Indah berjaya convince kan kami, jadi sebulat suara bersetuju berbuka kat sana..
Kalau tak dengar cakap, memang nak kene la kan..
Before berbuka, muka sorang-sorang..pucat..macam 3 hari tak makan..
Nak window shopping pun tak mahu dah
Maybe kerja kuat, bersungguh-sungguh di ofis sehingga energy tinggal berapa percent

Owhh..Tu gambar lepas berbuka..
Sorang-sorang muka kekenyangan..gembira semacam
Alhamdulillah..
Syukur
Kasut raya tak jumpe takpe lah kan..Macam la pegi berjalan ke mana-mana..Walhal duduk rumah je pun..
Gatal sebab tu Garu
September 9, 2009
Garu kaki
Garu tangan
Garu telinga
Gatal la
Nyamuk banyak
(Weh…dah mandi la tadi)
Spot ni je yang ada 2 plug
Redha dan pasrah segala
Garu gatal pun tahan jugak la
Nunu ajak teman dia buat kerja kat PappaRich.
Sebagai bukti persahabatan, maka dengan rela hati saya pun follow dia.
Motip konon nak buat kerja
On laptop jer, haaa…benda lain yang buat dulu
Sampai…lampu kat area ni tutup pula..
Niat di hati setelkan form2 dengan font yang amat kecil dan banyak itu terpaksa dibatalkan
Dahla rabun….bertambah rabun nanti..
Sedang khusyuk melayan laptop, suddenly Nunu bersuara
Nunu : Ko penah round2 kat sini? Apa lagi yang menarik *kat sini?
*Kat sini ialah di Kelana Mall….iaitu tempat yang dibangga-banggakan oleh penduduk Kelana Jaya
Saya : Nasi Ayam Periuk Besar
Nunu : Kalau aku makan kat situ tak sedap, siap la ko!
Hhahahaa..mana ada aku cakap sedap ke tak. Ayam!Taste lain2 kot..
Nunu : Ko tengah buat kerja ke?
Saya : Sengeh sambil teruskan menaip tanpa mengeluarkan sebutir kata
Nunu : Mana ada orang buat kerja muka macam tu
Hhahahhaha ( Gelak lagi)
Sememangnya memang tak buat keje la wehhh..Kalau buat keje, muka masam sampai orang malas nak tegur. hak hak
Tetibe nak bebel pasal makan..
Berdasarkan statistik bulan puasa..tahun ini hanya 2 kali makan buffett. Puasa kali ni tak semewah puasa lepas. Kenapa? Kenapa?
Sebab semua orang tengah seip.
Semua orang tengah seip sebab………………..
(sila penuhkan ayat tersebut dengan alasan masing2)
Hari Jadi di sambut meriah oleh muda-mudi
March 31, 2009
Psssttt : Kata ganti diri pertama pada entri ini ialah saya. Mahu kelihatan lebih sopan sedikit. Mungkin ada yang penat membaca. Ouh.. Terima aje la ye. (^_^”)
Ternyata saya agak sibuk dengan hal pelajaran dan juga hal kawan-kawan. (Hal kerja tak payah ceritalah kann…) sampai tak sempat nak update blog (alasan yang biasa…duhhh). Setiap hari macam rutin sahaja sebenarnya. Pergi keje. Balik keje. Macam tak ada benda menarik pun yang berlaku untuk diceritakan.
Dan sampai la Ahad baru-baru ini..
Sejurus selepas kelas, saya segera bergegas ke KLCC. Tujuan utama : menyambut ulang tahun Puan Faridah (Pensyarah kesayangan pelajar tingkat 14 di Uitm Shah Alam)di California Pizza Kitchen. Asma came out with the ideas. Di support oleh Puan dan teman-teman lain. Jadi, ajak mana yang sempat sebab agak last minute.
Dah lama sangat tak jumpe diorang. Aida, nak dekat setahun dah kot. Last jumpe Annual dinner tahun lepas dan Iliyas, walaupun dekat jarang juga bertemu. Ye..Masing-masing sibuk dengan kerja.
Menurut Puan Faridah, ini dah kira bagus sebab boleh kumpul sama-sama. Sepuluh orang kira banyak ker??? (Masih boleh kire dengan jari kan?) Bile dah kawin, mana la ada masa macam ni. Ye la..Ada komitmen lain..Faham-faham la..Hmmpphhh..(Ye la kot…Cuba memahami..)
