Sambil mengadu kat blog ni, layan lagu Soko……….

 

Ya Allah, apalah ujianMu hari ini

Dari awal pagi hingga lewat petang

Macam-macam

Saya sakit gigi, saya sakit hati, saya sakit otak

 

Saya nak raya laaa

Saya taknak kerja sungguh-sungguh lagi

Saya nak raya mood ON Jumaat ni

Tapi tak boleh kannnnn

Sebab hal tadi, saya melarikan diri dari ofis

EMERGENCY

Tak boleh nak fokus kerja

Terima kasihla kepada orang yang buat saya tunggang-langgang itu

Saya dah rasa nak terbalik-balik tadi

Kusut dan Serabut

 

Nunu cakap muka saya dah nak nangis

(Helloo…muka tetap maintain wohhh, siap boleh buat lawak dengan neighbour cubicle Nunu lagi kan..)

Saya tinggalkan laptop kat ofis dengan keadaan ternganga

Thanks to Nunu sebab kutip laptop saya bawak balik rumah

 

Alhamdulillah semuanya setel lewat petang tadi

Esok saya kene cover kerja petang ni

Sedey sehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

 

Mahu tidur

Esok nak banting tulang lagi

 

Ya Allah, permudahkanlah segalanya..

Aminnnnn

 

 

28Ramadhan…

Salam Ramadhan

August 21, 2009

Dalam keadaan hujan lebat, saya masih cekal memandu menuju ke Kota Damansara. PPG dah setia menanti kedatangan saya dengan tabah. Bile hujan, sah-sah lapar kan. Text mereka supaya makan dulu.. Bajet nak main basketball konon..Lepas tu, aktiviti bersukan terus bertukar menjadi aktiviti makan malam di bawah bumbung Kayu Nasi Kandar. Ceyyyy. Salahkan court basah so tak boleh nak main. Nanti sakit. Lepas tu cuak-cuak risau terkene H1N1 sebab demam selsema. Ye..ye.. Semua kene berhati-hati ni..

Lepas pekena teh ais dan bihun goreng. Dah kenyang, singgah pula ke kedai berhampiran. Lalu tepi starbucks..

“Benti..Benti..Nak kopi”.. 

Lepas tu apa lagi, stranded kat Starbucks pulakkkkk..

Borak, minum vanilla latte besar sampai habis.

Sampai rumah, dah lalok. (Overdose kopi). Bukak contact lense. Pegi setel apa patut kemudian tido.

Dan, pagi ini bile nak pakai…bukak container dia…mana lagi sebelah wehhhh??? Takde!

Cari2 dalam mata kot2 terselit ke..Takde..

Dang!!!

Dah hilang la tu. Membazir wehhhh.. Terus kene pakai yang baru.

 

p/s : Esok dah start puasa. Malam ni dah start terawih :)

Salam Ramadhan untuk semua :D

Mahu tidur awal untuk bangun awal..Mata masih segar pula..Petang tadi minum Cappuccino kurang manis dan makan beberapa ketul donut mahal..Jangan malam ini tidak boleh tidur dah la..Selalunya lepas minum kopi atau nescafe atau mocha atau latte atau expresso dan semua yang seangkatan dengannya susah nak tidur. (Tapi, bila bukak je muka surat pertama buku yang berunsurkan ilmiah, boleh je menguap..huhu)..Kurang sopan sekali.

Esok pagi nak bangun awal..Cadang nye begitu la..Bangun awal..Lepas tu dengan sedaya upaya dan penuh semangat waja mahu membaca buku. Sedar diri…Exam nak dekat dah..Keje kat ofis banyak..(Jangan jadikan itu alasan semata untuk tidak study..Uwaaaaaa….)

Pegi google kat Youtube..Dengar motivasi daripada Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Salah satu daripada kata-katanya

“Apa dia GENIUS? Genius adalah sesuatu kelebihan yang Allah beri pada kita dan semua orang ada kelebihan itu. Jadi, kita perlu meneroka diri kita dan keluarkan sumber-sumber yang ada dalam diri kita untuk menjadi orang yang berjaya.

