Study macam dah takde esok..Study macam esok yang exam..

WOHA

Jadinya, break kejap. Seharian bergulingan dengan buku. Rest kejap..Rest!!! RESTTTTT!!!

Dah malam..Makannye belum..

Elia pegi call abang pizza please..

Semangat dia call sebab dia lagi lapar

Saya yang layankan ajer. Apa pun bole asal makanan.Dang!

pizza

 

pizza Seafood

Tu la tempat makan. Tu la tempat study.

Dah dah..Perut dah kenyang, pizza dah turun,

Time sambung study balik!!! 

 

 

I’m counting the days..

8 hari lagi nak exam :(

6 hari lagi orang dirindui pulang :)

13 hari lagi majlis pertunangan kawan baik ;)

 

Inikah namanya?

February 12, 2009

Aku mengalami masalah tidak dapat menahan nafsu makan Pagi tadi sudah makan nasi lemak. Bajet taknak makan tengah hari. Tapi, atas desakan team lunch yang sangat best, aku tewas juga. Amik…Asam laksa semangkuk..Dan selepas 2 jam kemudian, aku rasa macam nak makan lagi. Milk chocolate digestive yang ada atas meja panggil2 aku…….Ye, aku pasrah aja lalu bukak plastic dan makan.makan. dan makan. Oh, dah tiga keping.

Aku boleh je makan untuk keping yang keempat.

“Jat, tenang jat.. Makan banyak2 pun, akan still lapar lagik.”

Apa dah jadi dengan perut aku??

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sarapan pagi seawal jam 8

January 30, 2009

Hari ini semangat nye lain macam untuk ke ofis. Mana taknye, semalam petang sudah plan dengan Nurul dan Indah untuk breakfast bersama-sama. Mula-mula itu hanyalah cadangan sahaja. Tetapi setelah di cabar oleh Kay, memang kitorg kene prove juga. Kalau breakfast tak jadi, Kay akan gelak kuat-kuat pada kitorg bertiga.

Sebenarnya bukan nye nak sangat breakfast kat luar. Tapi, Kay dah bakar-bakar, dah racun-racun…Mana tahan..Lalu, seawal jam 8 pagi sudah berada di perkarangan tempat letak kereta. Aku naik on laptop semua, lalu turun.

Nurul drive menuju ke kedai Kayu di Dataran Prima.

kayu nasi kandar

Standard menu masyarakat Malaysia untuk sarapan pagi; Roti canai dengan Teh ais.

teh ais dan roti canai

Memang sempat berposing sebab nak tunjuk bukti pada Kay.

 

us

Kami sms dia, namun dia tak reply. Berkemungkinan besar, dia sedang tidur. Ye la. Mana ada orang datang awal-awal hari Jumaat. Ofis kosong sebab kebanyakannya masih cuti.

Sebelum jam 9 dah sampai ofis balik. Puas hati sebab kenyang dan berjaya untuk datang awal ke ofis.

Dan paling penting, kami bertiga akan gelakkan Kay..

Keadaan di luar masih hitam legam

Jam 4 pagi

Mana la tak gelap

Semua orang masih sedang nyenyak tidur

Dan aku

Pusing kanan

Pusing kiri

Tapi tidak boleh lelap

Perut sakit

Sebab tak makan malam

Dan sekarang

Inilah akibatnya

Perut tak selesa

Hingga aku terbangun dari tidur

Sekejap lagi

Bile dah nampak matahari

Aku pegi kedai beli Yogurt

 

Kepada matahari, cepat-cepat la keluar hari ini..

 

It’s Friday dan semua orang sangat gembira. Ada Monday fever.. Ada juga Friday fever. Sebab esok cuti, semua datang keje, muka ceria je. Including me and Indah (my team lunch). Pagi2 buta, kami berdua sudah Sametime (internal medium berkomunikasi macam YM).

Ajak Kay jugak tapi parent dia datang dari Kedah. So, berjalan dengan Indah sudey. Kay, next week la. Hari Jumaat boleh keluar lama sikit. 2hours UNofficial. Tapi, semua org buat macam official je. Haha.