Saya sedar ada yang kecil hati sebab kadang-kadang bile kumpul ramai-ramai, saya tak dapat join. Ada yang sms, dan saya tidak reply, sampai sanggup buang nombor telefon saya..(Hal ni betul-betul terjadi, sebab Iliyas-nama sebenar, tensi yang amat sangat. Dia sms, saya tidak reply. Agak-agakla..Jam 1 pagi dia sms, dan saya baca kemudian sambung tido. Bila keesokan harinya, saya lupa mahu balas..Sebenarnya banyak lagi sms yg dia hantar, tapi saya tak balas juga..Sorry..Selepas kejadian, setiap sms, saya cuba tidak buat lagi…)
***
Dan selepas ini, tak tahu bile lagi bertemu. Adakah pada hari ulang tahun Puan Faridah tahun depan??
Mungkin, pada hari perkahwinan Asma? Hawa? Atau kawan-kawan lain..
Apa-apa pun, Keep in Touch!!!!



Puan Faridah, Selamat Ulang Tahun. Thank You for Everything.
Semoga sihat selalu dan doakan kami berjaya.
Amin.
Ko mengantuk sangat kan??
March 26, 2009
Nurul Haryatie Abdul Rahim
Tatkala rintik hujan menghempas cermin tingkat enam belas
March 11, 2009
Lalalala..
Aku masih di tempat yang aku duduk sejak jam 8.30 pagi tadi
Pura-pura sibuk dengan kerja
Aku pandang kanan
Aku pandang belakang
Tiada sesiapa
Owh..
Semua sudah pulang
Dan aku
Masih di sini
Hujan lebat sangat
Nak balik..Nak balik..
Tapi, tak mahu meredah kesesakan lalu lintas
Biarlah kereta beransur kurang
Aku masih boleh menanti dengan penuh sabar
Persoalannya bukan perihal hujan atau kesesakan
Namun, tentang teman ku yang seorang ini
Sudah berbunga-bunga hatinya
Tanpa bersuara,
Terus tahu apa bermain di benaknya
Terus mengerti apa yang tidak kena
Kali ini
Aku tidak mahu banyak bicara
Satu!
Apa yang aku harapkan
Semoga kali ini
Semuanya yang baik-baik sahaja..(walaupun mengalami kemalangan kecil tempoh hari)
Semuanya yang manis-manis sahaja..(walaupun sudah tahu akan kisah silamNya)
Semuanya yang bagus-bagus sahaja..
NOKTAH
Keep in Touch!!
January 11, 2009
Aku dah kene sound sebab lupa member
Dah banyak kali juga kawan lama merajuk dengan aku
Sebab..
Aku jarang call
Aku jarang juga sms
Aku jarang chit chat di YM
Aku tak wish hari-hari penting mereka
Aku tak update perkara besar yang berlaku dalam hidup mereka
Aku nak diorang tahu
Aku bukan lupa mereka
Aku ingat
Aini, Zade, Bear, Ayu
Thanks sebab selalu je layan aku baik-baik.
Thanks sebab ingat kan aku supaya keep in touch.
Thanks sebab masih mahu jadi kawan aku sampai sekarang.
Gambar kat bawah ni dah lama dah. Tahun 2002 tak silap. Happy betul semua orang…


Hadiah perkahwinan? Serius ni..
November 21, 2008
It’s Friday dan semua orang sangat gembira. Ada Monday fever.. Ada juga Friday fever. Sebab esok cuti, semua datang keje, muka ceria je. Including me and Indah (my team lunch). Pagi2 buta, kami berdua sudah Sametime (internal medium berkomunikasi macam YM).
Ajak Kay jugak tapi parent dia datang dari Kedah. So, berjalan dengan Indah sudey. Kay, next week la. Hari Jumaat boleh keluar lama sikit. 2hours UNofficial. Tapi, semua org buat macam official je. Haha.
Dalam masa terdekat ada 3 wedding. Semua bakal pengantin is quite close with me and i’m thinking of buy something for them. Ermm..Let see.. Nak beli apa? Seriously, idea takde.
Suddenly ‘WinKWinK’
Idea datang la…
I remember, masa dalam lift yesterday, i saw Ikea’s catalogue yang dipegang oleh staff kat sini. Jeling2 je la yang boleh. Ish. Macam tak puas hati je sebab ternampak ada benda yang menarik. “Nak tengok jugaaakk..” Tapi, dalam hati je la kan..
