20 tahun yang lalu
November 10, 2009
Pagi tadi masa nak ke office, macam biasa akan dengar radio.
Bile dengar DJ bebel, terus sengeh sorang-sorang macam kerang busuk di kala jalan sesak yang amat sangat.
Topic pagi ini buat saya ingat balik masa kecik.
“What was you educational series when you were small?”
Wohooo.. Ada banyak kot..
Setiap hari Sabtu pagi-pagi bangun awal sebab nak tengok tv.
Sweet memories dengan kakak
Dan salah satu daripadanya ialah Elephant show
Di Putrajaya yang panas
August 18, 2009



MSC MALAYSIA COMMUNITY CARNIVAL- NETBALL
KOMPLEKS SUKAN TAMAN PANCARONA,
PRECINCT 18, PUTRAJAYA
8 AUGUST 2009
9 AM - 1 PM
Semangat main netball…I had so much fun that day..HUweeee
PROMOSI HEBAT!!! Cik Kin oh Cik Kin..
August 14, 2009
Saya dengan rasminya telah menjadi Kaki Promo untuk blog Cik Kin
Cik Kin..ohhh Cik Kin..Sila beri diskaun untuk saya dan pembaca dari blog saya wohhh (macam ada ribu-riban je kan…)
Kenapa perlu click di sini?
Salah satu sebab utama, sekarang H1N1 sedang menular.. Jadi, duduk diam-diam depan laptop dan boleh shopping dengan selamat di Kedai Cik Kin
Antara dua
April 23, 2009

Jessica Alba

Jun Ji Hyun

Jessica Biel

J Lo
4 Wanita yang nama mereka mula dengan huruf J!!!
Tidak disangkal lagi
Kamu glamour
Kamu cantik
Kamu hot
Kamu seksi
Kamu menawan
Yang paling penting..
Kamu punya body yang bagus
Kamu punya body yang FIT
Ye..
Itu yang sebenarnya mahu saya tekankan di sini
(Fokus pada perut aaarr…bukan pada muka okay)
Saya cuba la ni
Tak dapat muka yang selawa kamu
Dapat perut sekempis kamu pun..
Orait ape…
Olivia flat warna merah menyala
April 13, 2009

Nak yang ini..
Nak yang ini….
Sangatlah striking
Apesal merah???
Outstanding sangat…

Tapi bila pakai..
Amacam?
Lawa tak?
Lawa ke tak???
Ke..Lawak??

Dari jauh, dah boleh nampak kan??..
Tak kisah la lawa ke lawak ker
Saya suka
WINK
***
Keluar masuk kedai CROCS dah berapa kali
Dah akhirnya,
Semalam..
Angkat terus
Pasni, takmau masuk kedai CROCS dahhhhhh
Saat-saat begini amat romantik.
December 9, 2008

Amacam?
Sweet tak?
Hadiah perkahwinan? Serius ni..
November 21, 2008
It’s Friday dan semua orang sangat gembira. Ada Monday fever.. Ada juga Friday fever. Sebab esok cuti, semua datang keje, muka ceria je. Including me and Indah (my team lunch). Pagi2 buta, kami berdua sudah Sametime (internal medium berkomunikasi macam YM).
Ajak Kay jugak tapi parent dia datang dari Kedah. So, berjalan dengan Indah sudey. Kay, next week la. Hari Jumaat boleh keluar lama sikit. 2hours UNofficial. Tapi, semua org buat macam official je. Haha.
Dalam masa terdekat ada 3 wedding. Semua bakal pengantin is quite close with me and i’m thinking of buy something for them. Ermm..Let see.. Nak beli apa? Seriously, idea takde.
Suddenly ‘WinKWinK’
Idea datang la…
I remember, masa dalam lift yesterday, i saw Ikea’s catalogue yang dipegang oleh staff kat sini. Jeling2 je la yang boleh. Ish. Macam tak puas hati je sebab ternampak ada benda yang menarik. “Nak tengok jugaaakk..” Tapi, dalam hati je la kan..
I decided to ask Indah memandangkan takde plan nak pegi makan mana, why not kita jalan-jalan kat Ikea…
Taraaaaaa…kami datang ni..