Dalam masa terdekat ada 3 wedding. Semua bakal pengantin is quite close with me and i’m thinking of buy something for them. Ermm..Let see.. Nak beli apa? Seriously, idea takde.

Suddenly ‘WinKWinK’

Idea datang la…

I remember, masa dalam lift yesterday, i saw Ikea’s catalogue yang dipegang oleh staff kat sini. Jeling2 je la yang boleh. Ish. Macam tak puas hati je sebab ternampak ada benda yang menarik. Nak tengok jugaaakk..” Tapi, dalam hati je la kan..

I decided to ask Indah memandangkan takde plan nak pegi makan mana, why not kita jalan-jalan kat Ikea…

Taraaaaaa…kami datang ni..

ikea

Bile cari parking kitorg suka buat macam ‘histeria’. Dah dapat parking..dan happy.. Tapi kegembiraan hanya sementara.

Indah : Iza, takleh park sini laa…Ni untuk family. Tu… Signage ada kat bawah..Nampak tak?

Me : Port ni dah cun dah la..Dekat dengan entrance. Besides, I pun ada family jugak, tapi semua kat rumah

Indah & Iza : kahkahkahkahkahkah

Me : Dahla, i cari parking lain. Kesian kat budak2 if parent diorang park kereta jauh2 and they have to walk jauh2..

(Giler bersikap keibuan..hahahaha..Bukan2..ni kesedaran sivik di hari Jumaat la :P )

 

Finally dapat parking and terus masuk ikea..

 

livingroomg

 Lawa kan living room dia? Ala..tak sempat berangan pun tadi… My mission is to buy prezzies for the wedding. Tapi, banyak pulak pit stop. Kejap2 tengok sofa. Kejap2 tengok kitchen. Kejap2 tengok almari. Kejap2 tengok benda2 cute..

Tadi ter’jakun’ dengan benda2 kat Ikea because few things tak tahu pun apa function dia.. I asked Indah and she also dont have any idea apakah itu..Duh..takde description ar..

‘Blur2′

 

Erm.. today is Friday, apesal la ramai orang?. Ouh..School holiday..No wonder many kids berkejaran sana sini..

 

ikea cafe

 Both of us had ‘vegetarian pasta’. Sedap? Boleh tahan la. Suit with the price of RM5. Queue sangat sangat panjang kat kaunter. Kami masih bersabar…

vegetarian pasta

Sebabnya kami bersabar…

Indah is  mengidam craving for the cake.

daim cake @ ikea

 Dan selesai saja makan pasta, Cake tu betul2 buat i rasa nak makan. Most of the people bought that cake. ‘Bersepah’ atas meja. Memang best ker? I’ve never tried before.

Okay2..nak rasa jer..

Segarpu

Dua garpu

Tiga garpu

Bergarpu-garpu

 

Last sekali,

Licin…

 

Hahahhaa..Tak sempat nak bungkus dah abis. Serious sedap aaarr..

Like eating cake and chocolate together at the same time.

Unique!

 

Ooppss..Indah ada meeting pukul 2 and 1.45 still ada kat Ikea. Bagus la tu. Kang lambat masuk meeting..Apa lagi, bergegas la balik. And the prezzies???????

Mane beli.

Minggu depan still ada. Nasib baik sempat lagik. Huh. Kek punya pasal sampai tak sempat cari hadiah.

Tapi, serious ni..nak kasi ape??

Kucar kacir perasaan. Pagi tadi aku bangun agak awal kerana sudah tidak boleh tidur lagi. Aku terbayang-bayang roti canai dan teh tarik. Best nyer. Disebabkan tidak mahu menikmati breakfast keseorangan, aku lupakan saja hasrat pegi ke mapley.

Awal lagi, perut tak bunyi2 pun. Dah biasa tak breakfast sebab tak sempat kalau hari kerja. Hari ini, hari cuti dan nak kata tak sempat tu memang tipu la. Alasan makan seorang kadang-kadang buat nafsu makan aku terbantut. Entah bile sikap ini akan hilang jauh-jauh dari aku.