I decided to ask Indah memandangkan takde plan nak pegi makan mana, why not kita jalan-jalan kat Ikea…
Taraaaaaa…kami datang ni..

Bile cari parking kitorg suka buat macam ‘histeria’. Dah dapat parking..dan happy.. Tapi kegembiraan hanya sementara.
Indah : Iza, takleh park sini laa…Ni untuk family. Tu… Signage ada kat bawah..Nampak tak?
Me : Port ni dah cun dah la..Dekat dengan entrance. Besides, I pun ada family jugak, tapi semua kat rumah
Indah & Iza : kahkahkahkahkahkah
Me : Dahla, i cari parking lain. Kesian kat budak2 if parent diorang park kereta jauh2 and they have to walk jauh2..
(Giler bersikap keibuan..hahahaha..Bukan2..ni kesedaran sivik di hari Jumaat la
)
Finally dapat parking and terus masuk ikea..
Lawa kan living room dia? Ala..tak sempat berangan pun tadi… My mission is to buy prezzies for the wedding. Tapi, banyak pulak pit stop. Kejap2 tengok sofa. Kejap2 tengok kitchen. Kejap2 tengok almari. Kejap2 tengok benda2 cute..
Tadi ter’jakun’ dengan benda2 kat Ikea because few things tak tahu pun apa function dia.. I asked Indah and she also dont have any idea apakah itu..Duh..takde description ar..
‘Blur2′
Erm.. today is Friday, apesal la ramai orang?. Ouh..School holiday..No wonder many kids berkejaran sana sini..
Both of us had ‘vegetarian pasta’. Sedap? Boleh tahan la. Suit with the price of RM5. Queue sangat sangat panjang kat kaunter. Kami masih bersabar…
Sebabnya kami bersabar…
Indah is mengidam craving for the cake.
Dan selesai saja makan pasta, Cake tu betul2 buat i rasa nak makan. Most of the people bought that cake. ‘Bersepah’ atas meja. Memang best ker? I’ve never tried before.
Okay2..nak rasa jer..
Segarpu
Dua garpu
Tiga garpu
Bergarpu-garpu
Last sekali,
Licin…
Hahahhaa..Tak sempat nak bungkus dah abis. Serious sedap aaarr..
Like eating cake and chocolate together at the same time.
Unique!
Ooppss..Indah ada meeting pukul 2 and 1.45 still ada kat Ikea. Bagus la tu. Kang lambat masuk meeting..Apa lagi, bergegas la balik. And the prezzies???????
Mane beli.
Minggu depan still ada. Nasib baik sempat lagik. Huh. Kek punya pasal sampai tak sempat cari hadiah.
Tapi, serious ni..nak kasi ape??
Memori bersama kalian
November 18, 2008
Tadi boleh pulak layan Facebook. Wah..Banyaknyer Iliyas post photos. Waaaaaaaaa.. Semua gambar2 masa study. Ni memang kasi aku imbau kisah silam ni. Tangkap sentimental.
Dulu2 semua orang gila camera. memang obses. Selalu jadi mangsa, camera Nyzem. Masa tu, dia sorang je pakai Sony. Camera Nyzem, camera kami juga..
Ada certain gambar pun tak ingat bile.. Tapi, muka aku ada. So, recall punya recall….Ha…baru ingat.. Aduh..ni baru baper tahun tinggalkan UiTM..dah hilang ingatan..
Masa study kat UiTM Shah Alam, aku aktifla jugak. Banyak la kawan2. Semua best2.. Tapi, aku paling happy masa Part 1. Tapi, gambar masa Part 1 takde dalam collection Iliyas sebab aku tak kawan pun dengan dia. Kah kah kah. Sebab dia senior. Aku baru kenal2 senior bile jadi committee APAcS. Budak profesional baper kerat pun sangat kan. Masa tu, satu batch ada dua kelas. Ke hulu, ke hilir budak sama jugak. Semua bertempek kat Level 14, Menara Sultan Abdul Aziz Shah. Makan, belajar, tido semua situ.
Seronok ar bile kenang2 balik. Aura 14 memang budak 14 je tahu. Hikhik. Ala..semua orang pun ada kisah masing-masing kan?