Ahmad Fadzli Yusof pula berkata ; “Membina minat terhadap apa yang kita buat”

 

Minat apa yang kita buat, teroka apa yang ada dalam diri..ye, itulah antara tips untuk berjaya

Lagu itu akan pasang pagi esok..(Tak nak baca buku lagi tak tahu la…)

Jadi, bila bangun awal, dah baca target chapter..takkan kosong  je kan? Jadi, akan reward diri sendiri. Macam ni lebih bersemangat nak bangun :)

Rewardnya ialah sarapan pagi bersama teman di ofis. Yeay…Boleh makan nasi lemak kakak parking kereta…(Dah kecur liur dah ni…nyum nyum..Sedapnya nasi lemak dengan telur goreng)

 

Mahu tidur dulu

Mahu bangun awal

Selamat Malam

(-_-)

Tersenyumlah

May 5, 2009

Iliyya Abu Madhi berkata dalam puisinya:

Dia berkata: Langit sedih dan terlihat murung
Aku berkata: Tersenyumlah!
Biar kemurungan itu ada di langit

Dia berkata: Kesamaran telah merasuk!
Aku berkata: Tersenyumlah
Dukacita tidak akan pernah kembali, sebab ia telah mati.

Dia berkata: Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku dan telah menjadi neraka jahanam.

Dia khianati janji setelah merenggut hatiku. Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?

Aku berkata: Tersenyumlah dan bersenanglah!

Kalau kau tetap bersama kesedihan, akan kau habiskan seluruh hidupmu dalam kepedihan!

Dia berkata: Perniagaan mendekati kerugian seperti seorang musafir yang hampir mati kehausan atau seperti singa yang haus darah.

Dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah.
Aku berkata:  Tersenyumlah!

Kau bukanlah penyebab kesembuhannya kecuali bila kau mahu tersenyum.

Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dengan perasaan takut, engkau merasa engkaulah pendosa itu

Dia berkata: Musuh sedang berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutiku. Bukankah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihatku?
Aku berkata: Tersenyumlah! Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka.

Dia berkata:  Musim telah jelas tanda-tandanya tergambar padaku di pakaian dan lukisan

Sedang diriku mempunyai kewajipan tehadap kekasihku namun tidak ada satu dirham pun dikedua telapak tanganku.
Aku berkata: Tersenyumlah! Bukankah kau masih hidup? Kau bukanlah termasuk orang yang tidak mempunyai kekasih.

Dia berkata:  Malam-malamku berlalu dalam kepahitan.
Aku berkata: Tersenyumlah! Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihatmu sedang bersenandung.

Lemparkan kedukaan jauh-jauh dan tetaplah bersenandung.

Apakah dia aka melihatmu jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham atau kau merasa rugi jika engkau bernyanyi dengan hati berseri-seri

Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan raut mukamu menampilkan kesedihan.

 

Tersenyumlah.!

Sungguh bintang-bintang pun tersenyum dan kegelapan akan saling berbenturan.

Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang.

Dia berkata: Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Ia datang ke dunia ini dan tetap pergi walau terpaksa.
Aku berkata: Tersenyumlah! Selagi hayat dikandung badan selama engkau masih hidup sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum. 

 Tersenyumlah

Tersenyumlah

Tersenyumlah

 

Daripada ‘La Tahzan’(Don’t be sad) by Dr ‘Aidh B Abdullah A Qarni..Penterjemah Noraine Abu

 

Hari ni untuk pertama kalinya aku emo semasa bekerja. Setelah 7 bulan, segalanya berjalan lancar tapi tidak hari ini. Ayam betul. Hangin satu badan kerana ada orang yang telah berjaya membuat onar dan sekali gus membuatkan aku tiada mood untuk kerja. Nasib baik masa tu sudah jam 4petang. Dan untuk pengetahuan bos, sejam selepas itu, aku hilang fokus. Lalu, jam 5, aku terus mengemas laptop dan pulang dengan hati yang lara.

Kepada orang yang membuatkan saya tensi

“Cakap baik-baik boleh kan? Silalah menjaga tata susila anda kerana anda juga adalah sebangsa saya dan anda juga sejantina dengan saya. Kata-kata anda betul-betul menaikkan amarah perasaan geram lebih dari selalu. Oleh sebab saya memberi muka terhadap bos anda dan juga bos saya, saya masih berkata dengan sopan dan penuh etika atau lebih tepat lagi, BERSIKAP PROFESSIONAL.”