Kemudian aku dapat panggilan. Oh. Undangan makan tengah hari dengannya membuatkan aku bersemangat untuk pergi mandi. Lepas setel semua2, aku tunggu sambil melayari internet. Aku tunggu sambil tengok tv. Aku tunggu sambil makan asam. Aku tunggu sambil aku melayari internet balik. Beberapa jam jugala aku tunggu.

Dan akhirnya telefon ku berbunyi. ’Tak sempatla nak jumpe u’… Aku sangat kecewa. Aku rasa macam nak jerit2 je. Tapi aku tahan. Bile lapar, orang usik sikit mula la naik angin kan. Ni memang ketara kat aku. Tapi, aku masih boleh bersabar. Muka ni bajet2 kool ajer depan laptop. Tapi hati dah haru biru.

Perut aku lapar sebab tunggu orang yang janji tapi tak tepati janjinya. Selamber cakap nak makan dengan aku lepas tu cancel? Aduhh…

Tahu dari awal, aku pegi je makan kat mapley. Sekarang 1.30 petang, takkan la nak makan roti canai dengan teh tarik. Ape hal?

Dah habis ke?

October 14, 2008

Agak-agaknya kuih raya ni ada lagi ke kat rumah? Tapi, rasanya kek2 tu semua dah abesss..

Bile semua orang duduk rumah tengok TV, siapa nak habiskan semua kuih2 tu?

 

Tak semestinya tengok TV je kan? Kalau main game pun malas nak keluar rumah jugak. Balik raya hari tu, aku memang berehat sakan. Salah satu perkara yang membawa erti berehat bagi aku ialah main game. Semangat pegi beli game baru sebab tengok Adan dengan Adik main. Aku pun nak jugak!!. Game yang diorang main aku memang tak layan. Nama pun aku tak tau. Nampak sangat aku tak amik port. Yela, dok perang-perang. Defend la, apela. So, beli cd Pet Pals Animal Doctor.

Sebenarnya nak main Yahoo Games tapi DVD tertinggal pulak. Nak beli cd game stok2 Yahoo games tu rasa macam rugi jer sebab yang kat DVD t u aku tak abis main lagi semua. DVD Tychoon pun tertinggal. So, before ni dah jadi pembuat kek yang berjaya, kali ni aku nak jadi doktor haiwan. Cewahh. Game ni bagusnya sebab bagi aku memahami haiwan-haiwan. Aku bukan penggemar haiwan. Kucing ke, arnab ke, kuda ke, serangga ke…aku tak minat. Selalu tengok2 macam tu je la. Lepas main game ni, baru la faham sikit2.

Aku react betul2 macam doktor. Dapat je ‘patient’, then kene examine dulu, pastu banyak la step2 kene buat before bagi ubat. Ye la, kene tau simptom2 sakit apa dulu kan.

Yang paling best pasal info yang aku langsung tak pernah tahu selama ni. Vocab2 baru pun banyak.

Ni la keje aku masa cuti raya. Menarik ape..

Tu mak tengah lipat-lipat daun palas. Saja testing. Next raya maybe boleh buat. Aku pun join jugak la kan. Mula-mula tengok, then mak suruh belajar..okayla..aku cuba. Anyam daun palas ni lagi senang dari anyam daun kelapa. Erm..sampai sekarang aku tak reti-reti lagi nak anyam ketupat nasi… Daun2 tu tak lekat kat tangan. Rasanya setiap raya bile mak anyam, aku buat jugak. Tapi tak pernah jadi. Haha. Kali ni cuba benda lain, sep baik menjadi gak.

Yang ni ketupat daun palas. Aku yang buat. Kire okayla kan. In case nak makan ketupat, aku boleh buat. Tapi, lagi senang beli je yang instant. hehe.

Uish..aku baru buat satu, tapi mak, kakak dan abang ikram dah buat banyak. Ye la. Aku boleh plak amik2 gambar ketupat tak siap ni. Macam mana nak cepat siap nyer.

 

Aku suka makan ketupat pulut dengan rendang daging. Layan seh. kalau ketupat nasi, makan dengan kuah kacang. Korang suka makan yang mana? Tapi, elle cakap kalau kat belah2 kelantan, ketupat pulut tu makan macam tu jer sebab dah ada inti/ sambal/ rendang kat dalam. Erm. Ye ek? Tak penah pulak aku cuba. Sama ke rasa dia? Hmmm..