Bile cari parking kitorg suka buat macam ‘histeria’. Dah dapat parking..dan happy.. Tapi kegembiraan hanya sementara.
Indah : Iza, takleh park sini laa…Ni untuk family. Tu… Signage ada kat bawah..Nampak tak?
Me : Port ni dah cun dah la..Dekat dengan entrance. Besides, I pun ada family jugak, tapi semua kat rumah
Indah & Iza : kahkahkahkahkahkah
Me : Dahla, i cari parking lain. Kesian kat budak2 if parent diorang park kereta jauh2 and they have to walk jauh2..
(Giler bersikap keibuan..hahahaha..Bukan2..ni kesedaran sivik di hari Jumaat la
)
Finally dapat parking and terus masuk ikea..
Lawa kan living room dia? Ala..tak sempat berangan pun tadi… My mission is to buy prezzies for the wedding. Tapi, banyak pulak pit stop. Kejap2 tengok sofa. Kejap2 tengok kitchen. Kejap2 tengok almari. Kejap2 tengok benda2 cute..
Tadi ter’jakun’ dengan benda2 kat Ikea because few things tak tahu pun apa function dia.. I asked Indah and she also dont have any idea apakah itu..Duh..takde description ar..
‘Blur2′
Erm.. today is Friday, apesal la ramai orang?. Ouh..School holiday..No wonder many kids berkejaran sana sini..
Both of us had ‘vegetarian pasta’. Sedap? Boleh tahan la. Suit with the price of RM5. Queue sangat sangat panjang kat kaunter. Kami masih bersabar…
Sebabnya kami bersabar…
Indah is mengidam craving for the cake.
Dan selesai saja makan pasta, Cake tu betul2 buat i rasa nak makan. Most of the people bought that cake. ‘Bersepah’ atas meja. Memang best ker? I’ve never tried before.
Okay2..nak rasa jer..
Segarpu
Dua garpu
Tiga garpu
Bergarpu-garpu
Last sekali,
Licin…
Hahahhaa..Tak sempat nak bungkus dah abis. Serious sedap aaarr..
Like eating cake and chocolate together at the same time.
Unique!
Ooppss..Indah ada meeting pukul 2 and 1.45 still ada kat Ikea. Bagus la tu. Kang lambat masuk meeting..Apa lagi, bergegas la balik. And the prezzies???????
Mane beli.
Minggu depan still ada. Nasib baik sempat lagik. Huh. Kek punya pasal sampai tak sempat cari hadiah.
Tapi, serious ni..nak kasi ape??
Bila Ikan di depan mata Kucing.
November 13, 2008
Perempuan ..bile nampak kucing depan mata, selalu nak pegang2, belai2..Tambah2 kucing yang comel dan gebu2. Automatik terus jadi manja.
Housemate aku, ada dua orang yang ‘gila kucing’. Bile pegi rumah orang, nampak kucing je, mesti berkobar-kobar nak bawak balik. Dalam perjalanan pulang, dalam kereta lagi aku akan dengar diorang yang ‘gila kucing’ ni cakap… “Eeee….comel nyer. Rasa macam nak bawak balik jer. Cute sangat..Bestnya ada kucing kat rumah..Nak kucing jugakkk… bla bla bla..”
Dan aku akan menyampuk sket2…”Alaa…Sapa nak basuh berak dia??”
Housemate aku akan betah dan cakap macam-macam. Pasir ada. Takde bau. Kucing berak atas pasir tu nanti.
Dalam kepala masa tu, terus terbayang kucing berak atas carpet, atas tilam, kat dapur dan merata-rata tempat dalam rumah. Ye la. Kucing rasa nak berak, dia berak kan? Bukan boleh tahan2. Owh. Sungguh kurang enak sekali. Aku mesti down jika ianya berlaku.
Pelik ke aku kalau aku tak suka kucing? Tak sentimental langsung kan? Takde ciri-ciri perempuan yang penuh kasih sayang?..Nak buat macam mana.. Aku dah memang macam ni. Aku suka tengok2 jer. Nak bela sendiri, baik aku bela anak orang. ( Cakap boleh la..anak orang ke, anak kucing ke…aku tak ready lagi la..)