Bile ingat mesti rasa lawak. Ye..memang lepas ni, takde nak kumpul ramai2 dah. Even sekarang pun dah bersepah sana sini. Bukan semua stil keep in touch. Semua ada life masing2. Owh. Betapa rindunya aku dengan zaman itu. Tangkap leleh kejap
Gambar di atas, punya aku fikir…’weh..ni gambar bile weh..apesal semua lawa2 jer..’..baru teringat. Itu adalah sewaktu wedding di rumah Ezrin di Bangi. Dari kiri Aida, Asma, Yaya, saya, Ejat, Fadhil dan Ezrin.
Gambar ni pulak kat depan hospital. Masa ni pegi melawat mak fadhil. Dari kiri Soraya, Aida, Iliyas, Nizam, Ejat, Arham, Bakh, Asma , Fadhil , Oja dan saya.
Aku mula2 tengok gambar ni…dalam hati cakap “woii…makan tak ingat aku..makan satay pulak…”..usya betul2..eh, aku ada laaaa…sebelah Iliyas. Ni biler ni? Aku tak ingat..Apesal pegi makan satay??.. Aku pun tak ingat jugakkk..gagagagugugu
Yang di atas adalah tempat study kami. Namanya ‘meja bulat’. Kadang2 je study kat situ. Selebihnya merempat di dalam BK. Nampak ada banyak buku atas meja bulat? Rajin betul. Hawa…kantoi la..ko tengah gayut dengan sapa??? Haha. Masa ni nak dekat exam kot. Sama macam time2 sekarang ni. So, aku kene study. Move..Move…!!!
When will i start to gain momentum?
October 16, 2008
Aku penat. Kepala pun sakit. Pelik ar. Ni dah mula selsema, jadi nya tu tanda2 nak demam kan? Oh tidak. Bile malam je macam ni. Mungkinkah cuaca di luar sana mempengaruhi keadaan aku? Aku tak pasti.
Tengah hari sikit punya panas. Balik dari ofis, petang2, hujan lebat. Toksah cakap la. Jalan confirm2 la jem. Dah seminggu macam ni. Sejuk je perasaannya dan aku rasa lembap.
Tadi aku pegi One Utama. Dinner with a chinese guy. Let me call him as D. Aku tak ingat dia sekelas dengan aku bile. Tapi, dia classmate aku masa darjah 6Ungu. Wah. Borak macam2. Dari satu topik ke satu topik. Sambil borak, sambil makan. Lepas tu jalan2. He bought some stuff. Lepas tu aku balik lor..Dah malam. D, thanks belanja aku tadi. Next time, turn aku pulak.
Sampai rumah, aku boleh lak terlelap depan tV. Dan lagu ini mengejutkan aku
Aku bangun, pegi setel2 semua..Ye..Ni dah setel2 semua, apa lagi..berblog la aku.
Google Yellowcard – only One..Dapat, pastu terus tengok kejap. Buat aku rasa jiwang walaupun lagu ni bukan lagu meleleh2. Haha. Boleh tido lepas ni. Nite
Pasangan dua sejoli
October 6, 2008
Sekarang jam di laptop Huda tepat 11.08 malam. Wah. Dah nak tengah malam. Paling best, aku pakai baju kurung yang dipakai dari pagi tadi. Maknanya aku tak mandi lagi. Buruk perangai. Hmm..
Kejap2. Tengah tunggu turn laaaaaa..
Lepas balik keje, terus shoot pegi Mid Valley. Michelle msg ajak jumpe. Dia nak wat small gathering untuk budak Mad Jiwa. Aku terpikir dah lama tak keep in touch dengan diorang. So, pegi je la. Aku taknak balik rumah lagi sebab tak boleh tengok TV. Mati kutu. Argh.
Jumpe kat MCD patutnya pukul 7 tapi aku sampai lambat sket. Federal jem, biasa la. Aku redah jugak. Nana teman aku.
Michelle, Chitraa, Maria, Alin, Eli, Shukri, Azirul, Chaman and Meme. (Teruknya, ada yang aku tak ingat nama penuh diorang..Erk…)…Dah 8 tahun tak jumpe. Lama giler. Patut ar pun.
Semua dah excited nak kawin. Aku dapat 3 kad jemputan. From Chitraa, Maria and also Syukri&Alin. Congrats to them. Semoga majlis berjalan lancar. Actually, tarikh tu sama dengan wedding kawan2 kat area Perak. So, aku tak decide lagi nak pegi yang mana…
Umur dah 25. Standard la kawan-kawan sebaya nak move one step ahead. Dah bersedia, ada calon yang sesuai, duit cukup…apa lagi yer…
Aku?…Erkkk….Aku mandi dulu…tata