 

Raya kali ni, banyak nye open house. Open department pun banyak jugak. Hari-hari makan macam2. Last weekend, ada 3 open house. Rumah Ezrin, Asma dan Una. Tapi, aku sempat pegi rumah Una jer. Masuk kali ni, dah 2 tahun tak jadi pergi rumah Asma. Next year, rasa-rasanya dia nak ajak aku ker??? Erkk…

 

Mamak pagi.Mamak malam.

September 15, 2008

Mamak atau Mapley.

Malaysia cukup sinonim dengan kedai2 ini. Tumbuh bak cendawan. Kat mana2 jer ada kedai mamak. Kat KL, bersepah. Tapi, kat Indon takde. Teh tarik pun takde. Isk..

Kawan2 aku, ada yang tak suka makan kat mapley. Diorang cakap tak bersih. Bukan melayu yang masak. Semuanya mamak. Ada setengah tu memang pure India tapi keje kat kedai mamak. Cakap bahasa melayu pun tak reti. Ape kes?

Apa2 la tanggapan orang pasal mamak, aku selalu jugak makan kat kedai mamak.

Kenapa?

Mapley adalah port yang sangat bagus untuk berborak atau melepak dengan kawan2. Mapley Hakim kat Section 7 Shah Alam tempat favourite la. Time tu zaman belajar, so, kat situ, Nasi 36 jadi pilihan. Ye la. Bajet2 sebab nak makan. So, kat Hakim, dengan RM3.60 dah kenyang. Cukup Nasi putih, Ayam goreng dengan kuah campur. Ha.. kalau nak jimat lagi, order dengan air kosong..sebab free. Hehe

Syed, Khalifah, Nashmir, Kayu, Pelita…tu mamak2 yang glamour..

 

Ye la..Nak melepak kat Starbucks ke..Coffee bean ke..mana mampu. Agak2 la kan. RM10 baru dapat air secawan. Tu macam boleh 5 kali pergi makan kat Hakim. Teh Ais Hakim best. Diorang cakap mamak ni taruk ’something’ kat makanan/minuman dia. Sebab tu kedai dia banyak orang datang. Macam addict je. Itu, aku x pasti. Pandai2 je buat citer.

Sebenarnya, dengan servis yang bagus, makanan yang murah dan ok, ramai je orang datang makan.

Erm…Kat kedai mamak, kalau duduk 5 jam pun, xde sapa nak halau.

 

 

Aku tak dapat bayangkan berapa kilometer sehari ‘ane2′ kat mapley ni berjalan dek karenah pelanggan. Yang ni dari pemerhatian aku tentang pelanggan dan juga pekerja di Mapley

 

Mula2, korang datang pastu ‘ane’ lap meja. Amik order. Dia tanya nak makan ker. Korang jawab, kejap lagi. Order air dulu.

‘ane’ datang bawak air yang korang pesan. Korang borak2, pastu baru ada idea nak makan apa.

Panggil ‘ane’ amik order. ‘Ane’ anta order, pastu bile makanan dah siap, ‘ane’ anta kat meja korang.

Time tengah makan, tiba2 rasa mulut comot. Panggil ‘ane’ mintak tisu.

‘ane’ antar tisu kat korang. Then, korang sembang2 lagi

Pastu, lelaki2…lepas makan, selalunya nak smoke. Korang panggil ‘ane’ sebab nak lighter.

‘ane’ datang kasik lighter. Korang smoke lagi..sembang2…pastu, air dah abis. Korang panggil ‘ane’..mintak air kosong.

‘ane’ datang bagi air kosong. Korang borak2 sampai air kosong abis. Korang nak blah. Tapi, kene bayar dulu kan? Korang panggil ‘ane’ lagi…

Kira. Tapi asing2. Ada yang makan RM3.70. Tapi bagi RM4. Ada yang makan RM7.30. Bagi RM10. Jadi, ada balance 3posen. Ada balance RM2.70.

‘ane’ kene ingat semua balance2. Tu baru 2 orang, kalau 10 orang? Lu pikir la sendiri…

‘ane’ pegi kaunter, pastu datang kat korang, bagi duit balance masing2.