Aku balik rumah, setel apa patut..

BOOMmmmm

Tidur hingga jam 6.30 petang. Bile bangun, dah lega sedikit.

Dan baru aku teringat, mungkin sebab aku tak tido dengan cukup malam sebelumnya, badan penat begitu juga otak, maka membuatkan aku cepat hilang sabar.

 

Bile malam menjelma, aku rasa tak sedap badan. Dahla, esok malas nak masuk ofis. On laptop dan terus email bos. Perhaps dia akan approve.  Banyak nak kene setel di ofis. Namun, hati ini tiada untuk ke ofis..(Tragis sungguh penangannya)..Jadi, akan duduk di rumah dan fokus dengan kerja tanpa gangguan.

 

* * * * * **  

Dah beberapa hari kecoh pasal Earth Hour. Macam menarik jugak benda ni. Dan aku baca serba sedikit tentangnya. Ini salah satu perkara yang boleh dijadikan contoh untuk jawab soalan dalam P1 jika ditanya tentang Environment Accountability mahu pun Corporate Social Responsibility.

Mat Saleh tu mesti tahu gak kan sebab Earth Hour ni di anjurkan oleh WWF (World Wide Fund For Nature/ World Wildlife Fund). Ia dipelopori oleh WWF Australia dan juga Sydney Morning Herald pada tahun 2007.

Banyak negara yang ambil bahagian di mana Earth Hour di lakukan di sekitar landmark terkenal..macam..Empire State Building (New York City), Sears Tower (Chicago), Golden Gate Bridge (San Francisco), Bank of America Plaza (Atlanta), Sydney Opera House (Sydney, Australia), Wat Arun Buddhist Temple (Bangkok, Thailand), the Colosseum (Rome, Italy), Royal Castle (Stockholm, Sweden), London’s City Hall (England), Space Needle (Seattle), and the CN Tower (Toronto, Canada).

Dan tahun ini, Malaysia pula akan ambil bahagian..

601

Pakat ramai-ramai support Earth Hour, dan hasilnya???

Kamu boleh tahu disini.

 

Gambar sebelum..

 

Juga yang sebelum..

Masih juga yang sebelum..

 

 

 

 

 

 

Dan selepas itu..

 

Inilah hasilnya..

Dan ini juga

 

 

Last Sunday was the Saloon-Day, Movie-Day, Makan-Day = Happy Day.

Rambut dah macam sakai.

So, pergi potong.

Cakap sampai shoulder.

Alih-alih, first cut terus dia potong betul-batul dekat leher.

APEKAH??????????

(*^$^%&)*_)(_^(

Muka dah masam

Ye la..

Ni bukan shoulder wehhh

Ni pendek giler

Ni..

Urghhh

Tak tahu nak cakap

Maybe sebab dah lama tak sependek ini

W.e.i.r.d.o

 

 

 

Aku dah rindu rambut panjang aku?

Menyesal giler.

 

 

Tapi, $$$ untuk rambut boleh seip untuk beberapa bulan

Ngehe

 P/S : Gambar di atas adalah hiasan semata-mata..Fokus pada rambut bukan pada awek tu laaaa :p

Si hitam yang seksi

March 8, 2009

 

 

cage

Cage kau kosong yer..Mana pegi weh?? Mentang-mentang takde sapa nak kurung kau balik..

Sedang aku melayan laptop, kau melakukan onar terhadap Nina. Dia asyik terkejut je dengan kau yang suka kacau. Hehe. Takpe, sebab dia baru dengan kau, memang kau ice-breaking dia cukup-cukup. Pantang Nina duduk senyap-senyap kat permaidani, mula lah kau berlari pecut ke arahnye tanpa sebab. Atau kau sengaja menempek pada Nina tanpa alasan kukuh…(buat-buat manja konon..)

kaki ke tangan?

Dan kemudian, Elia datang lalu menyuakan tangan ke arah kau..(mahu mengusap kau saja aku rasa..) Tanpa menoleh kiri kanan, sepantas kilat kau pergi ke arahnya.

ouch

Woiii… Tangan elia bukan makanan.