Bunyi macam aku tak nak commitment ker? Sudah..Pandai2 je buat spekulasi…Hik hik..
Jom2, berbalik pasal kucing dan perempuan. (Serius la sket).
Kat rumah ada kucing hitam yang muka nye penyek dan berbulu kembang. Dia kucing parsi ker? Gen aku tak pasti la plak. Tapi, mungkin ye. Semua orang cakap dia comel (wp dia hitam). Siapa cakap kucing hitam menakutkan? Nama dia Salem. Yang tu nama glamer, sebab ala2 kucing Sabrina The Teenage Witch. Kan ada kucing hitam kan?
Tapi, sebab dia ni ada kat Mesia, so panggil dia Salim. Hitam manis. Sebab tu menawan you all…
Tadi lepas makan, lalu nak pergi Watson. Entah macam mana, nampak guni2 dalam kedai. Eh, ape ni?.. Kedai cantik, tapi ada guni2. Indah (team lunch) aku selamber pulak masuk kedai tu. Oooo…Banyak nye barang2 kucing. Ada ubat la, pasir la (yg dalam guni tu), makanan la, kucing hidup yang gemuk, bersih dan cantik pun ada jugak.
Rasa excited nak beli makanan kucing. Tanya Indah..”Eh, yang ni sedap ker? Yang ni ok ker?” Masa tu, aku rasa dia ada rasa nak sepuk aku..Yela..Aku pegi tanya makanan kucing ape kes. Dia bukan pernah rasa pun.
Aku call Nana (housemate ‘gila kucing’)..Nak beli apa untuk Salim? Nana cakap, aku tak tahu la sebab aku tak tengok. Beli la satu tin jer.
Aku amek 2 tin. Alang2 dah beli kan?
Amacam? Nampak macam sedap tak? Memang aku beli sebijik yang macam dalam gambar tu..Aku ada beli lagi satu yang stick. Mahal la wei. Kopak macam ni. Even lepas discount pun, harga semuanya lagi mahal dari makanan lunch aku. Kopak beb..Kopak..
Tapi ok, sekali sekala aku treat Salem apa salahnya. Dia ar teman aku if budak2 rumah semua ada hal.
Tadi aku cakap aku tak suka kucing kan?
Ni usaha aku nak jadi sentimental la ni ;P
…………………………………………….
Silalah layari www.fussiecat.com kalau nak tau lagi pasal hal ehwal kucing
Rumah terbuka macam wajib buat setiap kali raya
October 28, 2008
Dah habis ke?
October 14, 2008
Agak-agaknya kuih raya ni ada lagi ke kat rumah? Tapi, rasanya kek2 tu semua dah abesss..
Bile semua orang duduk rumah tengok TV, siapa nak habiskan semua kuih2 tu?
Tak semestinya tengok TV je kan? Kalau main game pun malas nak keluar rumah jugak. Balik raya hari tu, aku memang berehat sakan. Salah satu perkara yang membawa erti berehat bagi aku ialah main game. Semangat pegi beli game baru sebab tengok Adan dengan Adik main. Aku pun nak jugak!!. Game yang diorang main aku memang tak layan. Nama pun aku tak tau. Nampak sangat aku tak amik port. Yela, dok perang-perang. Defend la, apela. So, beli cd Pet Pals Animal Doctor.
Sebenarnya nak main Yahoo Games tapi DVD tertinggal pulak. Nak beli cd game stok2 Yahoo games tu rasa macam rugi jer sebab yang kat DVD t u aku tak abis main lagi semua. DVD Tychoon pun tertinggal. So, before ni dah jadi pembuat kek yang berjaya, kali ni aku nak jadi doktor haiwan. Cewahh. Game ni bagusnya sebab bagi aku memahami haiwan-haiwan. Aku bukan penggemar haiwan. Kucing ke, arnab ke, kuda ke, serangga ke…aku tak minat. Selalu tengok2 macam tu je la. Lepas main game ni, baru la faham sikit2.
Aku react betul2 macam doktor. Dapat je ‘patient’, then kene examine dulu, pastu banyak la step2 kene buat before bagi ubat. Ye la, kene tau simptom2 sakit apa dulu kan.
Yang paling best pasal info yang aku langsung tak pernah tahu selama ni. Vocab2 baru pun banyak.
Ni la keje aku masa cuti raya. Menarik ape..