 

Lenguh la jadi ‘ane’. Bile aku tulis, baru sedar betapa banyak songeh nye karenah orang termasuk aku jugak. Erk…

 

Entri ni aku tulis sebab semalam masa bersahur, aku makan kat mapley. Fariz Maju. Malam pulak makan kat mapley Insaf. Insaf Maju. Semua mamak kene ada Maju kat belakang ar patutnya sebab memang maju. Haha.

Tepat jam 11.45 pagi, salam mak, abah n adan..Adik dah pegi tuition. Tapi dia jumpe aku dulu. Aku start kereta kakak yang baru ditukar speed sensor untuk kali kedua. Kereta kakak aku pandu dengan hati2.

Berhenti isi minyak dekat Shell. Tak sampai 3km dari rumah. Tank separuh lagi. Tapi aku nak isi jugak. Malas nak berhenti tengah jalan. Encik Smiley pun ada jugak dekat Shell. Aku ucap Selamat Jalan dan Selamat Tinggal..dan kata2 terakhir aku..Semoga kita berjumpa lagi..

Di traffic light depan Petronas Seri Manjung, aku belok ke kanan..Encik Smiley belok ke kiri… Aku masih memandu kereta kakak dengan berhati2..

Tak sampai 10 minit, aku naik rimas. Kereta kakak macam tak suka dengan aku. Kan aku dah tukar speed sensor..apehal lagi??. Tapi, aku buat bodo aja sebab aku takde pilihan. Takkan aku nak patah balik tukar kereta? Malas la..Tapi, aku bengang betul sebab perasaan tak selesa semasa memandu.

Aku pandu agak laju sebab tensi kereta kakak buat hal. Sekejap aku guna Auto. Lepas tu tukar Manual. Aku pun tak tahu kalau2 kereta kakak kene saman. Aku tunggu saja surat cinta dari Pak Polisi. Sepatutnya 60km/hr tapi aku memandu dengan 110km/hr. Aku ikut jalan biasa sebab tak nak bayar tol. Tapi, kalau aku kene saman…duit nak bayar saman lagi banyak daripada bayar tol. Aku sedar tapi aku dah tak tahan. Aku tekan je pedal minyak ikut suka aku.

Dalam masa 3jam, aku dah sampai Bangsar.

Aku puasa. Tapi, tahap kesabaran aku agak tipis semalam. Cuaca agak panas. Langit cerah..Tak pula menangis seperti selalunya.  

Hajat dihati, aku mahu tidur sampai petang. Tapi, aku tak boleh tidur. Aiyaaakk.. Badan aku betul2 penat. Kepala pun berat. Hmmm.. Dugaan..

Pukul 5 petang, aku bersiap2..Kan dah janji nak buka puasa sama2. Ini plan sebelum puasa lagi. Nana dah book tempat untuk kami semua. Hati berkocak keriangan bile teringat kawan2 yang sudah lama tak jumpa.

  1. Nana
  2. Eve
  3. Elle
  4. Asma
  5. Huda
  6. Anas
  7. Bakh
  8. Lan
  9. Hazim
  10. Una
  11. Yaya
  12. Nabila
  13. Mubin
  14. Ila
  15. Rahim
  16. Iliyas
  17. Ezrin
  18. Fadhil
  19. Izatul

19 orang kesemuanya…Ramai jugak. Macam reunion.. Berbuka puasa dengan makanan yang lazat bersama teman2 yang best. Walaupun aku agak ting tong, tapi mereka telah berjaya menceriakan keadaan aku. Update cerita masing2. Buat lawak yang ntah apa2 tapi buat aku gelak. Cerita pasal kerjaya, pelajaran, pasangan, kehidupan sekarang dan masa hadapan… Macam2 la..

Jam 10malam, semua orang pulang ke rumah masing2. Esok kan keje. Hmmm

Hati kecil berkata “Alangkah bagus jika dapat turn back time…tak payah bangun awal2 sebab kelas start pukul 10…Pukul 9 baru bangun”.. Tapi tu semua tak kan berlaku lagiiiiiiii