Tapi, yang kau keluarkan kuku kau kenapa?

scarss

Isk..Sakit tahu? Kenapa-kenapa? Sudah lapar ker?

Elia yang suka layan kau pergi tengok kawasan jajahan kau. Stok makanan sudah habis rupanya..Dengan penuh sifat keibuan, Elia refill balik dry food dalam bekas. Dan aku tak sempat snap gambar kau. Tulah, kau makan lahap sangat..Dan yang aku sempat snap ialah gambar bekas makanan tanpa kau..

food

Sesudah kenyang, seperti biasa, kau terbaring kemalasan.

lazy sally

Muka kekenyangan kau buat aku kenyang sama.

love papers

Walau aku sengaja cari pasal dengan kau, kau hanya menggapai tangan mu sahaja.

Dek perut penuh hingga tidak terdaya untuk bangun lagi..

wohaaa 

Pose seksi kau

salem

Eeeeuuuuu…Oucchhh..

 

 

 

 

 

 

 

Adakah teruk jika rasa yang amat malas untuk pergi bekerja bila hari ini adalah hari Isnin? Walhal sepatutnya bersemangat untuk memulakan segala-galanya pada hari ini? Oh..Walaupun sudah dikejut 2 kali…Kejutan pertama..jawapan nye…’Kejap, lagi 10 minit…” (Dan memang sah tidur balik lepas itu…)..Dan bile dikejutkan untuk kali kedua..Jawapannya..”Iyalah, nak bangun la ni…(Dan sesungguhnya, kata-kata itu adalah palsu bile aku melelapkan mata kembali…)

 

Dalam perjalanan ke ofis…….singgah membeli sekotak susu coklat. Kononnya mahu mengembalikan perasaan riang untuk ke ofis…Namun, selesai menghirup sekotak susu coklat, seperti tiada apa yang berlaku. Sama aje. Bezanya…Perut ku tidak lagi berbunyi seperti tadi..

 

Kenyang perut, suka hati….Kenapa hati aku tak suka?? Sebab aku tak cukup kenyang ker?

 

Owh…Ada persoalan yang masih belum berjawab. Dan ini yang menyebabkan aku tidak semangat untuk ke ofis..(erks…) Akibat kesukaran membuat keputusan mahu ambil paper apa..lecturer mana….di mana… Sekejap P1..Sekejap P2..Pusing..pusing..

 

Advisor petama ialah emak. Dia dah memberi nasihat yang bagus minggu lepas. Dan, aku masih berfikir-lagi. Dan kemudian mendapat nasihat dari kawan-kawan terdekat…Dan akhirnya aku menggoogle. Tengok timetable yang secocok dengan aku.

 

Ye. Keputusan Muktamad.

 

Aku amik P1 di KSA..

 

Semoga aku rajin2 pergi kelas dan bersemangat (tidak tidur mahupun keawangan) tetap focus mendengar setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh Parminder……….

Aku akan mula bercinta..

Chenta Mati sama P1..

Mimpi atau realiti?

February 18, 2009

Kegembiraan hanya di siang hari.

Kemudian,

Pada malamnya

Perasaan sedih mula menyelubungi

Dalam keadaan percaya atau tidak

Aku juga masih sangsi

Adakah aku bermimpi?

Tapi,

Itu adalah realiti

Allah lebih mengasihinya

 

Al-fatihah untuk Nur Hidayah..

Wild wild west

January 9, 2009

Sabtu ialah Annual Dinner Company

Semua orang semangat

Dari pada sekecik2 staff sampai sebesar2 director

Semua excited

Memang fun

 

Aku memang blur

Amende nak pakai

Tema adalah Wild Wild West

Boleh jadi Cowgirl, Bandit, Red Indian

Aku decide mahu jadi Cowgirl

:p

 

Macam mana rupa aku pun macam x boleh nak bajet

Petang ni baru mahu cari baju

Dan esok adalah Dinner

Memang last minute

Erks..

 

 

Perut dah sangat senak

Hari ni makan banyak giler

Nasi beriani habis sepinggan

Portion untuk makan 2 kali

Tapi, sekali hadap je habis

Cemerlang seh